Friday, August 6, 2010

Doa


Sekarang ni aku suke sangat baca hasil tulisan dari Ketua Editor Majalah Solusi - penulis Pahroi Mohamad Juoi.

Nama beliau agak UNIK di mataku...terus teringat kata kata arwah mak suatu waktu dulu " seseorang tu kalau namanya UNIK, orangnya pun UNIK"

Ha'a...betol betol betol :)

Setiap kali baca tulisan beliau, message yang di sampaikan menusuk tertusuk sampai ke tulang hitam den ni ha.
Bahasa yang mudah aku fahami,
tulisan yang mencuit hati sampai terkena batang hidong sendiri.
Selamba tapi bermakna.
Tulisan tulus dari lubuk hati bersih penuh ilmu, di zahirkan dari bakat penulisan yang sangat baik,.mungkin pengalaman beliau sendiri.
Kelemahan dan kekurangan di tegur dengan bijaksana.
Pujukan membuat kebaikan di pamerkan tanpa diulit rasa paksaan.
tapi masih TEGAS.

Sebenarnya aku dapatkan majalah ni setiap bulan, kadang kadang frust jugak sebab majalah ni sukar di dapati kat mana mana kedai surat khabar, mamak atau 7 elevan.

Alhamdulilah, semalam aku dapatkannya di MPH. Kedai buku kegemaran aku.

****************

Kembali kepada tajok utama Majalah solusi edisi 22 kali ni...DOA.
Aku tercuit dek tulisan di atas tulisan S.O.L.U.S.I itu sendiri katanya
" Apa yang telah di beri oleh ALLAH lebih banyak daripada apa yang kite pinta"

Rase nak nangis OK.

ada lagi satu yang buat aku tercuit oleh tulisan di sisi muka depan majalah.

"Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kite PINTA, kerana tanpa diberitahu pun ALLAH sedia mengetahuinya.

DOA ialah PENGABDIAN daripada seorang hamba kepada TUHANNYA."

Mudah sangat kite mengaku beragama Islam, dan mudah sangat kite tersasar dari niat dan maksod sebenar
bila berdoa memohon pertolongan dari yangNYA maha KUASA.

Moralnya..
Kite berdoa bukan selepas, kite kalah dan lemah, bukan selepas kite tak dapat apa yang kite INGINKAN/MAHUKAN... kite berdoa ketike kite berusaha kerana sesunggohnya kite ini
memang insan yang lemah.

Leka sunggoh diri ini rupernya..

Terima kasih kepada semuanya yang menghasilkan SOLUSI.Allah sahaje yang membalas jasa dan perkongsian kalian. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment