Showing posts with label Guest Gift. Show all posts
Showing posts with label Guest Gift. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Cik Lily bertukar jadi Cik Lola



Stress ...stress.jom makan jommmmmmm.

Makan pon tak bule makan sembarangan dah.
Makanan yang dibenarkan adalah jenis kukus sahaje.

Kenala jaga kulit agar tak berminyak,
Kenala jaga usus perot supaya tak meragam,
Kenala jaga size pinggang supaya baju yang di reka khas ...muat di pakai.
Maka, makanan terbaik untuk malam ini jatoh kepadaaaaaa...

DIM SUM.


Aku telan 10 bijik Ciken Dim Sum....Hmmm Dap!wahaks!
Tapi nape plak nak stress-stress ni Cik Lola yek?

Ha'ah..Cik Lola stress sebab kes ni la. Terima bungkusan ni semalam. Atas kaunter guard, dekat lobby. Tersadai la bungkusan untuk Cik Lola sebegini rupa.

1st time nampak, rasa macam terkejut ada, rasa macam nak marah ada, dahi berkerut kejap.....Tengok la rupernya.Ngeri pon ada kan
Nasib baik la tak terbarai kan boxes yang Cik Lola beli nie.Cik Lola ni kalau kaya raye ber"uwang"...cik Lola tak kisah bende2 camni berlaku.
Tapi cik Lola ni bukan la beruwang sangat orangnya.Kan dah kena makan Dim Sum jek...x leh nak makan kat Italiannes sudeyyy :|

Kalau terbarai tinggal 2 kotak je camne ek?
Tak dapat la Cik Lola nak gambarkan perasaan.
Cuba tanye dengan soklan camnie...Apa Perasaan Cik Lola dengan keadaan begini?

Ada yang makan sup tombol kang.Hikhik..

<<>>

Bile cik Lola robak robekkan teros, nasib baik boxes cik Lola tak ada yang robek.
Kalau ada pon kemek sikit jer.
Alhamdulillah.

Eh chop chop! cik Lola tak de la niat nak salahkan sape sape kat kes ni la yek.
Lagipun kotak2 tu molek2 je pon.

Cik Lola kini pandang serong skit la dengan perkhidmatan Pos laju semasa buat penghantaran,
Sure dia org campak campak pakai siku je kan masa bubuh dalam van ke lori penghantaran kan.

Cik Lola jugak belajar satu perkara hari nie....bersiap sedialah tanggong risiko sebegini rupa untuk pembelian secara online dalam negaraku tercinta nie.

Ades.


Nak sedapkan jiwa rage...cik Lola singgah kedai bunga beli reben.
Nasib baik lagi sekali...nasib baik aje aku nie. Alhamdulilahhh...
Reben yang aku nak buat hiasan boxes cukop stok.

Thanks auntie kerana sudi menonggeng2 carikkan stok yang cukop.

tantek tak? Heee..


Cik Lola verangan nak buat sendirik cam gini jewwwwwww...eh bukan cik Lola buat la..cik Lola bz nak pi spa plak.

Korang la buatkan yek.
Siapakah korang itewwwwwwwwwwwwwww?
Wahahaahahahahaha



Ilham dari http://www.weddingfavorites.com/



Saturday, September 4, 2010

Di bawah pengaruh Tuanku.


Aku memang selalu berangan nak kawen dengan anak Raje sejak kecik...
hikhik adeih adieh...masa kecik kecik laa..rajin berangan.Dah dewasa ni kalau berangan skit, jerawat timbol tak hagak-hagak.

cam tak caya je aku bukak rahsia hati aku sendiri di sini.weeeeeeeeeee {sure ramai yang bantai gelakkan aku sampai gastrik nih }
HEE
Pi tengok cermin dulu pi..


Reben dah siap potong...warnaaaa...DI RAJA.
Hahahaha seharian kerja aku potong ribbon jer.
Aku juga dah ikatkan kepada beberapa guest gift nanti...cume tak dapek la nak display sekarang kan.
Nanti tak supriseee le pule. ;))

Aku fikir punya fikir, aku rasa rasa la kan....
warna ni wujod kerana aku di pengaruhi oleh image yang selalu berada di dalam minda aku nie tau...

iaituuuu

tadaaaaaaaaaaaaaa...
Ya ini la yang selalu ku impikan pada hari pernikahanku...


cak pong cak pong


Wednesday, September 1, 2010

Emas ke Perak



Aku tak pergi office hari nie, MC sebab sakit mata.
Mata aku dah tak semerah semalam.

Pakai ubat titik mata menyebab kan aku jadi
MABUK.

Boleh ke cenggitu?

Aku dah beli bekas coklat untuk hari nikah kan hari tu.
Pastu...
Aku juge dah sediakan ribbon untuk di ikat kepada bekas coklat tersebut.

Tapi masalahnya...
Mata aku yang tengah sakit nie tengok, bekas tu lebih elok di ikat dengan ribbon
color GOLD
daripada
SILVER.


Sedangkan tema hari nikah aku ialah
white silver & PURPLE.

silver winter wonderland party theme

Huarghhhhhhhhh..ni yang rase nak bertukar jadi HIJAU tetibe nih.

Esok nak beli Silver Ribbon jugak...tak kire.



Sunday, August 22, 2010

Hijau Lumut?

Seharian aku layan TRAUMA marathon...sangat2 emotional marathon kali ni. Aku asyik la menangis...macam aku yang berlakon. Padahal, aku terlentang jer.

Apakah?

Kemudian...

Petang tadi, selepas habis cuci dan buat treatment rambut di salon. Aku kekedai sebelah. Aku beli ruler, sebab aku tak boleh nak imagine ukuran 4 centimeter. Heee.

Encik Tunang belikan boxes berwarna HIJAU LUMUT untuk guest gift kanak kanak di hari nikahku hari tu. Dan aku...beli reben berwarna GOLD. Ha ha...

Tibe tibe, warna warna ini wujod dalam diri aku. Kemana perginya PURPLE.

Apakah?

Image Goog - Cool la jugok kan warna nie. Hmmm....

Friday, June 25, 2010

Masok Mulut dan Senyum



...6:30 pagi dah bangon. Solat. On notebook.
Oh so sweet gamba gamba mereka.

sape la yang tak suke tengok gamba cantek cantek kan?

****

Favor Box..hmmm semua cantek cantek.Tulunnnn :))


Saye suke favor gift camnie.

or camnie..cream color. eee gerammnyehhh

Image from : ole ole manis
Yang mana satu anda lebih suke :-

  1. Bunga telur / telur yang dibungkus dengan cantik.
  2. Manisan (spt; gula-gula, coklat, kismis dsb.)
  3. Makanan ringan (spt; cupcake, muffin, fruit cake, kerepek, kuih-muih dsb.)
  4. Makanan berat/berkat (spt; nasi & lauk pauk)
  5. Hiasan rumah (spt; gelas kaca, frame dsb)
  6. Wangian (spt; potpuri, lilin wangi dsb)
  7. Hadiah yang boleh digunakan (spt; kipas, sapu tangan, towel, mug dsb)
  8. Hadiah yang boleh dibaca (spt; buku, yaasin, hadith 40 dsb.)
  9. Hadiah yang unik ~ cantik untuk disimpan sbg kenangan (spt; bunga telur yang pelik tapi cantik dsb)
  10. CD cetak rompak (spt; video cerita pengantin, buku digital dsb.)
  11. Bukan yang di atas. Sila nyatakan ………………………..
Aku yakin rata rata suke makanan. Jadi coklat la paling sesuai, masok molot dan senyum!
Nak jugak coklat dalam kotak...hahahaha