Showing posts with label pelamin. Show all posts
Showing posts with label pelamin. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Persandingan Merah Jambu

Bakal bakal pengantin...bole la pertimbangkan lokasi menarik ni ..wink wink ;)


Fotographer by : fadmanaf.com

Hakak kan x dapat pegi hari tu...

Canteknya la wedding garden adik manis - Ah Lin. Mintak skit buat kenangan eh Ah Lin.
Wah!!! sungguh jambuuuuu wedding kamuuu. So shuweettttt ...:))

Pssst...pssstt, ada dgr komen kawan2 kat office...tempat wedding place ni agak kecik. Mungkin tetamu belah pengantin lelaki ramai benar agaknya.

Biasa la majlis2 persandingan ni...mesti ada cacat skit kan. Anyway, gambar kamu berdua....cantek2.

Suke!




Tuesday, November 2, 2010

Harum Sundal Malam Wangiii



cantek sangat2 pelamin dari ARMA C

Pelamin aku...
hentah macam mana la rupernya nanti.
Harap-harap sweet jue hendaknya.
oooOOOOOOOooPS!
aku tak amik pelamin dari ARMA C yea...aku mengidam jerrr.
So bole pandang2 sajos.

di office, aku tak habis habis di sakat dan di usik dek si Bobby.
Pantang aku bersuara, dia kenakan aku.
Aku sebot saje 1 perkataan....habisssss ke petang di sakatnya aku.
Nasib la sape bakal jadi pengantin yek.
Kalau bakal jadi pengantin dah kena sakat sampai ke petang, tak tahu la aku camne powernya sakat dan usik mengusik mereka bila aku dah nikah nanti.
Sampai larut malam kut ...ouch! tak leh sebot malam kuat2...NAYAAAA!!! Hiks.

Adusss malunya Tuhan saje yang tahu.
Kalau aku ni anak dara rumaje julite macam zaman awal awal 20an ...rasa syiok la jugakkan kena usik sakat cam gitew.

Kini usia aku dah lewat senja sikit lagi nak terbabas kebabommm...rasa nak menendang jek setiap kali kena usik2 oke.
Adoiyaiii
Sabo je lah.

************************

Tadi petang...Alhamdulilah, encik wedding consultant sms
katanyeeeeeeeeeeeee.

" Pak Pelamin dah setuju dengan harga yang ko nakkan $,$$$.00 ler...tapi
bunga Harum sundal malam cikit2 je tau dan campor2 dengan bunga2 lain"

Erkkk!!!


Sejak menjak ni cik LOLA suke giler aka obsess dengan bunga bungaan le pulokkk....HEE.
suke WANGIiiiiiII

Aku baru balik dinner steambot ni...toot tootttt.
Burpppppppptttt.

nite2 yall....zZZzzZZZzz



Sunday, May 23, 2010

Kini misi BERMULA



Sabtu 530 petang...

aku pegi Subang amik Encik Tunang. Al maklom la, dia bekerja hari sabtu...aku tak.Hiks
Penat bekerja tak lalu dia datang nak amik aku katanya. Uhuks...baru jadi tunang dah tak lalu.
Nanti kalau aku dah jadi Nenek, tak lalu nak pandang aku plak. Huwaaaaaaa
Kena makan kolejen banyak banyak kasi tegang ni?
hihi...

Maka aku la yang pegi pick up dia untuk misi petang nie ke Sungai Choh, Rawang.
Ada apa kat Sungai choh Rawang yer?
ada ini...

{balik dari butik..muka sengih memanjang cam kerang busuk...hahaha.
Aku sudah jatoh hati..dum dum dum}

Seperti ku pesan semalam, aku perlu 2 perkara penting untuk meneruskan perjalanan hidup ini.
Ewah!
Penting la sangat...
aku perlukan baju Melayu dia untuk sample buat baju Nikah nanti dannn
charger camera aku yang di pinjamnya bulan lalu. Bosan siot hidup ini tak bole main main dengan camera cenonetku.

dari Subang berdesup ke Rawang.
Sepanjang perjalanan encik Tunang menyanyi nyanyi dengan gaya penyanyi Itali.
Gaya Pavaroti gitu.
Melihat dia menyanyi aku hanya gelak dan terus gelak.
{encik tunang ni happy ke..cemas ?}
Aku tak pernah tengok penyanyi di kaca tv atau di konsert menyanyi seteruk dia.
Menyanyi sampai macam nak kena kancing gigi je rupa dia.
Wakakakakakaakak
Aku penat gelak.

Selepas Tol Rawang...Agh!!! Rawang dari dulu sampai sekarang..tetap Rawang.
Hentah zaman bile TAK JAMMED.
Jalan sempit berpuloh tahon lampau tetap begitu.
Tiada penambahan
Tiada pembaharuan menuju ke pekan Rawang.
Tak dapat ku bayangkan kegigihan warga tua mengharungi hidup di Rawang yang yang serba keserabutan.
Salute.

7:00 malam, akhirnya destinasi yang ku cari ku temui...
Kilauan lampu menerangi Butik membuatkan keletihan meneroboskan diri dalam jammed tadi bertukar gumbira.
Aku dah nampak!
Aku dah nampak dahhhhh!
Aku suke, aku jadi teruja. Siapa tak sukekan KECANTEKAN dan KILAUAN.
Bukan petir yer.

Aku bagi salam...empunya Butik sambut salamku depan pintu.
Empunya Butik mesra alam orangnya..hiks
aku rasa selesa...begitu juga encik Tunang dengan mereka.
Ramai jua tetamu melawat nampaknya lewat petang semalam.
Aku tak berkelip memandang yang di hadapanku.
Kali pertama aku melihatnya...aku telah membayangkan aku berada di atasnya.

Yang ku idamkan kini di hadapan mataku.
MasyaAllah...canteknya.
Aku mahu.
woweeeeeeeeeeeeee :))

Jatoh cinta pandang pertama.