Tuesday, August 24, 2010

Wahai orang MUDA

Tentang AKU.
Dulu aku sekolah kat negeri orang puteh tu, aku belajar amik Major in Finance Management. Minor in International Business. Dual major gitew mat salleh tu kata. Hiks...waktu tu bangga la...

"Hebaq mu" gitu la kata kawan aku yang datangnya dari negeri cik siti Wan Kembong

Alhamdulilah, aku sekarang masih bekerjaya di salah sebuah organisasi terkenal dalam industri IT. Aku kini seorang consultant I.T.Perghhhh..macam power Job title.

"Hebaq mu" gitu juga kata rakan rakan.

Eh chop! Elo...apa kena mengena kerja ko sebagai IT consultant dengan Finance dan Int Business yang ko belajo bertahun tahon tu pulok?
Mungkin itu yang jadi persoalan setiap manusia bernama sahabat , taulan, dan manusia di luar sana.

Sukar nak aku jelaskan, tapi itu lah kenyataannya.Rezeki Allah bagi. Itu sahaje ayat yang mampu aku jelaskan. Walaupon pendek, dalam maksudnya.

**********************

Tentang SAHABAT.

Masih dalam pencarian kerja kerana sandiwara pembuangan pekerja di kompeninya baru baru ini. Katanya padaku tak semena mena" kalau di beri perbandingan, aku tak mahu kerja di KL. aku nak kerja di area ni"

Aku nganga...dalam hati berkata kata " wah, dah tak ada kerja...masih lagi nak memilih tempat kerja...hmmm?"

Aku tanye " kalau KL ada offer ko job, ko x mo accept ke?"
Dia jawab " kalau area ni tak ada job sesuai dengan aku, aku terpaksa amik, otherwise aku akan buat kerja dua kali...aku akan carik kerja lain jugak nanti"

Aku tanye lagi buat kali ke dua, risau pulak kalau telinga aku ni tibe2 buat problem ke malam2 ni kan, salah faham ke " sekarang ni ko tak de apa nak di banding2kan...dan ko x mo accept job di KL...andainya itu yang terjadi?"

Dan jawapannya ialahhhhhhhhhhhhhhh " ooo aku terpaksa accept la"

Aku pandang wajahnya serius.

Sahabat bukak cerita " budak budak ni mintak aku buat kerja kerja yang aku tak ada pengalaman"
Aku sampuk " dulu aku tak ada pengalaman IT jugak beb"
Sahabat kata lagi " kalau dah tahu nak yang berpengalaman, suruh jugak aku apply...kalau ada guidance tak pe jugak, bole la aku terkial kial kerjakan"
Aku balas lagi sekali " dulu aku tak ada background, tak ada pengalaman IT gak tapi rezeki aku di IT beb sampai sekarang....Alhamdulilah"

Dalam hatiku berdetik "
budak ni paham ke dok message aku cuba sampaikan nie?"

hanya Allah yang tahu, lagi maha mengetahui.

Kepada adik adik dan sahabat sahabat ....
Percayalah " Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja dan berhak MENAHAN rezeki daripada sesiapa jua. Oleh itu, kite [manusia] tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.

Rezeki yang kite perolehi hanyalah nikmat dunia yang bersifat SEMENTARA. Rezeki yang di nikmati sekarang tiada apa apa nilai di akhirat nanti.

Rezeki bukan hanya merupakan NIKMAT, pada masa yang sama merupakan UJIAN.

1 keajaiban dalam Islam, semakin banyak yang di beri, semakin banyak akan kite perolehi nanti, bukan semakin susut.
Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin HAUS, malah makin tebal.

Renung renungkan lah...selagi kite ada pekerjaan ni, buat la kerja elok2...molek2. Berusaha setiap hari macam tiada lagi esok bagimu. Ingat yea hakak pesan nie.

Tak mo dengar? Lantakkkk ko...

Roger & Out.

No comments:

Post a Comment