Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Call me Zarif

Surpirseeeeeeeeee!!!

Mickey mouse tee'set utk zarif ..suke tak suke tak?

tido tak mau bukak2 mata sampai balik...sama macam auntie Jaijom.
oh!ada gamba dia senyum...nanti lah upload yek.

mommy zarif yang tak sabar2 nak makan lepas habis pantang.
Eh! dia ni dalam pantang jalan pantas eh..macam dah habis pantang..Hiks.

sabtu lepas,

Pegi visit jijah dgn baby boboy Zarif @ Seromban Duo Negori sembilan. Sangat mudah segala galanya buat kamoo kan Jah.

Bersalin tak sakit. Aku dan Jaijom nganga sajos dengar cerita kamoo.Dah bersalin, dapat menyusukan baby, badan kamu dah jadi slim melim. Aku sangat cemburu.

Aku teros teruja sangat nak timbang badan..eh! hikhik nak timang baby boboy bile mendengar cerita2 Jijah :))
Tangan menyelak baju menyusukan zarif di tangan, ku lihat Jijah begitu yakin menyusukan baby sulong lelakinya. Wah! sekejap saje kamu dah bertukar jadi isteri dan ibu kini. Aku kagom campur terharu.

tibe tibe ada suara sumbang, soalan kelako dari Jaijom,

"Puting kamoo jadi besar eh Jah lepas bersalin" dengan dahi berkerut.
Aku punya bijik mata hitam berrolling rolling cam rolling cake kauuuuuuuuuuuu dengar soalan dia...sunggoh la selamba badak..wakakakaka.

Hampasgas betol BFF aku nih.. muahahahaha

Nak baby kena ada ilmu jua kan, Jum read me : Folate your unborn child guardian.

Friday, March 4, 2011

I call her Nayli

Inas Nayli Farihah Binti Muhamad Farhan.
cantek sempurna nama di berikan mommy dan daddy buat kamu.
Semoga kamu menjadi anak yang taat dan solehah jua kepada
mommy dan daddy.
termasok Nanny Lily juge.



Kamu itu Anugerah dari Allah.
Kamu lah pelengkap
Kamu lah penyambung kasih sayang ibu dan abah
Kamu la penyeri keluarga kite kini
Kamulah sumber ilham buat yang belum memiliki

Hadirnya kamu tiada lagi SEPI dan SUNYI
25 Februari 2011

Tahniah My Bro, cucu pertama mu comey gok.
Ahaks



Wednesday, March 2, 2011

LiLy a NANNY


Tahniah my kiut miut niece dah jadi mommy
Yeay!!!

Sorry
Nanny Lily tak sempat lagi nak pegi visit sebab bertugas penoh waja esok lusa tulat weekend jua.
Nanny akan visit Gegurl next week yerk.

Oh! dah agak lama tak jenguk FB...rasa agak tak berapa nak minat lately dengan FB
{maklom la movie baru2 sudah ku terima dari pembekal..huhuuuu ngadap TEE BEE lagi best...;))}
lagi pun aku kerap kali di pesan oleh rakan rakan aka mak mak budak agar menggurangkan masa dengan laptop kerana sedikit sebanyak menganggu kesihatan dan kesuburan.


dannn baru hari ni aku login FB balik dan nampak ucapan tahniah dari kakak manis
:))

*******************************

Another clientele of BnTB™ was promoted to another level as Mommy & Daddy on 25th Feb too. CongratsHana Fiona & Muhammad Farhan. May ur little princess brings u bundles of joy!


Congrats to gegurl's granny ~ Lily Jaafar too on the new addition of this cucu! :D
Album yang memuatkan koleksi gambar~gambar para pelanggan Beauty & The Beads™ (BnTB) sejak dulu hingga kini...

Monday, February 28, 2011

Kesuburan



petang semalam,
Aney potong rumput datang ...basikal di sandarkan kat batang pokok di luar pagar.
Abang mahu potong ka? tanye si Aney.

macam selalu, dia memang encik suami ambil jadi pakar potong rumput yang dah mencakar langit
di halaman hadapan rumahku.

Pagi tadi, masa aku nak siram dan berbual bual manje dengan pokok bunga raya ku yang sedang subur membesar.
Aku tenung- tenung tak ada.
Aku pandang - pandang tak ada.

uhuks
Dah la kemain sukar aku nak hidupkan pokok bunga raya tu.
habis di mesinnya sampai lenyap dari bumi.
Nak kena mesin la Aney ni tau.
Haih!

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Ahaaa...Macam kebetulan pulak....
hari Ahad...pagi pagi aku memang suke bukak TV9, program Nasi Lemak Kopi O

Doktor Adilah ni sweet je orangnya.
Senyuman manis tak lekang di bibirnya masa dia menerangkan.

Ayat yang di gunakan pun mudah aku fahami dan ingat.
Suke la dengan doktor macam ni.
Pendek kata doktor mesra alam gitu.
HEE

Dari doktor aku belajar bahawa jangka hayat sperma wanita hanya dapat bertahan selama
24 jam sahaja. Selepas itu sperma tidak lagi matang, mati atau layu di tasik madu.
WOhoooooooooooo

Manakala bagi lelaki pulak jangka hayat sperma mereka mampu bertahan
lebih lama dari wanita iaitu
3 jam.

Serta merta aku rasa...aku rasa...hmmm { nape korang senyum senyum plak? haa haa hahahahahaa}
aku rasa subjek Biology sangat menarik di pelajari di hadapan TV.
hihi
Alangkah indahnya suasana kalau waktu zaman sekolah dulu dulu kan kalau....cikgu Biologi aku masok dalam tv, mengajar.
kan lebih senang aku nak ingat fakta....pasti sijil aku tak ade tertera

Biologi - P7

wakakakakak

Yang kelakanya masa rancangan tu...ayat sharifah shahira sebagai host selamba
" habis sperma saya ni jangka hayat dia lama kot eh doktor asyik mengandung je "
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaahaha.

Ahaaa...Doktor Adilah jugak ada pesan,
Makan makanan berkhasiat sahaje yea ibu2 dan bakal2 ibu.... Contohnya makanan anti oksida seperti buah prune, kismis termasok la makanan makanan berwarna seperti buah buahan dan sayur sayuran.

Pengambilan makanan tambahan aka Vitamin jugak penting seperti Asid Folik dan multi bitamin.

Selesai membasuh baju ....dan menjemur di ampaian
Aku terus berdesup ke Jusco cari makanan berkhasiat dan makanan tambahan di Watson.
Hiks.

aku nampak Kenny Roger.
kasi bungkus dik ...DUA!












.

Saturday, February 26, 2011

Lily & Laila


Satu pagi kami duduk bersarapan pagi sama
mama dia ni cerita

sejak balik dari majlis perkahwinan ko Ly...anak anak aku buat drama...

KringgggGGGGgg KringgggGGG
Wein : Hello? SApe ni.
Sofia si kecik : Lily
Sofia si kecik tanye plak " sape ni?"
Wein : ni Laila


anak anak comel officemateku : Win | Sofia & kakak Sabrina.

Wahahahahahah
terbahak bahak sampai keluar air mata dengar cerita budak budak comel ni.

Hari ni aku datang kerja atas arahan boss. Alhamdulillahhhhhhhhh dapat la duit poket lebih
eh lepas lepas kawen nih. Bak kata nenek...kawen cepat, lepas kawen, rezeki datang melimpah ruah.
Tak ada la asyik sengkek jek macam masa bujang2 trang tang tang dulu.
Padahal nak isi 1 perot, tapi duit tak cukop2 eh.
Dah ada anak esok lusa...makin melimpah2 banjir rezeki hendaknya.
Woweeeeeeeeeeeeeeeee

Maka, kebetulan la pulak, budak budak comel tu datang ikot mama dia bertugas jugak
Dapat la aku berkenalan dengan pelakon Lily dan Laila...hakhak...
pemalu la pulak!

;)

Thursday, February 24, 2011

Macam Tak Caya Je



memiliki majalah FA Ma ni sebagai koleksi yang pertama dalam hayat ini.

Perasaannya seperti
aku mula mula dapat buku pelajaran sejarah masa mula mula masok sekolah rendah Darjah 1.
HEEE
eh! darjah 1 ada belajo Sejarah ke weh?
Wahaks....mak dah lupa nekkkk .
HEE


Macam macam info pun adaaaaaaaaaaa
dah macam gaya baca novel aku atas sofa mengadap majalah nie.

Comelkan...do and dont for kiddo masa 7- 9 bulan..
Bersedia!
Nak jadi Ma yang cun, bergaya dan penyayang.
Tak kire comot macam mana sekali pon anak-anakku nanti.
Wahaks!
Ma tetap kena maintain vouge kan.
Kata bersifukan Kimora..Febeles febeles.

:))
Hiks..Ngangaaaaa tgk macam macam brand dannnnnnnnnnnn
branded2 belaka

kena la muka berdikit2 kenal kenal dan berkenalan dengan produk produk baby gitu.




Sunday, February 20, 2011

Gugur


Aku baru je menulis pasal Anak....pasal baby.

Image dari blog Dr Zubaidi

Sedang bersiap siap nak sertai sahabat sahabat ber bowling tengahari ni.
Aku terima berita kurang menarik dari sms ku

"Kak, aku keguguran lagi...sekarang ada di hospital XxxX"
Sayu ny hati ku mendengar berita itu hari ni. Aku terus terduduk di bucu katil.

Baru sangat rasanye,adik manis khabarkan berita gembire tentang kandungannya minggu lalu.
Ini adalah keguguran kali ke 2 buat adik manis.

Aku mintak adik manis tabahkan hati....tiada ucapan lagi yang mampu ku berikan.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji un hati ini berkata kata tak henti2nya.

Dalam redha dan berteka teki mencari jawapan kenapa dan bagaimana terjadinya keguguran.
Aku serta merta hilang mood untuk bergembira dengan rakan rakan untuk melongkangkan balingan bola bowling ku hari ini.
Aku cerita kan kepada encik suami, encik suami cuba pujuk hatiku bawak ku makan tengahari dan melawat adik manis.
Sepanjang perjalanan, aku senyap sunyi. Tiada gelak, tiada ketawa.
encik suami faham kot gelodak dalam hati ku.
Hati ini terus terusan ingin mencari jawapan keguguran dan cuba memahami tragedi yang berlaku.
Aku mahukan jawapan dari yang pakar.
Aku google. Aku temui blog Dr Azwan. Aku tak siasat secara detail siapakah sebenarnya
Dr Azwan.
Aku harap sangat jawapan yang di berikan doktor ada lah jawapan yang aku ingin dengar agar aku mampu telan dan redha tentang makna Keguguran hari ni.

Alhamdulillah, Doc Azwan dalam tulisannya kata...

" Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran. "

Oh Tuhan ku.Aku redha...
Adik manis, kamu jaga diri baik baik. Semoga cepat sembuh hati dan fizikal.
hujan turun renyai-renyai di luar.
Aku perlu keluar dan angkat jemuran di ampaian...
encik suami di panggil untuk kembali bertugas...
Maafkan akak tak jadi melawat mu.






A.N.A.K



Izzah c comel lagi keletah...GGggggGggeraammMMM

Anak.
makhluk Tuhan paling comel lotey.

Jumaat lepas,
officemate aku bawak baby baby comel keriting dia ke office. Ayah baby ada kerja katanya.
Walaupon yang lelaki tak keriting, tapi dengan songkok melintang atas kepala,
membuatkan hati kecil ini tergelak sendiri.

Auw! nak baby jugak lah...huhu berdetik kata hati :))

Arif si ensom ni pon sangat menGggggGGggggeraaammMMMmkan...dah ada yang chop buat menantu nih..wahahaha ;)


"Atuk, nak salam atuk" begitu suara comel si kecik sekali nak bersalam dengan uncle macho lagi mantap abad ini Azam
Wahahahaah belum beruban lagi si Azam ni dah di panggil Atuk oleh si kecil.
Cute sangat kan.

Suke atau tak suke, duk diam atau bukak mulut.
Selepas kahwin, orang sekeliling pasti menghemboskan nya
" dah ada isi ke Ly?
dah berapa bulan kak?
ada?
tak ada?
ko pregnant ke Ly?
makan untuk 2 orang ke Ly?"
Walauweiii....Suke tak suke, dah memang adat dunia. Manusia akan bertanye.
Dari dulu zaman remaja , belum kahwin, belum ada pekerjaan, belum ada boyfriend, baru lepas bertunang, pasti ada soalan standard macam ni.
Dan yang pastinya....soalan soalan itu takan akan habis.
Tak bole lari punye nyahhhhhh..haih!
"Esok kalau aku dah ada anak 12 orang, sure ada makcik becok mana tanye
bile nak tambah baby jadi 24 orang plak?"
{ memang aku baling telor kat makcik becok ni...sape nak jadi makcik becok, sile angkat tangan cepattt....wahahahaha }

Ada orang kata, nak dapat baby kena "senam" selalu.
Ada orang kata, aku dapat baby pakai redah aje. Tak payah plan plan.
Ada jugak yang bercerita, dah bertahun nak dapat baby...susah betol nak lekat, bile dah dapat baby, dah kandongkan 9 bulan...
apa bile dah tibe masa baby keluar melihat dunia....dengan takdirnya baby pergi buat selama lamanya.

Tabahkah aku untuk menjaga, membesarkan, mendidik, menyayangi mereka nanti?


Apa pun rezeki dan nikmat yang di kurniakan olehNYA.
cepat atau lambat
mudah atau payah
DIA pasti tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.

Dalam usaha mendapatkan baby,
Banyak lagi nak kena baca dan korek ilmu tentang baby nih.

Doa doakan yang terbaik untukku dan encik suami yea.

.




Monday, July 19, 2010

Si Comel




Aku yakin... ces!belom suboh lagi waktu nih masa aku TERjaga ....Honk!Honk!Honk!
kutu mana pulak main honk2 suboh hening pagi Isnin nih.
Adeih!

Aku dengar suara mamat rumah atas menjerit dan mencarot keluar jendela. Aku yakin ianya di tujukan kepada manusia yang sedang berhonk!honk!honk! di parking bawah tu... Marah nampaknya brother nih...aku intai.

Dah ku agak, kereta manusia tak bermoral blocked kereta brother tu...sure brother tu lambat sampai office pagi Isnin nih. Dogaan.

Aku niat puasa semalam, aku juga rasa sangat TAK rajin nak ke office. Aku decide kerja dari rumah.
SMS boss...

Aku on laptop, baca news online. Tiada berita menarik, aku hanya baca tajok berita sahaje. owh! aku sunggoh tak rajin hari nie...


Tibe tibe rasa rindu pada Asraf. Aku sukekan kanak kanak lately. Suke gilak! ;)