Sunday, August 8, 2010

Semanis Coklat


530pm.
Yes! Mission Accomplished. Aku baru balik dari Shah Alam nie.

Seawal pukol 900 pagi, encik tunang dah datang bawa aku ke Mekdi. Sarapannnnnnnnnn. Yea, kami gemarkan Big Breakfast plus Hotcake simbah dengan maple Syrups. Dap sangat!

Diskus sikit pasal plan hari ni, perot pon dah kenyang. Kami teros ke S.A

Kali terakhir aku ke S.A ialah pada tahon...hmmm hentah, dah tak hingat. Lebih kurang berkurun la jugak. Tapi encik Tunang sangat arif dengan laluan di S.A jadi ke kedai yang aku carik, tak jadi masalah bagi kami.

Pukol 10 kami ronda ronda di Plaza Alam Sentral. Manusia ramai giler kacau bilau pilih baju RAYE ok...repeat, BAJU RAYE...gaya macam esok nak RAYE lah wa tell u. Giler ah. Kadang kadang aku tersasar jugak ke arah booth jual baju raye..murahhhhhhhhhhhhh2 ok.

Tahon ni budjet untuk baju raye GLAM yelek...sebab terpaksa save budjet untuk buat baju nikah dan baju sanding. Maka...nganga jer tengok orang shopping sakan beli baju raye yang cantek cantek gaban.

Di Plaza Alam Sentral, kedai yang aku carik serupa dengannya tak menambat hati aku langsong. Kalau ada 1 kedai tu pon, memang banyak giler pilihan tapi bukan English Garden concept yang menjadi tema perkahwinan aku. So REJECT.

Kedai yang menambat hati aku tengahari bute tadi hanya la kedai mamak kat bawah tu...pekena teh ice. Sedap giler rasanya nom teh ais. Panas ok hari ni. Dan Plaza Alam Sentral macam tak pasang air kond. Kemut betol.

Kemudian menyusuri jalan jalan di tepi menuju ke Mall sebelah, kenangan lampau menuntut di ITM suatu waktu dulu kembali satu persatu ..encik Tunang teros melalak kecil " Cinta kenangan silammmmmmmmmmmmm..." Wakakaka setiap kali dia terkonangkan kisah silam, lagu tu je la yang bermain di bibirnya. Kelako.

Akhirnya, aku temui kedai yang menjadi buruanku hari ni. Yes!Misi berjaya! Ada baki barang tempahan yang akan aku ambil lagi esok malam :) Sambil mengangkut barang buruan hari ni, aku sempat singgah satu Butik jual baju kurung chiffon nih..memang menikam kalbu la design di patung display...harge dia. ERKKKK! Kurung chiffon simple beaded warna Puteh, complete set RM899.

Patut la bijik mata aku tengok cantek...harge pun Meletop ok! Hakak teros beredar dari Butik itew. Telan air liur sajos. Customer yang ada di dalam kedai, memang sakan shopping macam esok tak ada dah Butik tu di situ ok. Gelabah gilos manusia bershopping..isk isk isk. Ramadhan belom menjengah, dah kelam kabut.

Manusia ohh manusia

Selesai menjeling deretan kedai di Mall, aku dah kelaparan. Encik Tunang bawa aku ke Serambi Pak Engku berdekatan dengan rumah Mak Pah { rumah ni encik tunang sewa semasa menuntut di ITM, kire mak hangkat la jugak }. Aku menjamu selera, tapi menu yang disediakan juga tak menambat hati aku sangat....cume dendangan lagu lagu lama zaman arwah P ramlee membuatkan hati aku terhibur juge. Encik Tunang sempat berlari ke rumah Mak Pah berhadapan dengan restaurant. Hilang kan rindu agakanya...teka aku dalam hati.

Selesai aku makan tengahari di kedai Pak Engku, encik tunang masih tak habis lagi berborak borak dengan Mak Pah, aku pon join the group la...borak punya borak, Mak Pah pon orang Johor rupanya. Pakcik pulak orang Kedah. Namon keduaduanya dah berkurun tak balik ke kampong halaman masing masing. Jiwa dan raga bahagia di Shah Alam. Walaupon menjangkau 60 tahon, namun kedua duanya ku lihat masih sihat cerdas meniaga air katira. Aku kagom.

Hujan rentik2 menjejes di pipi, encik Tunang ajak aku balik. Aku jempot mak Pah dan pakcik hadiri majlis kami hujong tahon nanti. Semuga semuanya selamat sahaje...begitu pesanan terakhir mak Pah.

Assalamualaikum...kami balik dulu! :))






No comments:

Post a Comment