Sunday, August 22, 2010

Malam mude mudi

Wah! Tajuk...tak ingat laki kauuuu. Hahaahaa..

Ha'ah, malam tadi memang best. Plan asal, lepas berbuka puasa, tunggu cik Tash, pastu tunggu si Dianos bayar bill then nak carik durian 10 ringgit 3 bijik selepas pukol 11 malam sebab zanos habis tarawikh dannnn.....tepat pukol 11 malam, kami berempat aku, Dianos, Tash dan mek teros dengan semangat waja... jalan jalan carik durian.

Hmmm..coner sana tak ada, conner sini pun tak ada.
Tak ada rezeki nak party durian malam tadi.
Yelek.

Kami ke rumah zanos, borak tepi pagar je larut2 malam ni. Maklom la, bulan Ramadhan.
Waktu malam itu pendek je buat pasangan suami isteri gitu. Meoooww.
orang dah kawen jek paham statement hakak tu....ehekz.

Dah agak lama tak berlibur dengan adik adik manis sahaje seperti malam tadi. Akhirnya isteri dan bakal isteri orang bebas sekejap merayap rayap larut malam.
Dapat la jugak berlibur hingga ke larut malam sambil layan kopok lekor yea.
Gelak gelak, kutuk2, sakat lebih kurang...
Wahhh !!!kemain lagi ko yer...manicure pedicurkan kaki laki ko sampai umah nanti tau Tash.
kalau tak jadi ahli nelake ko sok...Wakakakaka.

***************

Hampir 3 kali Tash datang , bawak barang balik, datang hantar barang, balik dan datang semula sebab salah bawak size.
Hamik!!!
Wakakaka...
Bukan senang nak senang kan.

Akhirnya hari ni lengkap lah 1 set barang kesihatan dan kecantekkan bentuk badan di serahkan kepada aku.
1st time nak sarungkan Girldle, bagi aku memang mencabar. Boleh tercirit lah seksanya masa nak memakainya .
Bile di belek2...di belek2 ...di belekkkkkkkkkkkkkk ...BERTUAH punya budak.
Ko kasi aku salah size ehhhh.

Si Tash bagi aku size untuk muat muat montot n lemak si Dianos yang kurus slim tak de lemak tu ha. Mananya aku tak menderita sebelum waktunya.
Ces..hahaha

Nasib baik la pembeli kenal sangat dengan juru jual, kalau tak aku saman ko bawak aku vacation ke Perth taw.
Miahahaha...terseksa siot.

Anyway, atas kegigihan Tash datang pegi datang lagi dan lagi ...aku maafkan je lah dia.

Percubaan pertama memakai full set hari ini berjaya.Siap melompat2 la nak padatkan lemak yang ada...miahahaha dah macam rupe kuda meroyan pun ada gaya masa pakai girdle nih.

Berpeluh2 ketiak, dahi dagu lutut peha celah semua kau.... Rata rate yang punya pengalaman memakai barang ni berikan testimonial yang sama. Mula mula tu memang la payah sikit, barang masih ketat lagi ..tak biasa lagi...lama lama dah biasa nanti. Kacang saje.

Aku akui bahawa apabila dah pakai badan aku terus rasa kemas dan angin2 dalam badan berpusu pusu nak beli tiket...eh bukan nak melepas ke udara. Wakakaka....

Rahsia Slim Terhebat!

Me kasih yek Tash, belanje num & keropok lekor pagi tadi. Sahurkah itew?

Hihik.


1 comment:

  1. sahur pe kebende.. haha.. balik masak n makan lagi okes.. hahaha.. sorry la.. size kelam-kabut sbb dah pening dah.. hahah.. lesson learnt. thank you!

    ReplyDelete