Showing posts with label Kad Kawin. Show all posts
Showing posts with label Kad Kawin. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Bee Zee Bee

Card design by encik Shukri Gianni.
Fulamakkkkkkkkkkk...nama nak glam aje.
Nak order? Boleeeeeee...



Walau bagaimana sibuk sekalipon.... spegethi seafud tanpa tempe jadi alas perot.
Weeeeeeeeeee...siap parmasen cheese wa tell ya.



kata beezee, sempat lagi layan mangga tuuuuuuuuu..Shuweet like candy.:))

setem burung...sunggoh menepati tema. Hiks...suke!

Semalam selepas balik dari office, aku dan encik T meredah hujan lebat menuju ke rumah Abang.
Semata mata nak serahkan beberapa keping kad jempotan buat Kekanda supaya menjempot sedara mare yang ada.

Sejak arwah mak & abah pergi...sedara mare? Hmmmm...Kalau dapat berkumpul dengan semua sepupu aku di majlis aku nanti. Alangkah havocnya!

Looking forward...harap harap mereka sempat menerima kad undanganku.
AMIN


Driver bas yang membuntuti kereta kami dari belakang flash2 kami pulak.Siap HONK HONK ok.
Hari hujan la tambi, apa kes mahu honk honk, kalau mahu laju,...kasi terbang la. Jangan terbaring melintang depan kami terkeluar bijik mata tersumbat dalam lubang hidung suday!!!!
HUH!
kami ni berdarah manis semanis gula batu....so encik T drive penoh hemah.
Kan molekkkk begitu.

Walau bagaimana pon, dalam kerisauan dengan persiapan yang tak habis habis ni...aku berharap sangat kawan kawan, kawan kepada kawan, kawan masa kat ITM, kawan masa sekolah rendah, kawan masa sekolah menengah, kawan masa kat States, kawan kakak2 adalah antara tetamu yang ku layangkan kad sudi memeriahkan majlis ku seadanya nanti.

Wah! ayat.

Aku berhajat juga akan kesempurnaan di majlis perkahwinanku nanti, namon, andai ada yang terkurang
harap di maafkan.



Cik Lola sibuk gaban pada saat ini.




Friday, November 26, 2010

Agak Kecewa


Kad jemputan bakal ku layangkan...Tungguuuuuu ;))


Design dah cantek kan?


Cantek tak? Bagi aku cantek, aku sukekkanya...Encik T sangat memahami cite rasaku.
Melayan perasaan S.s sekejap :))

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Hari ni aku tak sihat, sejak jam 4:00 pagi, aku di serang kesakitan
Penyakit orang perempuan.

Sakit aku alami kali ini sangat sakit dari biasa. Tak pasti faktor apa. Yang pasti badan aku sakit sekali. Sampai rasa nak muntah muntah. Otot mengigil gigil menahan kesakitan.

Nak kata aku tak amik vitamin tambahan seperti EPO dan Lecithin. Aku amik. Semalam baru telan 1000mg. Tapi baru semalam la aku telan semula setelah kehabisan bekalan. Hekz.

Raut muka kalau dah sakit, toye, ketat macam dinding.

Aku ada janji dengan kawan kawan nak dinner bersama lepas kerja hari ni. Mentang-mentang gaji beribu ribu dah memenuhi account masing masing, kena lah reward diri sendiri selepas penat lelah bekerja sebulan. Aku tak larat. Serius. Aku cuba untuk berehat tapi kawan kawan asyik menghantar text kat aku ajak pergi jugak tak henti henti.

"Ko jangan layan langau besar kat rumah ko tu" kata BFFku. Wahaks.

Nak tergelak tapi aku senyum sinis sendirian. Tak larat sangat ok nak senyum. Maka aku batalkan niat teros kerana aku tak cukop tido. Bukan kerana aku sakit sangat tapi aku serius tak dapat tido ok.


Aku kalau dah sakit boleh menumbuk muka orang wa tell ya. So be extra careful ladies. :))

Encik tunang datang bawakan makanan dan bekalan keperluan aku selepas solat Jumaat. Kad jemputanku pon dah siap, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Satu lagi kekecewaan melanda. Kad jemputan yang di hulurkan oleh encik tunang ku harapkan cantek mengikut kehendak hatiku....agak menghampakan.Encik tunang mohon aku bahagia dengan kad yang di designnya dan di printkan. Aku tak mampu mempamerkan wajah ceria gumbire bahagia melompat-lompat puas hati. Aku tak mampu...

Aku memang suke sangat dengan design encik Tunang, tapi semua hancur hampa apabila Mat Printer tu print ikut suke mak ayah dia je. Frust ok.

Mana kan tidaknya...lain yang aku inginkan, lain pulak jadinya.

Apa pun rupa dan keadaannya, aku terpaksa terima. Dah tak ada masa ...lagipun aku tak suke membazir.


:|

Apa lagi yang belum aku selesaikan?


Thursday, November 18, 2010

Nervous La Woi


Hati ini berdegup kencang sekencang angin ribut petang2.
Tuhan saje yang tahu kencangnya hati walaupon muka maintain cool bak sutera.

WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHKS Apakah?

Degup degap jantong ini apabila sahabat2 di office sudah mula mintak,
kad jempotan
undangan perkahwinan Virtual
Wakakakakakakaka

Rasa malu menyelinap
rasa malu la woi!!!!

Jiha " aku nak kad jemputan, kad virtual pun aku nak...aku suke ko teruja MAX"
Aku " aku tak mo jempot ko la Jiha..wakakakakakak"

{weh camne nak post event ni..nak tulis Undangan perkahwinan ke...nak tulis Reception Lily J & Shuk G...
mana satu lebih best?}
Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Alasan di buat buat sebab hati rasa malu...tapi kang x buat sape plak nak datang majlis.
Aku lebih suke tunggu kad jemputan perkahwinan ku siap minggu depan.

Sabar yea wahai sahabat

Friday, November 12, 2010

Teruja



genap 1 bulan saje lagi,
pagi pagi jumaat yang aman nyaman redup mendamaikan...

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Seminggu aku lunyai di sakat mereka di ofis...ngokngek!:P


encik hish " saya terhidu hidu flora dan fauna "
si seri muka " en hish, selagi belom dapat kad jempotan, tak payah hidu hidu...hikhik"
encik hish " hahaha..so kiut"

kad jemputan ni aku google sajos..kad idaman aku lebih kureng camni ler.... kad ni ada pepatung, aku punya ada kupu kupu. Weeeeeeeeeeee
Tak sabar nak tengok hasil reka encik Tunang bile dah printed nanti.
Mungkin bagi korang, ianya hanya sekadar sekeping kad undangan, akhirnya akan di campakkan ke dalam tong sampah jue,

tapi bagi aku dan encik T...
Setiap detik dan saat perjalanan process persiapan ini adalah hasil kasih sayang yang tulus dan ikhlas dari kami berdua.

mestila buat molek molek kan ;)

Miowww

*************

jamil " kak..mana kad jempotan, saya dah nak cuti nie..."
si seri muka " lama lagi la majlis akak, nanti akak pos la kad jempotan ko...hari2 ko tunggu posmen tau "
Jamil " tak sabar nak pegi wedding akak "
akak seri muka " weh, ko kawen dulu eh 4th december ...awal seminggu dari akak oke jangan nak ngade.."

***************

Dik Na comel " kak nun..bile nak amik exam?"
Kak nun " tahon depan je la Na eh, tahon ni nak sediakan nasi minyak untuk Na sekeluarga december nanti"
Dik Na comel " Saya pasti datang! :) "

*************

Kak Yatos " Ly, mana kad jempotan...kak Tie nak buat collection nie"
Cik Lilos " Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh..1 bulan lagi kak Yatos oiii...2 minggu before majlis ly bertaburan la kad saya nanti...sabooooooooooo"

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

weh, pehal korang teruja lebih dengan majlis aku ni weh?
Aku buat medium size event je tau.
Korang jangan expect ada sarkas show, ada Snow white dan cinderella berpusing2 riang kat majlis ku nanti tau.
Aku ajak datang makan sambil dengar lagu cinta aku je tau.

Weeeeeee. Ngeri siut :))

Bikin wa suspend la korang nih.
Makan ros lah...Slurpsssssss