...20 March 2010....
aku di Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan Ita. Kami sama sama pergi study di US dulu. Satu kapal.
"Ko nampak happy. Dah lama aku tak nampak wajah ko sehappy hari ni. Tahniah fren".
Semalam plak aku dengar berita...
Tasha ke guguran. ya Allah...mengucap panjang aku nab...Junior aku yang baru je berkahwin hari raye cine hari tu ke guguran...5 weeks. Dugaan datang Allah sahaje tahu akan hikmah di sebaliknya. Kasihan kat dia tau.
Aku cuba batalkan order kupkek yang aku order sebelom hari kejadian...tapi dia masih gigih nak hantar kupkek pada aku. Dalam hujan lebat , dengan berkain batik dan berstoking, dia masih nak hulurkan hasil air tangannya padaku.
Aku tak tahu macam mana perasaannya apabile si ibu ke guguran, sehinggalaaa pagi tadi dari cerita rakan rakan taulan yang pernah mengalaminya. Keguguran sebenarnya sedikit sebanyak menganggu emosi dan tahap kestabilan kesihatan Si ibu. Process D&C iaitu process pembersihan rahim akibat keguguran di katakan sangat menyakitkan. "Perot ko rasa bagai di pulas pulas sakitnya tau, aku bukan nak menakotkan" gitu la gambaran di berikan si ibu di office pagi tadi.
Aku nganga. otak jadi blank mendengarkan ekspressi si ibu.
16 ketol - $30/=
Jumaat - Aku rancang nak bawak ke office dan makan beramai ramai dengan kawan kawan sambil promote cupcake hasil kreativity Tasha. Lagi pun hari Jumaat, banyakkan bersedekah baik untuk kehidupan kan.
Aku mohon hari hari mendatang lebih indah dan baik baik saje. Amin.
No comments:
Post a Comment