Showing posts with label Tudung Syria. Show all posts
Showing posts with label Tudung Syria. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Hitam Putih Kehidupan


Demam pulak.
Sudah agak lama aku tak demam, sejak aku amalkan pemakanan tambahan dari Catalyst.
Mungkin cuaca mendung dan hujan yang menitik beberapa hari atas kepala aku ni.
Buatkan aku selesema dan batuk2.

Sakit tu kan penghapus dosa dosa kecil.
Dah tibe masanya aku berehant sekejap kut. :)

Walaupon hari ni cuti sakit,
otak aku ni tetap memikirkan tentang dia.

Yeay! dah bule upload gambo semula.

Uhuk! uhuk! duit beribu2 dalam account pun tiada gunanya jugak apa bila
terlantar je kat rumah sakit dada batuk kepala dan hidung.

:((

Mood Demam - Lily -




Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wed | CLEARANCE


tempat lain tak dapat der ...hanya di JUMAA :)


Wednesday, October 5, 2011

Melangkah Setapak Lagi - SYRIA bermutu tinggi

Gumbirenya dalam hati...kalau beristeri dua..eh tak tak...
hakak senang hati la hari ni walaupon Buku Muka telah di larang sama sekali pengunaanya di office.
Erk! Tidakkkk..kenyataan ini palsu.


Hakak bole lepak bawah pokok taugeh bersama kawan kawan sambil minum teh tarik sampai lebam gelak gelak sampai terkehel rahang.
Erk!! Tidak jugakkkk...kenyataan ini tidak membahagiakan hati kak lola langsung.


Sebenonya...kak lola bahagia campur sengsara . Hok sengsara ni skit je la...tak jejas pun oksigen yang kak lola sedut saban hari..cume tak syiok ar.


Kes 1 : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kes bandwith di kurangkan dari 4MB ke 512 akibat mamat tu tonton U tube tak ingat dunia, tak ingat waktu...kantoi dek pihak berkuasa. Adesss . 
Dah agak agak la awak tu makan gaji, awak boleh belasah salah guna kemudahan tahap gaban sehingga menyusahkan sahabat2 lain. Pedih hati beta.


Haih!


Tapi hakak lola tetap gembire, senang hati hari ni. Bukan sebab kes susu ..bukan.Hakak lola rasa ...doa hakak telah di dengari olehNYA...dia telah menemukan jalan yang kak lola carik...di tunjukkan dengan jalan yang lurus yang di redhai Allah. InsyaAllah.


Kes 2 : Yang di idam sampai jua dalam genggaman petang tadi. 
Bahagia. Sekarang dah tak perlu susah hati fikir pasal stok. Apa yang perlu di kerjakan..hanya la bekerja bekerja dan bekerja. Ibadah tu der ...;)


Misi menuju meramaikan ummah bertudung plus menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat.Weeeeeeeeee...makcik kayooo!!! Kayo kasih sayang der...jangan pikir buruk sahaje yek :))


Semoga semuanya berjalan lancar. Doa doakan hakak lola yea semua. Siapala yang tak mahukan kejayaan ye dok?
Walau apa pun rintangannya...
Jangan toleh toleh toleh toleh belakang dah.Jangan...






Amin.


Jom ke JUMAA...ada special design SYRIA buat anda.:)





Friday, September 30, 2011

Syria ARAB kami jual di gemari ramai

Sejak hari Rabu...
Dugaan ujian datang silih berganti.
Mungkin ramai yang melihat kami, seronok meniaga dapat duit tiap tiap hari.

Tapi

mungkin ramai juga yang TAK DAPAT melihat kami, tersedak2 masa makan nasi sebab terkejut kejut dengan berita yang kami terpaksa tempuhi.

1. stok baru yang aku tunggu tunggu, tak dapat aku genggam sebagaimana hajat di hati.

CEO " Petang ni amik, nanti hakak nak snap gambo siap siap dah boleh publish pada customer.
Sms akak bila dah sampai rumah yea.." atur cara aku berikan pada adik manis merangkap pegawai stok

Petang khamis...
"Kak, pembekal demam. Dia kata esok saje. " balas pegawai stok.

2. Jumaat...
CEO " Stok baru ko pi amik pkl bape?"
CEO 2 " Petang lepas habis kerja."
CEO " Ok, dah sampai rumah sms akak, akak pegi ambil"
CEO 2 "Kak, anak pembekal pulak demam hari ni. Dia kata minggu hadapan sahaje. " balas adik manis.

3. Jumaat , petang sikit
CEO 2 " Kak, customer kata tudung tak dapat lagi...mana copy tracking number pos laju?
CEO " Ada kat office..dalam drawer. Akak nak buat filing kunun pegi la check kat sana"
CEO 2 " dah amekkk ..patutnya sampai pada customer hari ni"
CEO " GLUP sorang sorang kat rumah sambil makan cekodok udang"

Well...
asas dalam menjalankan perniagaan...
Dalam apa apa perniagaan pon,
tak kire la..perniagaan nasi lemak bungkus ke,
perniagaan jualan langsung COACH tanpa butik ke..ehiks :))


pasti ada ribut taufan yang melanda.


Sebagai penjaja aku hanya mampu bersabar tahap dewa mengawal keterujaan dan risiko2 yang tak banyak, sedikit pasti ada melintas sekali lalu.

Dalam saat saat camni...aku setuju dengan kata kata ilmuan...
Sabarlah dalam BERSABAR. 
Banyak banyakkan berdoa.
Jangan gopoh, { kadang kala apa yang kite mahu lambat dapat, kadang kala cepat , kadang kala Allah jauhkan dari sebarang kemudaratan }
Jangan sombong. { banyakkan berdoa, usahlah sekali doa sahaje...pastu apa yang kite hajati tak dapat kite sombong tak mahu lagi berdoa memohon kepadanya...mana ada ubat mujarab sekelip mata kan.....kite tetap kena sapu dua tiga kali jua...baru mujarabkan..sama lah jugak dalam berdoa... }

Alhamdulillah...
dah dekat dekat nak senja..aku terima sms dari adik manis pegawai komunikasi dan stok

pegawai komunikasi melaporkan"Kak, customer dari Perlis kata Tudung sangat BEST!!! Fabric dia pon syok...sangat suke! "


Syukur sangat ke hadrat Illahi aku di berikan peluang menikmati kegembiraan di kurniakan hari ini.
Motto minggu ini  " Kepuasan pelangga adalah kepuasan JUMAA jugeeee" .

Bole gitu? :)

Hey u! jangan lupa LIKES JUMAA


Thursday, September 29, 2011

Wednesday, September 28, 2011

Telah di ciptakan kamu secantek canteknya


Ahaa...Masih tak percaya?
Akak terkejut lagi sekali petang tadi apa bila akak amik tudung syria ARAB dari tukang bekal..

berbual bual dengan tukang bekal...beliau berkongsi kisah ragam customer ..
ada yang tibe tibe tak kenal tak ada taufan..terus menghembur kata pahit peria pada dia...

" asyik tudung ni je..boring..jual la tudung  lain..." pengomen.
"dia tak pernah pon beli tudung dengan aku Ly..." sedih suara si pembekal yang sarat mengandong 3 bulan.

Ada pulak yang berkisar...

" Muka aku bulat tak cantek pakai Syria...makin bulat, muka aku dahi jendol...huduh pakai syria Arab,
jadi rupe Jawa jendol...muka aku..hidung aku...pipi aku..dagu aku...aku nak cucuk botox la kasi tirus..." pengomen...

"Tak baik cakap macam tu...badan dan wajah kite ni kan Amanah Allah...kena la jaga baru la cantek" balas pembekal tadi..

"Alaaa nak jual tudung tak payah la nak emosi, kalau nak emosi emosi baik tak payah menjual" balas si pengomen.

ERK!

Well...
manusia memang macam macam ragam, 
suke tak suke...memang kena hadap bahawa manusia juga memang...
macam macam cite rasa...macam macam tak puas hati...

bukan jugak hakak lola cube membongkak diri mengatakan diri sempurna berkeyakinan diri tahap tinggi..bukan..

Tapi...

Jauh di lubuk hati akak lola yang dalam...
Akak lola kesian....akak lola simpati...
kerana masih ramai lagi antara kite yang tak yakin,
tak percaya
ntah la...tak tahu nak cakap guna perkataan macam mana...

{ dulu dulu masa kak lola masih belum bertudung ini juga salah satu faktor kak lola tak  mahu bertudung sopan macam sekarang...rasa tak cantek...padahal.... }


MasyaAllah...

Apa bila dah bertudung...ntah tersedar dari leka ke ...hentah di simbah dik hidayah...

bahawa...
kalau kite pakai tudung apa jenis sekali pon,
tudung bulat...muka petak,
tudung bujur,  muka tirus,
tudung leper, muka bulat besar dulang
tudung Arab....muka kemek
tudung kerawang,
telekung...
bentuk wajah kite sebagai manusia memang maintain cantek.
.
Kite di ciptakan dengan sebaik baik dan secantek cantek kejadian
Wajah kite kan wajah ciptaan Allah yang maha penyayang ...
Masih tak mahu percaya kah?

mana mungkin bentuk muka bulat jadi huduh kerana  jenis tudung yang di reka ciptakan oleh manusia juga?
Isk...ada pulak sesetengah tu...dah cantek...tak puas hati jugak
Pegi cucuk cucuk botox pulak kasi bentok tirus.
Adesss
Seram sedih sadis lah hakak mengenangkan sikap manusia abad ini.

Kadang kala kite terlepas kata dalam sedar...ntah tak berapa nak sedar kut ke tak pikir masa berkata kata,

Astarghfirullah banyak banyakdulu adik adik...
kadang kadang kite tak perasaan bahawa kata kata yang keluar dari mulut kite secara tak sedari sebenarnya mengadili ciptaanNYA yang maha esa

Tanpa menghemburkan perkataan maki hamun pon...kite sebenarnya telah ....isk! Ampon kan aku Ya Allah.

Astargfirullahalazim...
kepada yang baru cube cube nak pakai tudung, MYJUMAA ada yang anda cari.
Sekali sarung...simple dan anda masih tetap nampak sweet.
Percaya lah ...Lillahi taala






Friday, September 23, 2011

Di mana nak beli tudung SYRIA cantek?

Uik!
Harga berpatutan betol nih...



Hanya di MYJUMAA  ;)...buat apa membazir-bazir kan kalau bole berjimat...Ye tidak?
Boleh pakai dengan baju turqoise pekat, turqoise cair pon boleh.
Boleh pakai dengan baju hitam, puteh pon boleh.
Wah!

berbaloi2 ...betol tidak? Hee...

Aha! yang menariknya...team MYJUMAA adalah antara businesswomen yang percaya kepada fesyen muslimah moden yang praktikal, sesuai di pakai untuk macam macam activity tetapi tetap maintain elegent dengan harga yang sangat munasabah untuk semua golongan.

Apa tunggu lagi...jengukla MYJUMAA