Alhamdulilah...
Bersahur ala kadar jer...Kurma 3 bijik, minom air kosong, sampai gelas kosong.
Badan terasa amat berat.
830pagi, aku dah bertugas. Suasana agak sepi di office. Masing masing senyap sunyi tak bersuara. Kawal nafsu kumpul pahala nampaknya kawan kawan office aku. Jam di laptop berlalu kurasakan amat perlahan. Aku sibukkan diri menyiapkan paper work project baru...target date : MONDAY.
9:00 pagi - 11:00 pagi..di antara waktu itu, aku tunaikan solat sunat Dhuha yang aku pelajari semalam.
Alhamdulilah juga, aku dah hafal dengan lancar surah Dhuha dan doa keberkatan rezeki di hujung solat.
Pergh!!! Productive giler hari ni.
1:00 pm, Waktu lunch, aku tak keluar...jimat 1 jam untuk amik peluang balik awal 1 jam. Kawan kawan aku di KL semua balik pukol 400 petang ok.
Nak menunjukkan aku sangat sangat productive hari ni, aku sertai geng abg printing di bilik printing untuk verify kerja kerja mereka yang bakal di hantar kepada client esok pagi. 1 - 44 penyata Ahli Club bank C*** aku siap verified. Aku pandang jam di tangan, 4:30 ptg.
Laaaa belom pukol 500pm, kerja ku selesai.
Aku cemburus.
Manakan aku tak cemburu. Aku nak balik awal sebab aku nak masak juadah berbuka puasa di rumah ok. Bulan ramadhan ...berpuasa tahun ni, aku nak makan hasil air tangan sendiri. Aku dah masak sangat sangat dengan kualiti jualan di pasar ramadhan dalam negeri selangor ni. Lebih tepong dari keledek, semuanya tak asli. Pendek kata tak ikut standard ISO 9001 tekak aku ni ha. Bole komplen camtu?
Eeeeeeeeeeeeeeeeeee geli tekak dengo eh!
Miahahaha....aku pun geli gak. Nak muntah kat mana nih??? Wahahaha...
Tapi kalau korang fikir betol betol, apa yang aku katakan tadi sangat betol. Mana tidaknya, ketika kite berpuasa perot kite lapar, begitu juga mata kite. Apabila nampak pelbagai juadah dengan warna, bau dan masakan harum menusuk ke lubang hidong...terus ke mata teros di seret ke cell cell otak. Tak ke semuanya NAMPAK BAU NAFSU SEDAP bergelora.
Tu pasal pakar shopping bagitau awal awal, kalau nak shopping pun..pastikan perot kite kenyang. Kalau shopping di kala perot kite lapar...apa yg nampak dek mata itu lah yang kite lahapkan. Lapo mata bak kata nenek.
So untuk berbuka hari ni, aku masak ikan selar masak pindang bersama hirisan cili padi dan tomato. Perghhhhh kalau di tenyeh2 cili padi dalam nasi panas, beralasakan ikan selar. Sodap sunggoh tokak den raso haa.
Puji diri sendiri sebab diri sendiri masak diri sendiri telan bersamaan masok bakol, terhempas sendiri gitew. Yea itulah diri saya. Wahahahaha...Gasakkkk :))
Menu kedua ialah..sambal tolor. Macam tak kena jek kombinasi lauk pauk ko cik Lily? Tak kena ek? Dah itu je yang ada kat dapur ku...Heee...
Menu ke tige pula ialah...playhousemate aku pi beli jugak kat pasar ramadhan dekat area rumah kami...iaitu, karipap kentang, popia goreng, agar agar sirap, ikan bakar, ayam dengan kuah budu, murtabak, buah tembikai merah dan air kelapa muda. Semuanya dia makan sorang...Ini ialah perkara normal.
Aku makan jugak karipap..sebab Sedap!
No comments:
Post a Comment