Monday, October 11, 2010

Aku + Sambal Udang

Semua image tertera dalam minda Cik Lily ketika ini
All images are dari pakcik Googee :)



Kobis masak lomak mestila sedaps sedap rasa dan rupanya.

Ayam masak kari mestila diiringi kentang yang lembut berenang2 jua di dalamnya.


Ikan tenggiri masak kicap mesti ada lada merah....baru CUN.

********************************

Aku tak tahu la penah di buat dek orang ke tidak...yang pasti aku di bersarkan dengan menu menu di atas oleh air tangan arwah Ibu.

Tak mungkin aku dapat melupakannya...

Majlis pernikahan ni merupakan majlis aku so aku buat CARA aku.
Boley?
Ada harapan ke aku dapat makan haritu nanti yek?
Hiks.

Hari nikahku insyaAllah akan di laksanakan seawal pagi.
Majlis di jangkakan berakhir tengahari la hendaknya kan.

Maka...tadi
Kakak iparku text kepadaku tanye " Listkan menu hari nikah dan berapa orang yang ko jempot?"

Lewat petang baru aku berkesempatan call balik.
Aku " salam kakak..sehat?"
Kakak " demam, K.Sal tak pergi kerja hari ni"
Aku " Ya Allahhhhhhhhh..demam pulak, suara pun dah tak de nih...boleh ke cakap?"
Kakak " Bolehhh...ha camne? nak makan apa nanti ni?"

{{Aku rasa ini kali ke 2 aku bagitau kakak menu yang aku mahukan untuk tetamu majlis nikahku...tapi aku paham...emosi kakak masih tak stabil sejak " hari itu"}}

Kakak iparku demam, sejak majlis perkahwinan satu satunya anak perempuan kesayangannya dan
sejak kehilangan satu satunya Abang kesayangan...kakak selalu sakit sakit.

Aku simpati...tapi kalau di fikir-fikirkanadakah aku punya pilihan lain?
" NO "


Aku katakan pada kakak...aku mahu lauk tengahari macam makan tengahari kat rumah biase biase saje.
Nasi puteh,
ayam masak kari,
udang masak sambal
ikan masak kicap
sayor masak lemak
air anggur {UNGU oke...hihik}
air teh tarik.
Agar agar UNGU sedap jugak di makan sebagai pencuci molotkan. Hamikkkk.

Opsssss!..ini bukan agar agar UNGU tapi agar agar keladi. Hmmm sedap meh?

Aku tanye pendapat kakakku di Johore Baru pulak.
Kakak kata " Nanti hari sanding nak makan nasi Beryani kan...so hari nikah masak simple je..Nasi Ayam sudah,
sape tak makan Ayam, bagi je Ikan goreng"

Katanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Wakakakakakaka bikin haru la kakak aku sorang nie.
Ada ke orang makan Nasi ayam dengan Ikan goreng?
Ada?

Tak baik sabotaj majlis adik mu yang bongsu ini oke.Noty..very noty.


Nasi puteh jer?
Alahaiii...tak ada budget ke ape?

Menu di atas bukan sebab tak ada budget...tapi aku rasa Nasi Beryani, Nasi minyak dah begitu biase saje di mana mana majlis perkahwinan.

Pilihan terbaik, aku rasa ialah back to BASIC.
Amacam?

Nota kaki : Tadi terima kad jempotan perkahwinan dari Wan, 24th Oct 2010.
Lokasi : Dewan Banquet UPM.


No comments:

Post a Comment