Thursday, December 31, 2009

Hola! Dua puloh Se puloh

Aku nak menulis apa yang aku mahu luahkan di sini. Dulu aku menulis, tetapi kini aku rasakan ruang penulisan dan luahan perasaan aku di ikuti terlalu ramai oleh mereka yang sangat aku sayangi.

Aku suke berterus terang, itu sifatku. Andai aku sukekan sesuatu, aku dengan terus terang aku katakan..."kamu cantek hari ni". Andai aku tidak gemar dengan apa yang aku lihat atau pandang atau dengar, aku dengan terus terang katakan ..." perbuatan kamu itu tidak manis di pandang orang, andai aku tidak tahan akan sesuatu raut wajahku mampu menjelaskan kesemua maksod ketidak selesaanku". Itu la sifat ku. Seorang yang berterus terang.

Malangnya, ada kala sikap suke berterus terang pada diri ini secara tidak sengaja boleh melukakan hati kerana kebenaran itu memang pahit dan menyakitkan untuk di terima kan. Tambah tambah pula kepada mereka yang memiliki sifat sensitif tahap dewa, pastinya menilai aku di bawah kategori good good je minah ni. Aku hanya insan biasa, sama seperti kamu.

Di sini, aku ANDAIKAN aku tidak tahu atau tidak kenal siapa sebenarnya pembaca tulisan aku, aku tidak perlu lagi bimbang untuk meluahkan pendapat, cadangan, pandangan yang sebenar seikhlas hati...bukan hanya untuk panduan pembaca, juga untuk muhasabah diri penulis sendiri. Itu niat aku.

Misi untuk tahon baru...
Aku balik playhouse hari ni, hajat hati kunun kunun nak kemas bilik untuk menyambot tahon baru 2010.Ho ho ho...



Lap sana lap sini, alih sana alih sini...rehat kejap.Aku baca la azam tahon 2010 kawan kawan, mereka kata...

  • aku nak heret azam tahon 2009 ke 2010....ni ada azam ke tak sebenonya ni Leha??? gurau saje Leha"
  • ada sorang ni plak kata dia nak beli kete baru dan cari bini dan nak jaga solat dan dan dan dan....berderet gak la azam dia, sekali baca macam menu makanan di restaurant mamak makbul TTDI ...jgn marah "jake sully". cenyum cikit. Haaa gitew.
  • ada sorang tu nak bertunang rasanya...seri air muka tu bersinar2 lain macam skit...pakwe plak tengah sayang bergunikan
  • "jangan tunggu lama lama ...nanti lama lama, dia di kebas orang...sing with me!! eeeehiks.
  • ada sorang tu plak aku serkap jarang jela azam dia eh....aku agak azam dia sure nak tukar keje ...setahon kau dia merenggek renggek tak suke kerja sekarang...tahon depan kalau dia masih merenggek renggek renggek...agak agak leh rabak gegendang telinga aku nie, aku ingat aku nak pindah rumah la kut...haha...
  • azam aku 1 je tahon ni, aku nak jadi RAJA SEHARI...eh chop!aku perempuan ...PERMAISURI SEHARI.Hik.



Tuesday, December 22, 2009

Happy New year everyone


Dear valued customer and visitors,

Lilies tidak beroperasi buat sementara waktu. Kesibukan menghadiri majlis perkahwinan rakan dan taulan.
Juga, sibuk mempelajari ilmu menjahit manik dan labuci.



20 teknik dan design bakal di kongsi bersama tidak lama lagi.

Tunggu yek ;)).

Perniagaan ini akan beroperasi semula di tahon baru 2010.
InysAllah.

Selamat tahon baru semua.
Semoga tahon hadapan memberi kebahagaian dan kemurahan rezeki berpanjangan.

Amin.