Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Urutan Sakit tapi Sedap

Yummie...
Semasa di sentuh dah terasa kehebatannya.
Semasa di belai ke atas ke bawah terasa kelembutannya.

Wahaks!
Dah, jangan nak pikir bukan bukan.
Aku dalam bilik urut sambil dengar lagu Indon nie. Nak tido pun susah menahan sakit tapi sedap oke.



Wahahahahah

8:00pagi, aku dah ke SPA.
Misi pertama ialah sesi perkenalan antara kak yan dan urat2 dibodyku yang dah berkurun tak di sentuh. Auw! Tak khuase.

Sekali kak Yan sentoh, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Nangis.
Walaupon sebenarnya Kak yan sentuh sikit jek. Badan aku rasa macam di pecet pecet oleh penyepet besi.

Sakit rupa rupanya badanku ini.
Menderita kamu aku kerjakan selama ini yek.
Maafkan aku badanku.
Bole gitew?

Ha'ah....ye betol.Aku dah lama tak urut seluruh badan. Kak yan pakar urut tradisional kata, perempuan perempuan di Jawa kebanyakkannya memiliki bentok badan cantek, berbadan slim, berkulit cantek, berrambut lebat dan panjang mengurai kerena mereka amalkan urutan badan. Pembetulan urat-urat bersimpul sekali gus membetulkan pengaliran darah dalam badan. Urutan jugak membantu memecahkan lemak lemak yang terkumpul dalam badan penyebab utama perempuan nampak gemok dan hilang shape cantek untuk berkebaya.

Selain pemakan Jamu seperti Jajan di Malaysia, amalan itu menjadi faktor utama kebanyakan mereka cantek2 kerana MENJAGA
kesihatan dalaman dan luaran.

kalau bukan diri kite sendiri yang menjaga baadan kite, sape? Nenek ?
Haa..fikir fikir kan la yea adik adik.

Sebab nak rasa cantek dan sehat segar cergas itu lah, aku ke SPA INAI AURA pagi semalam.
selesai sesi perkenalan urat badan aku dengan tangan Kak Yan. Kak Yan..ure the BEST!
Tekanan yang aku alami kebanyakkan aku tanggong di sebelah kanan badanku, dari kepala..bahu, tangan dan kaki kiriku ...sakitnya tuhan saje yang tahu.
Sakit sakit di urut sebenarnya SEDAPPPP :)

Dari situ, aku mengenali sedikit latar belakang Kak Yan.
Kak Yan pandai menyanyi jugak ok.
Suara pon sedap, sama sedap dengan penyanyi2 era Fauziah Latiff & siti Fairuz gitew.
Kalau pergi karok dengan kak Yan, sure aku duduk je kat dalam kotak merah tepi penjuru ternganga dengar kak Yan menyanyi.
Hiks...sore aku kan kalau nyanyi FLAT jer sama mcam Flat Sri Cempaka...Miahahahaha.

10:50 pagi
Selepas di urut dari tapak kaki, jari hingga ke hujong rambot.
Aku di bawa ke bilik SAUNA.
Mandian wap juga membantu dalam penbuangan TOKSIK.
Berpeloh peloh hamba dalam kotak wap itu. Makin lama badan makin lemah, kunun nak tahan kan lagi 5 minit buang toksik. GAGAL.

Aku haus.
Hahahahahaha
Kak Yan hidangkan aku dengan air kosong penganti air peloh yang berlimpahan keluar.

Lepas tu, aku buat facial pulak.Sebab muka aku dah mula naik bintik2 hitam.
Pigmentasi gitu.
Tapi kak Yan kata muka ku dah berminyak dan banyak white head, maka facial susu saje buat permulaan.
Aku jugak SUKEKAN cara facial di lakukan kak Yan. memang PRO la.
No komen.
Puas HATI ;))

Tapi yang aku tak puas hati ialah ...bukan tak puas hati dengan kak Yan la...aku tak puashati sebab aku tak dapat nak gelak badak jer..hikhik...
Semasa di pakaikan MASKER pada wajah aku kan. Kak Yan tepekkan dengan MASKER setebal dan sesejok mungkin nak tutop pores kan. Dah best dah
Tibe tibe kan...ada 1 lagu nie yang di putarkan di radio kak Yan.
Dok repeat " Apasal ...apasal?"


Dalam hati dah geli hati nie.
Adusss bole terkencing tahan gelak di bawah rawatan MASKER HIJAU ok
Sabar je aku pada waktu tu.
Serius terseksa.
Hahahahahahaahahahah

Siap saje MASKER keras di wajah dengan sempurna.
Kak yan pun bersihkan muka aku.
Badan aku dah tergegar2 nak gelak gaban
Kak Yan tanye " kenapa gelak? masker masok idong ke?
Aku pun bantai gelak sesuke hati aku

"Kak yan dengar tak background singer tu nyanyi...APASAL ......APASAL?"{{setiap kali nak masok part APASAL.....APASALnada dia kelako gilak ok}}

Kak Yan pon bantai gelak dengan penyanyi background lagu TANGGA MUDA HARI MINGGU tu. Lagu lama yang sedap dan catchy, tapi tak sesuai betol di pasangkan waktu aku tengah pakai MASKER.
Geli hati siot!

Penyanyi background tu punya suara memang buat aku terseksa la weii
Hahahahahaah

12:30 tengahari.
Semuanya SIAP.
Rasa lapo menerkam perot aku serta merta.

Ahaaaaaa! Hari nie je... aku dah rekomen 2 orang kaumkerabat aku untuk Urutan Tradisional Kak Yan.
Korang tak mo try ke?

Harge mahal ke murah?
Jangan susah hati..harge pastinya mampu milik ;)

**WINK**

Nota : Selepas urutan, badan badan terasa sedikit sengal sengal la. Tapi tekanan yang menyebabkan bahu aku rasa keras sudah hilang ok.
Rasa lebih yakin dan wajah ku lebih berseri.

Saturday, October 16, 2010

Pengantin kena berseri seri




images from Uncle G

430pm,

aku sebenarnya dah janji dengan zanos untuk acara urut mengurut semalam.
aku berangan jugak nak survey2 kalau kalau ada pakar menaikkan seri wajah di hari majlis persandingan ku nanti.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 430pm aku masih di dalam GSC.Bole gitu.
Zanos dah calling calling...kreeeeeeeeeng kringggggggggg telefon aku berjoget.

"Ko pegi dulu eh zanos...kejap lagi habis movie, akak menyusul"kataku dalam panggong wayang....

Sampai di SPA, aku lihat..ada seorang customer sedang cabut bulu kening. Ada pakwe di kerusi sisi sedang menanti. Untungnya la pakwe dia nak temankan ek.
Pakwe aku nak temankan di SPA? ada mengelupur la gamaknya pak we kesayangan aku tu. Hiks

Selesai kerja buat customer itew, aku lihat kak Yan jempot aku masok ke bilir urutan...bilik gelap. Ada lampu malap2 di tepi..hikhik..Mood spa memang kena malap2...auuuuuuuuuuummmm

Aku berborak borak tentang kawan2 dengan zanos sementara customer tadi berlalu.
Kak Yan datang dan mula beraksi bertungkus lumus membetolkan urat saraf si zanos.
Burppppppppppp...brapppppppppp...bruppppppppp tak henti henti
{{bunyi angin keluar dari molot bukan bontot yea ...Wakakakakak..ha ha..dah dah la tu berimaginasi}}


Aku pulak menyibuk duduk di penjuru sambil borak borak dan ajukan pertanyaan tentang tips tips menaikkan seri pengantin dengan kak yan.
Kak Yan nie pandai mengurut cara kampong....cara tradisional.
Kalau ada yang sukar dapat baby dan berhajat menjadikan urutan kampong sebagai alternative treatment.Boleh jugak datang SPA nie yek.
Kak Yan ada cadangkan aku amalkan urutan, mandi scrub, facial dan makan jamu bagi menarikkan 7 gelombang warna di wajah.

Walauweiiiiiiiiiiiiiii!!!! Aku nganga agak takasima..eh teruje . Nak nak nak cube kak Yan.

Esok pagi saya datang eh.
Book!


Petua : nadiyah anak mami Penang dok pesan kat aku makan kelopak bunga ros merah sehelai sehari selama 40 hari sebelom menikoh pon aku belom telan.





Saturday, April 10, 2010

DIANA si sabon SLIM




Jangan tak percaya!!!

Sambil mandi, sambil sabon sabon boleh slim. Yeay! saya suke sangat sangat ide ni.
Terima kasih kepada pencipta sabon.
Bravo!

Peringatan : Jangan di gunakan dia kawasan Breast.
Sile ikut panduan dengan baik ye pengguna.

Sambil sabon2 pastikan berbuih buih dan kemudian sapukan atau sental buih buih sabun tersebot di bahagian lemak paling tebal...biarkan ianya di tempat berlemak dalam masa 4 hingga 5 minit.
Nak tunggu 4 hingga 5 minit macam lama la plak yea...
sile sental pulak celah celah bilik mandi anda supaya sama bercahaya dengan kulit anda...bole gitu?
Selepas di bilas, anda akan rasai sedikit tindak balas sabon kepada kulit, kulit akan terasa ke panas panasan...seolah olah di tuam dengan tuala panas. Mungkin di sebabkan tindak balas kulit saya dengan sabun tersebot, saya rasa begitu. Tak pasti pulak apa yang orang lain rasa yer...mungkin kulit saya jenis spesis kulit ala ala unta ke kan. Tu sebabnya rasa cepat panas.
Apa pon tindak balas di tunjukkan, saya rasa selesa saje.
Hihihi

Isi kandongan sabon slim Diana ada lah seperti tertera, tapi saya ada buat siasatan lanjut tentang kebaikkan seaweed dalam process menguruskan badan.

***

    Benefits

  1. In addition to providing vitamins and minerals, seaweed also improves the circulation of blood and lymph, contributes to the moisturizing of skin and helps detoxify skin.

    Many of the benefits of seaweed are cosmetic, but the same vitamins and minerals that contribute to the beauty benefits of seaweed will also assist in maintaining overall health, including by reducing allergies.


Saya order slimming soap ni dari DF Spa Nusantara dengan harga mampu milik.
Ha...kepada yang berminat nak cuba
Jangan ragu ragu, jangan segan silu...Nak order, sile contact terus Rosy <<<>>>
atau
saya juga bole tolong order kan untuk Anda




Slimming soap bernama DIANA ni jugak berbau wangiii.
Suke!

Thursday, February 18, 2010

Puteh Seputeh Kapas

Semalam...

jalan raya menuju ke office sangat lengang...kereta tak banyak.Woweeee. Memandu dalam suasana aman tenang dan menenangkan jiwa. Suke!

Office sangat kosong, aku pergi breakfast dengan teman teman, kemudian pergi lunch juga dengan teman teman. Pulang dari lunch aku mintak sahabat singgah di Spa... berdekatan dengan office aku ialah....SeputehKapasSpa. Dari mana aku tahu pasal Spa ni...ahaaa semasa aku melompat dari blog ke blog ada terserempak dengan blog seorang cik adik mengenainya...aku pun apa lagi mesti la nak mencuba kan. Cuba jangan tak cube ;))




Seorang penyambut tetamu tersenyum manis menyambut kehadiran aku dan sahabat sahabat. Aku soal dia dengan macam macam soalan...maklomla 1st time customer. Bahagian bawah ku lihat pelbagai jenis pakaian wanita di susun kemas untuk jualan. Kain pelbagai jenis pun ada...

si 1st time datang spa :: "ada terima tempahan baju ke kat sini ?"
penyambut tetamu ::" dulu ada...skrg ni tailor sambong belajar balik so tak ada la tailor nak menjahit buat masa ni"
si 1st time datang spa :: "kalau i nak buat facial bape ek...nak buat itu buat ini nak nampak cerah nak nampak kulit glowing nak nak nak..."
penyambut tetamu :: "sile naik tingkat atas la untuk penjelasan sejelas jelasnya dengan empunya spa"


Penyambut tetamu suruh aku ke tingkat atas untuk mengajukan soalan secara direct kepada empunya Spa...Terkedek kedek aku memanjat tangga ...si comey adik manis empunya spa ada rupanya di sebalik kaunter. Comel lotey dan lemah lembot serta muda rumaje lagi yea orangnya. Bagos bagos..muda muda dah ada perniagaan sendiri.

Aku pasti bagi sokongan...support jangan tak support ;))

Adik manis terang kan satu persatu pakej kecantekan di miliki spa...macam macam ada. Harga mampu milik gitu. Aku teruja nak mencuba salah satu rawatan muka di sediakan lepas waktu balik kerja. Set date, set time...satu temu janji dah tertulis diary empunya spa...eh diary ke tu...macam cebisan kertas je. Ehem ehem...kamu lupa date akak. Siap! hahahaaha. Gurau je.;))

Petang nanti jumpa lagi...kataku ringkas.

530pm, awan nampak gelap sebijik macam hujan akan turun. Aku sampai di Spa seperti di janjikan tengahari tadi. Sampai saje aku di Spa hujan turun selebat lebatnya membawa aku parking kereta hingga ke bawah bumbung rumah aka Spa...nasib baik mereka baik hati. Lega den...dah la dlm kerete ku tiada payong...ehekz!

Tibe tibe aku rasakan Genieku menunjukkan perangai pelik...lampu hazzardku on sendiri tiba tiba tanpa ku tekan punat hazzard. Aneh tapi benar. Genie ku buat perangai...adusss. Beberapa kali ku cuba offkan lampu hazzard yang berkelip kelip tapi gagal. Aku tekad ku biarkan sahaje dan meneruskan niat aku mendapatkan rawatan yang aku inginkan.Aku di berikan kain batik, untuk persalinan. Aku di selimuti rapi agar tidak sejuk di kaki. Si tangan halus bergerak pantas di seluruh wajah dan kulit mukaku. Satu persatu lotion dan sabun di sapu ratakan ke wajah. Aku paling tak gemar ketika steaming..panas! nak cantek, kena tahan la panas sekejap kan. PUFF PUFF! Aku bertungkus lumus bernafas melalui idung dan molot. Hik...jakons. Aku juga tak gemarkan mask muka..sungguh merimaskan. Suasana kenderaan di luar spa menganggu kedamaian aku menikmati suasana releks ketika menunggu mask di muka ku kering. Kalau bilik rawatan jauh sikit dari jalan raya mungkin tidak menganggu lena petangku.

Opsss terlebih sudah...saya beri cadangan 10 sen saya saje yek Seputeh.

Selesai rawatan crystal peeling dimuka, aku ke kaunter untuk pembayaran. RM60 sahaja untuk 1 jam.Ting!M. Insyallah saya akan datang lagi untuk rawatan kecantekan body pulak. Ahaks. Masa berlalu ku rasakan pantas sekali.

Keluar dari spa ku masokkan kunci kereta ku dan ku start enjin macam untuk pulang. Genieku tak mahu start. Confirmed battery kong. Genie demam. Haih!

Rekod :: Genie buat perangai kali pertama buat tahon 2010.

Malam...aku baru terima message text dari junior seuniversity ku. DFNusantaraspa soft launch 27 Feb 2010. Fulamokkk! 40% discount. wink wink*