Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Birthday Party Fawa

Selamat Hari Lahir Anak buahku....

Semalam 17th September 2011 adalah hari lahir anak buahku yang ke Dua puloh toooott..Heeee.
Aku hanya mampu mendoakan kebahagian dan kehidupanmu di berkati olehNYA yang maha ESA. Amin

Bile nak tawen? {Soalan standara la kan dari makcik makcik...Oh Nooooo! im a makcik now????Erk!}

Oh! tunggu pakwe habis study Master yea. Bagus bagus..senang hati makcik, anak buah bersuamikan jejaka Malaya ada Master Kungfu...muahahaha ada gaji besor, boleh beli kereta besor, dan rumah besor.

kihkih...Mampus pengsan bakal anak buah aku mendengornya. :))



Meriah majlis open house plus birthday makan makan kat umah kakak semalam.
Kak long yang kebetolan nak menjamu selera dengan juadah Laksa Johor yang dah jadi tradisi kami...bawak pulak anak cucu cicit sekali. Setiap kali datang 4 5 buah kereta. Hamik kau.

Raye haji nanti kite BBQ kat kampong pulak yek!
Yeay!

Sejak menjak usia dah bertambah ni...hati aku bahagia apa bila di kelilingi oleh sanak saudara abang kakak dan seluruh keturunan Ja'afar's Clan. Kalau dulu masa bujang2...aku lebih gemar lepak melalak dengan kawan kawan, kini aku dah semakin berubah...keluarga tersayang adalah keutamaan ku.Oh yea! tanda2 usia dah menjejak senja ...:))

Meriah dapat usik mengusik anak anak buahku yang mengheret sama pakwe masing2.
Dalam gelak suke suki bergembire, aku selitkan jua nasihat dan amaran buat anak anak dara kakak2 ku agar menjaga diri dan maruah keluarga ketika bercinta.



Semuga kehidupan anak anak buahku di lindungi & di berkati Allah selalu hendaknya. Amin.

{risau aku dengan kes kes zina dan kisah2 anak anak remaja sekarang yang di cekup melintuk liuk di atas peha kekasih hati di celah pokok taugeh dalam malam gelap gelita walaupon usia hanya la mencecah umor 16 tahon...Selisih mintak simpang!}

Kenyang perut senang hati.Alhamdulillah :)





Sunday, July 11, 2010

Mengidam







Semalam aku terima text dari sahabat. Baru pagi tadi aku baca. Sahabat kata dia mengidam....

Heee...kawen pon belom, mengidam sudey. Gatai sunggoh.ehekz.

Sahabat : beb, kite buat bufday zanos kat tasik putrajaya 31th July ni nak?Picnic beramai ramai.
Aku : bule bule, hmmm tasik putrajaya yang mana weh...[blur...aku dok imagine Putrajaya lake club]
Sahabat:Tasik yg cantik cun. Yang korang pernah piknik dulu. Aku mengidam nak berpiknik. Kite buat untuk Diana, ejal, dz n dean.Aku bawak satay. Mengidam beb.
Aku : Hahahaha...Ngidam tuuuuuuuuu...bule bule, nanti kite arrange k.tapiiii apa sal diana n dean sekali?
Sahabat : kan bufday dia orang on August, bulan pose tu beb.
Aku :hak a'aaaaaaaaah laaaaaaaaaaaaaa...kena beli kek 2 tingkat nih.
Sahabat : si zaidi pon sekali, dia bulan sept.
Sahabat : kek lapis cukop, bertingkat2 kau. untuk bufday aku tahun depan dan bufday ko sekali pon bole.
Aku : ko Kijammmmmmmmmmmm..hahahaha

Moral : owh, rupanya ko tiada dalam cerita lalu yek. nanti kite picnic picnic kay ;)


Thursday, July 1, 2010

Selamat Hari Jadi Kakak


Pagi pagi lagi aku dah sms kakak kesayangan di JB.

Text ku
"Happy birthday my lovely sistah"
Kakak balas...
"thank u"
Aku sambong text tambahan
"aku dah tukar lokasi persandingan aku...di TAMAN"
Kakak balas...
" buat la kat mana mana pun yang ko rasa TERBAIK"

Time kasih kakakku...
Kalau call sure prepaid aku habis.
hikhik.
Texting wishes cukop la yek kakak,
Ingatan ku itew yang Penting kannnn :))

Friday, April 30, 2010

I want my Birthday cake!





hari tu 27 April 2010 hari jadi kamu,
tapiiii kamu yang belanje saya makan sedap sedap
hahahaha...

Macam mana saya tak sayang kamu?



steak rib eyes kamu punya


grilled salmon saye punye...

Mud pie ganti birthday cake...wahaks!



Happy Birthday Encik Tunang

Friday, February 5, 2010

Zeck

Selamat Hari Ulang Tahon yang ke 3 Puloh Tige
[kalau bole aku nak pakai font giler bapak giant untuk 33...tapi tak ada la pulok...hahaha]

ye...aku tahu, birthday ko bukan hari ni...tapi esok. Kunun2 aku akan menjadi manusia pertama mengucapkan happy birthday buat ko..sedangkan aku juga tahu ramai lagi rakan rakan ko dalam buku muka dah wish ko 2 minggu awal dari aku kan...hakhakhak.



Apa yang menyebabkan kau special di kotak fikiran aku?
Ko nyanyi lagu nasyid siap video clip gambar kubur dan kematian....di saat saat aku nak melonjak lonjak dalam Red Box mendendangkan lagu Coklat - Karma... potong stim betol!hihi..

#2 - Ko gelak sampai keluar air mata...sama dengan aku. So aku rasa aku macam aku ada pesaing dalam perlumbaan air mata sapa paling banyak...hahahaha dan aku rasa ko sama macam ahli keluarga aku...keluarga aku sahaje yang gelak sama sama dengan aku sampai keluar air mata dan air hingus....dan cakap " dah la dah la..tapi masih gelak".Wakakaka.
Bagi aku...ianya unik. Aku jarang jumpa lelaki gelak sampai meleleh air mata...unik unik.

#3 - Ko tak percaya aku ini sebenarnya pemalu...bukan ko je...malah ramai lagi sukar nak percaya aku ni pemalu. Pehal ek? eh chop! ni pasal kamu ke pasal aku ek? ehiks..terkeluar tajuk sudahhh :D


walaupon ko banyak gelak...aku tahu ko juga banyak simpan kesedihan.Betol tak? ehiks...
Macam mana aku tahu? Aku tahu leeeee...aku kan lebih dulu hidup dari kau..wahahaha {{{ gelak bongkak!}}}

Sempena hari ulang tahun kelahiran ko yang ke tige puloh tige ni, aku doakan yang baik baik saje untuk kamu, semuga di permudahkan segala urusan dalam perjalanan di sini dan di sana. Aminnn.
Kata kata nasihat aku yang lebih berusia dari kamu ini...eh eh chop! tak best perkataan ni...ehem ...nasihat aku yang lebih dewasa dari ko ialah :

"ko Lepaskan yang lama...ko mulakan yang baru".


Happy Birthday Zeck