Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

K - Drama | Personal Taste


Di sampuk dik drama korea semulaaaaaaaaa. Hiks
im watching them here
Both of them...deng Cute laaaaaaaaaaaaa.

oh ye! im changing my layout again.
Kahkahkah
The rss icon up there...deng! cute.


ShhhhhhhhhhhHHhhhhHhh

Tuesday, May 31, 2011

Larut Malam bersama Si Lanun Jack Sparrow

Lanun kegemaran aku ialahhhhhhhhhhh...




Hahahaha dia ni kelako laaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Im Johnny Depp fan forever.



Badan dah mula rasa seram seram bisa ni sebenonya....macam nak demam.

6:30pm-Lepas habis waktu kerja, encik suami ajak menonton..marathon kata dia. Alamak! baju sejuk tak bawak laaa..How ley?

7:00pm- Encik Suami pick up aku di office. Kami ke Burger King, sambil makan burger king di luar restaurant...mata menjeling tak habis habis pada couple di sebelah meja kami. 4 orang anak bujang bersama si ibu browsing internet via iPAD2. Canggih sangat kan ibu2 sekarang.

Zaman i muda muda dulu ibu i kukur kelapa je kat dapur nak buat bubur kacang. Yummeyh! Zaman dah berubah kak Loyah oiii...apa nak jakun benorrr kan.:))

Aku tibe tibe teringat kat ibu dan bapa mertuaku di rumah " macam mak dan abah kan bang....anak lelaki 4 orang"
Aku tersenyum macam kerang kat encik suami di sisi.

Uik! Sedar tak sedar, jam dah dekat 9:45 malam. Encik suami ketagih kopi. Ke food court, aku singgah sekejap di ESPRIT factory outlet. Terjebak dengan 1 sweat shirt berhood. Sesuai sekali di bawa menonton dalam panggung wayang yang sejuk beku itew nanti.
Amoi " ada 20% kalau akak amik 3 item hari ni"
Aku sambil mencapai sweat shirt size M nak mencuba " oh ok"
Amoi " Boleh ke ? "
Aku " kecik la..i kena pakai L" [ masih tak dapat terima ko pakai size L sekarang yek Loyah?.Adeih]
Amoi tu paksa jugak aku berbelanja besar" u carik lagi 2 item untuk 20% la"
Aku " tak pe la..i nak cepat nak tgk wayang ni"
Amoi " so tak ada 20% off yea. normal price saje"

Makwe datang dekat di sisi amoi....aku pasang telinge.

Makwe " ai nak share 2 item dengan dia bole ke?" [minah ni tunjuk aku ok...]
Amoi " u ok ke kalau dia nak share bill dengan u, so ols can get 20% off for 3 items..."
Aku sambil ternganga nak cepat tapi ada plak umat baik hati nak dptkan disct bersama " OK ...i tak kisah..i pay u cash eh..sebab i nak cepat"
Mak we berkejar dekat pakwe dia yang masih terpinga2 carik tee shirt...

Terima kasih makwe ...! Telefon berdering...
"Cepat dah nak start ni" suara abang di corong telefon bimbit aku yang dah kronik.
Aku berlari laju sambil menyarongkan sweat shirt baru siap dgn price tag lagi .....selambur.

9:45pm -Priest
Teater 3...1st time aku masok teater 3 di Alamanda. Ramai la plak yang menonton malam tadi.
Best jugak la movie ni tapi tak ada la marvellous sangat bagi kaca mata aku..sebab pontianak dia lebih berupa alien daripada ruper hantu siam. Tak takut ah!...Aku layankan je sambil makan Twesties.

Ahaa...Couple yang duduk di sebelah kiri seat aku, asyik la terkejut2...macam la seram sangat alien dalam movie ni. Leh darah tinggi aku dik gegaran kerusi sepanjang movie tu tau. Kronik betol makwe ko.

11:15 pm pegi jamban.

11:30pm - Pirates of the Caribbean - On Stranger Tides pulokkkkkkkkkkk.
Masok masok aku dah terbahak2 gelak. Si Sparrow tibe tibe jadi judge kauuu..eh! korang dah tonton belum movie ni? Meletoppppppp. Aku rasa movie kali ni lagi lawak dan lagi santai dari yang sebelumnyannnnnnnnnnnnnnnnnnn...dan lebih banyak skrip yang kelako.
Si lanun lebih banyak melakonkan aksi di dataran daripada di atas kapal.
Ha'ah eh..mana pergi kapal2 hitam dia orang? Haa kena la pegi tonntonkan ..hikhik
Kali ni lanun2 berebutkan air awet muda forever yang berada di lokasi rahsia.
dengan setitis air mata ikan cantek si mermaid, sesapa saje yang dapat meneguknya pasti hidup lama muda julite.
Berebut la lanun2 tu haa macam biasa. Si lanun berkarat Barbosa sekarang dah berkaki kayu....
Watak priest dah jatuh cinta pandang pertama dengan mermaid pon menarik jugak.
Macam ada Lanun di Caribbean 5 je ni nanti...mungkin tidak?
Best sangat!

Sampai rumah 3:00 am - ZzzZzzZ

Wednesday, May 25, 2011

Nur Kasih The Movie | Mari Komen


Hari Jumaat lepas kerja...bergegas aku balik rumah zana. Eh! apapasal plak aku balik rumah zana? Ko tak ada rumah ke Lily?

Hiks...Aku parking kete mewah...eh! kete sport aku kat rumah zana je lah. HEEEE...

Jenguk Al meera dan mak zana di rumah kejap, sementara tunggu zana bersiap. Al meera anak buah pertama keluarga Tok Zul sangat la selamba bedah wajahnya. Ko buat la apa kat dia..muka dia maintain ketat sahaje. Wakakakaka Damn ...cute gilak budak ni tau!!!!

Raut wajah Al meera seperti berkata " apa sengal la kawan mak long sorang nih" Wakakakakaka

Bersama adik zana, kami bertiga berdesup ke Midvalley untuk sesi Nur Kasih The Movie bersama sahabat tersayang.
Kapal senget sudah ada, lanun mana? ;)

Sampai di Midvalley layankan si zana beli llining untuk chiffon baju hari rayanya dulu di KAMDAR. Wah! banyak banget kain, hampir aku naik juling. Aku benci Midvalley sebab bagi aku susah nak carik parking, tapi di Midvalley...macam macammmmmmmmmmmm ada. Adessss.

Lepas beli kain, kami menonong ke McDonald kelaparan. Menonong naik tangga, tersembul wajah salah seorang sahabat kami. Aku tak cakap apa apa pun...dia seolah2 mendengar suara hati aku iaitu

"apasal org call ko tak angkat?" suara hati aku ni...tak bukak molot pon tau
"SIMkad aku rosak, SIM kad aku rosakkkk" dia balas sambil terbeliak2 bijik mata tahan kegeraman.

Wakakakakakak comel!

Oh! sebelom makan. adik zana pegi collect tiket. Kemain berjela tiket di beli...macam full satu row kami booking gitu. Padahal setahu aku hanya aku zana adik zana diana dan budak sim kad rosak sahaja yang menonton.

Apa pasal tiket berjela jela huh????Aku senyum kambing sendirian.Korang tak yah la nak bagi element2 Suprise kat aku woi!!! :))

Memanjat tangga tempat duduk atas Mcdonald, aku mendengar luahan perasaan dan tekanan sahabat dengan Director baru di kompeni beliau.

"Vavi, vangang, vavi, vodoh punya Boss la encik G tu...aku tak respect langsong dengan orang macam dia" tak henti2 sahabat meluahkan perasaan.
Sapa nama boss ko tu ek ? tanye si zana nak tahu lebih lanjut..
"Encik G, dulu dia keje kat kompeni ni. pastu bungkus, pastu dia pegi kompeni ni..pastu karput jugak" balas budak sim rosak tak habis lagi meluahkan
"Encik G bin? wahahahahahaha...itu abang kepada pakSu aku la woi" mengaku si zana selepas mendengar dengan teliti salah silah company2 tempat Mr G pernah bekhidmat.

Hamik kau!!!! What a small world kan.

Mak atuk dah pernah pesan, cakap malam malam pelahan2...cakap siang siang, jeling2. Kan dah kena seketollll.Sedara kawan sendiri yang di vavi , vanggangkan.

Waduh. Menarik bukan?

Ini belum lagi review untuk Nur Kasih The Movie kauuuuuuuuu...Aku dah haus.wakakakakak

Lanun teleng kah? wakakakaka
eh eh! macam kenal jek muka 3 serangkai ni... aku nampak zek, adik zek dan Nur Amina [makcik Salbiah] 3 beranak menunggu kami. Dah haku hagakkkkkkkkkkk korang join menontonnnn...buekkkk!!!!

Selesai solat maghrib, Nur kasih the movie jadi tontonan kami. Nak sedih jee...si budak sim kad rosak buat lawak.
Boleh di katakan, setiap kali ada plot sedih...aku tak sempat nak feeling dah masok plot sedih berikutnya.Last last aku tergelak dik komen dari si budak sim kad rosak. Aduiiii laaa...

Selain dari kehebatannya yang sedia ada, Nur Kasih The Movie masih banyak juga kelemahan terutama dari sudut make up artist ...sangat la jelas make up Fiz Fairus tu.Ampun tuanku. Tak pasal2 muka fiz firus jadik bahan gelak aku tau. Kalah kuih tepung gomak mak leha dah korang kerjakan muka si fiz fairus. Malas tau!

Teknik CGI kereta api dan api yang di guna pakai....alahai. Aku yang tak ada ilmu CGI pon tahu, api itu di buat buat sangat.....tak reti ke tak berapa pandai lagi ek? Ouch! soalan.

Aksi seksi Nur Amina masa tersedar dari pengsan selepas kemalangan keretapi jugak membuatkan aku dan budak sim kad rosak tergelak terbahak2. Sebijik macam ikan duyung terdampar di padang pasir gaya kau apa pasallllllllllllllll? Ko pose tergolek lemah longlai sudahhh..x payah la pose sexy nyah oiii..wakakakaka

Overall, apa yang boleh aku katakan...aku lebih suke tonton DRAMA Nur Kasih The Series di TV3 daripada The Movie.

So far, movie Melayu yang sempat menyiat perasaaan aku dan menyumbatkan hingus di hidung aku semasa menonton ialah movie SEPI & Papadom. Sungguh menyayat hati.

Apa pun pujian dan kritikan hakak, tahniah kepada seluruh warga yang menjayakan Nur Kasih The Movie kerana berjaya mengheret aku ke panggung wayang untuk menonton Nur Kasih The Movie.

Pastinya ada yang menarik sampai aku ke panggung kan.

Keep up a Good Work Yall! ;))



Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie | Mari Menonton


Excited...


Watching tonite.
@Midvalley GSC
Tix : 12 hengget.
;)


"Remy ishak accident ly..patah kaki, jatoh motor" hembos kawan2 kat opis...
"Hhuh? bio betol?bile?" tanye aku ala ala terkejut badak
"Apa daaa..kata peminat? takan tak tahu..."kawan kawan melaserkan aku
"Aku kan dah ramai kawan kawan propa...macam korunk" wakakak sedas di kembalikan.

Terus duduk kat meja...pegang keyboard type : cari.com :))


Monday, April 25, 2011

Kesian Remy Ishak



senyum herot sipi2 tu yang manis tu ;)

Aku dah tonton movie CUN dah. HEEE....Memang CUN.Santai je. Senyuman dan lakonan selamba Manis pon CUN Korang dah?
Hero dia cun, heroin dia duduk atas belakang kerbau pon masih CUN.Overall enjoy la.

"Alaaaa, tak minat la aku nak tonton movie Melayu " cam gitu la lebih kurang suara2 sumbang aku dgr setiap kali aku ajak tonton cite melayu di GSC.
" Abis sape nak teman aku tengok cite CUN ni..aku nak tengok JUGAKKKK...jom la teman aku tengokkkkkkkkkkkk, dah tengok baru kite bole judge filem tu baguih ke tak woi ..pelakon dia lemau ke, rangup ke tidak..ok?"

Hajakan aku terjawab jua akhirnya. Yabedabedu. :))
Kuching besor tak ada, so tikus2 pon bertempiaran keriangan di GSC la kan.

Lepas tonton...aku rasa...
Fun, tonton lakonan Remy Ishak cakap Utara dalam movie ni, jadi...
senyum cenonet dia yang sweet tu apabila jatoh hati pada Maya pon, jadi.

Apa pasal la korang dengki sangat dengan pelakon etam manis yang berbakat dan sedang hangat hot hot ni ek?
Kasi chan la dia nak berlagak ke nak tunjuk lagak ke...dia kan pelakon baru naik....Standard la, pelakon baru yang baru nak adjust dunia glamer sistah. Kasi chan la eh. At least dia tak hipokrit kan.
Wahaks!

Lakonan pertama beliau yang buat aku teros meneros mengikuti perkembangan bakat lakonan beliau bermula dari drama Nur Kasih tayangan TV3....
Mula mula tonton, agak terpukau la dengan lakonan Aidil. Biasa la...pakwe warak. Warak dalam drama lakonan je la. Kat luar...adess.
Mamat etam manis berlagak si Adam ni plak...tibe tibe menonjol, bukan hanya sebab beliau tinggi, ada senyuman menawan, tetapi bagi aku la...dia memang boleh bawa watak dengan baik.
Memang nampak la beliau seorang pelakon yang memang bekerja.
bukan belakon untuk kejar glamer....macam sesetengah pelakon tu..kan?
Korang bole?


Walaupon ramai yang kata remy ni ala ala macam mamat " hijau ka, merah ka..kakak?" Jahatkan mulut manusia... Aku yakin bakat lakonan beliau memang tak dapat di ketepikan, memang pesaing bagi pelakon2 senior yang lebih lama dan masak dalam dunia lakonan drama dan filem...pasti tergugat punya lah.
nama pun bersaing dengan sihat kan?

Remy Ishak pasti mampu mewarnakan lagi calon2 bagi anugerah pelakon lelaki terbaik di masa hadapan berturut2 kalau kena dengan projeknya. Memula aku tonton drama Nur Kasih arahan Khabir, aku memang tak nafikan drama dari khabir lain macam sikit menariknya...tapi bila hayati betol betol.
Apa kurangnya bakat lakonan Remy kan.

Berbanding dengan Maya karin, aku pasti korang boleh nilaikan penghayatan watak Maya dalam CUN tidaklah se hebat mana. Tapi sebab Maya memang di senangi dengan ke hangatannya.. Apa salahnya dia jadi heroin jamban terbakar kan. Janji hangat.Ahaks..kelako!

Bagi aku, keberkesanan seseorang pelakon melakonkan watak dan jalan cerita sesebuah filem itu yang menjadikan sesuatu movie itu menarik & berjaya ,
mencuit hati,
mengeletek jiwa ,
melelehkan air mata,
meresap ke urat hitam atau tidak.
Cewah!




Ahaa..lagi 1 penyakit...
Ada sesetengah umat..suke sangat bagi statement
" ala movie melayu ni dah boleh agak dah ending dia camne"
" alaa movie melayu, balik balik kisah cinta...cube la ko tonton filem intelektual skit.."

kalauuuuuuuuuuuuuuu...
semua bende ko dah bole TAHU dan bole AGAK....alahai,
boringnya nak ajak ko tonton wayang lain kali.
Kalauuuuuuuuuuu...
semua filem melayu berkonsepkan kisah cinta dah tak ada nilai intelektual, at least masih ada message dan nilai moral yang tinggi ok.
kan dah emo! wahaks.

Nexttttttttt

Org tonton movie bukan takat nak tahu ending je OK!
Lengok dan jalan cerita yang menarik, teknik cinematography, soundtrack semua tu pon penting jugokkkkkkkkkkk.
Tak gitu?

Peminat tegar Remy Ishak senyum manis kepot2. ;)

Friday, March 18, 2011

Kurus


Sejak kahwin...terutamanya.
Aku tak pernah miss....makan nasi.
Aku dah kahwin hmmm...masok 3 bulan, march 12 yang lalu.... Hiks..kejap je kan. Bermaknaaaaaaaaa aku dah makan nasi selama 3 bulan tanpa gagal. Walauweiiiiiiiiiiii....

Sekarang ni pulak, aku rajin sangat sangat tonton movie series Korea. Mereka tu semuanya dah la kurus, berkulit puteh lagi flawless. Melihat mereka kurus, flawless walaupon aku tahu mereka tu cantek dan kurus dalam tv jerrrrrrrrrrrrrrrrrr .Aku tetap laju makan nasi.Hekhekhek...


Apa nak jadi daaa..

Aku percaya menggurangkan nasi dalam hidangan makanan harian dan senaman yang berterusan boleh mengekalkan berat badan dan bentuk yang menawan. Aku pernah lalui dan alami zaman itu. Wah!

Malangnya,zaman itu sudah lama berlalu.Tak suke ar...perkataan Malang malang nie...haisssssssssssh![ sawan korea dan sampai daahhh....hikhik]

Walaupon setiap hari bertekad nak jauhkan selera pada nasi. Tetapiiiiiiiiiii....Hari ni....sampai office, menu hari ini adalah seperti berikut....
sarapan nasi lemak sambal sotong air milo,
tengahari pulak, nasi puteh ikan keli cili ijau sayur nangka masak lemak dengan air sirap. Phewwwwwwwwwwww
Dalam kepala otak dah terbayang nak beli durian balik kerja petang ni. Ouch! :))

Jum naik beskal petang2..Senam senam :)

Saturday, March 12, 2011

kena Serang Hendap dengan Alien

11.05pm tonton wayang larut malam bersama encik suami.


Best! jarang sekali aku suke filem berbentuk perang2,
di serang ALIEN macam SOTONG..wahaks.
bom2,
tembak2,
peluru,
bazooka bagai.
tapi kali ni...aku tonton dengan penoh perasaan ok.
Setiap kali marin kena tembak...aku yang berdengus " uh ! shit"....macam leeeeee aku yang kena tembak gitoo
:))

Overall, filem Amarika ni memang best. Walaupon rasa memuncak kebencian terhadap negara Amarika yang sibuk campor tangan dalam kehidupan warga Libya dan negara negara mewah minyak yang lain.Aku masih tetap suke menonton filem Amarika.
Mencari cari apa lagi ide mereka yang cuba menonjol menjadi negara paling kuat dalam negara.

Filem kali ni pula lain macam pulak gayanya...

Filem ni berkisar sekumpulan marin yang cube menjalankan tanggungjawab dengan betol,
bukan hanya cuba jadi hero seperti filem filem Amarika yang biasa biasa kite lihat.
Filem ni ada nilai nilai murni kemanusiaan la jugak.Itu antara faktor yang menyebabkan aku agak tertawan dengan filem ni kut.

Tapi yang agak pelik skit pada tajuk filem minggu ni ialah Battle Los Angeles. Apasal tak buat tajuk World Invasion : Battle Las Vages agaknya ek? Kan lagi gempak tengok tempat judi kelas dunia macam Ceaser Palace meletop kebabom.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


*Adegan malas nak cerita tapi nak cerita jugak*

Movie habis dalam pukol 1 pagi.
Dalam cuaca sejuk di selubungi hujan renyai2. Selepas menonton pastinya ramai yang berpusu pusu nak ke...?ke?ke mana adik adik?









TANDASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
Pandaiiiiiiiiiiiiii


Yang akak rasa management Alamanda tak berapa agak Pandai ialahhhhhhhhhhhhhhh
Tandas gelap gulite ok.
Tak ada lampu?
Apa pasal tak ada lampu?
Jimat kos ke hape korang ni?
Pukol 1 pagi nie nak oiii...apa salahnya bukak lampu satu satunya tandas untuk penonton selepas menonton kan.

Cube koraang fikir logik ke tak logik : kalau nak jimat cost sangat, management sile la pikir or berunding dua 3 empat 5 kali untuk buat tayangan larut malam bersama GSC kan.
Bahaya ok buat kaum Hawa.

Ahaaa yang hakak ni kecoh kecoh...apa pasal tak buang air je kat GSC toilet?
elo! kalau dah keluar dari menonton, ada chan ke korang nak pegi keluar melalui jalan masok tadi?Tak dapek dik oiii...semua penonton keluar ikot jalan sehala saje.

Timbang rasa la sikit

Tolong la prihatin eh, issue ni memang nampak remeh kut bagi sesetengah orang, tapi bila aku nampak sekumpulan adik adik manis yang sanggup amik risiko kerana tak tahan nak buang air.
Aku rasa jadi satu tanggungjawab untuk highlight perkara perkara macam ni.
Zaman sekarang macam macam jenis jenayah kan
Aku rasa management kena peka la untuk pastikan tandas tu berlampu.

Tandas awam kan kemudahan.
KESELAMATAN penonton dan pengguna kena la di utamakan.

Friday, February 18, 2011

Movie Marathon


marathon la sangat.
Hiks

Ingat tak dulu masa mula mula nak kawen, aku ada cerita aku berangan nak adakan 1 sexy day dalam seminggu.
Weeeeeeeeeee
Seksi seksi day pon nak bagitau dunia ke cik Puan oiii?
Malu la skittttt yer.
Sikit je la yek....so, sambong.
:))

Idea ni wujod pun semata mata nak memastikan hubungan suami dan isteri yang terjalin sentiasa di limpahi kasih sayang jer.
Daaaaaaaaaaaaaaaaa
Kunun2 supaya perasaan hangatnya kasih sayang antara suami dan isteriku ini
hangat
hot
hari hari hot sentiasa gitu.

Bukan senang yea nak pastikan kehidupan ceria apa bila mengadap muka yang sama hari hari yea encik cik sekalian.
Phewwwwwwwwwwwh


So,
Semalam, eh bukan semalam, malam rabu....
encik suami belanje tonton Yogi Bear.
Ada orang kata movie ni bosan, bluekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
tapi encik suami yang sangat gemarkan dunia 3D maka Yogi Bear menjadi movie pilihan hati beliau menonton bersama puan isteri.
Hiks.

Ahaaa..sebelum masok menonton, pasti penonton nak ke tandas kan.
Yang aku agak seriau menonton di GSC AlamAnda ni ialah.....Tandas dia.
Haritu aku pergi..kebetulan kut hari aku pergi kan....tandas memang kering,
bersih,
tak ada bau ,
tak ada lecak2
yang paling seriau sekali ialah
TAK ada air.
Aku ni bukan apa, sebagai warga Malaya berbangsa Melayu dan pembersih..wahaks!,
air adalah alat cuci paling PENTING di gunakan untuk rasa BERSIH.
Tolong yea cik puan kaunter aduan.

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

lagi satu,
dah la tak basah, tak lecak, kering tetapi tukang mop lantai jejaka kacak bangsa entah apa pon aku tak pasti...rajin sungguh mengemop lantai yang dah sedia ada kering.
Anda bimbang?
Aku apa lagi.
Lagi sekali yea cik puan kaunter aduan.
Sile prihatin skit waktu2 pekerja lelaki jalankan duty pengemopan di tandas wanita yea.

nasib baik, masok saje ke dalam teater no 3,
dalam malap malap gelap ruang teater
Ada budak kecik kat sebelah aku ni, dok asyik asyik usha aku tau [perasan ke hape makcik nie..hehe]
Bile aku jeling pandang dia, dia buat buat pandang wayang.
aku pandang lagi, dia pandang ke depan,
aku pandang lagi, aku nampak dia senyum...Wahaks! comel sangatttttttttttttttttt
Eh! kecik kecik dah pandai ngorat eh anak bujang cenonet orang nih.
Hiks...so cute.
[keeeeeeeeeeeeeeeeee dia pelik aku dan encik suami gelak sakan? Muahahahaha]


Apa apa pun, aku tak sangka bahawa encik suami jugak membuat inisiatif begini bagi menghangatkan kasih sayang kami suami isteri.
Auw! sunggoh terharu

Maka wujodlah minggu marathon movie minggu ini.
Romantik tak?
Tak?
Ai Suke!
U tak suke?
apa? Ngade-ngade?
LANTAKKKKKKKKKKKKKO
hihi

dannnnnnnnnnnnn malam tadi ialah malam khamis, wahaks..
bukan "itu" yang cuba di kongsi di sini yek adik adik.
[elee bile sebut je malam khamis, tergedik2 senyum kepot eh! apa hal ko? wakakaka]

Malam tadi encik suami belanje lagi tonton wayang The Rite.
Memandangkan encik suami tahu aku gilekan lakonan si tua Anthony Hopkins tu, [macho la suara mu itew Anthony]


maka The rite jadi pilihan tonton movie malam tadi.
Best! Aku suke...filem seram heavy drama mengisahkan paderi penghalau jin setan rasuk toncet lakonan Anthony Hopkins yang sangat cool yang akhirnya dia sendiri kena rasuk.

tell me ur nameeeeeeeeeeeeeeeeeeeee setannnnnn.

;)




Friday, February 11, 2011

Burlesque

Suke Burlesque!


Aku suke tengok movie ni sebab

mereka semua tiada LEMAK.
hekhekhek...aku ada byk lemak oke skrg ni...tu yg suke sgt tgk org tak de lemak ...hekekhek

dannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Jejaka si Jack yang kacak dengan matanya yg redup telah membuat aku berangan naik motor di belakangnya sambil selendang beterbangan di hembos angin.
Tonton la weh!


Mereka sunggoh POWER.

Saturday, October 16, 2010

Aku + Julia Roberts + Baliee



Mat Wedding Consultant aku sms seawal jam 600am katanya...
"Disember ni ramai orang kawen ok, so aku tak mo quote harga mahal dekat menu ko tu...maka aku dah advancekan duit aku dulu, tapi ko masokkan la balik before 3pm yea... sebab aku nak pakai duit untuk fashion show esok"

Aku terus capai phone dan call balas Mat WC
"Awalnya ko bangon Mat" kataku
"Dah tua tua ni, tak lalu nak tido lelama"
Aku kagum dengan sikap kamu, nak jadi usahawan berjaya ..mestila bangon awal pagikan.
kamu memang layak dah berjaya sehingga tahap hari ni Mat.

830 pagi, aku dah bergegas ke bank, deposit some money untuk Mat Wedding Consultant aku
Duit untuk catering. Settled.
Alhamdulillah.
Persiapan perkahwinan memang pakai duit banyakkk.
Rasa macam air terjun gitew lajunya dia mengalir keluar ok.
Nasib baik aku bijak setkan limit perbelanjaan, kalau tidak...aku yakin bujet perkahwinan boleh mencecah sampai ke lautan Pacific angkanya.
Phewwwwwwwwwwwwwwwwww!!!

Hati aku semakin lega dengan persiapan setakat ini.
Tapau nasi lemak dengan paru sambal, aku layan sarapan pagi ku di hadapan tv.
playhousemate aku keluar dari bilik tidur tibe tibe ajak aku tonton EAT PRAY LOVE bersama petang nanti.
buku yang aku beli pon belum habis di baca...nak tonton movie puloks...tak mahu menghampakan.
Aku layanzzzzzzz.sajos.


Bagi aku movie ni ok la...aku tonton pon sebab ada

Julia robert, adalah salah seorang actress kegemaran yang membuatkan aku musti tonton.
aku memang peminat kepada pelakon molot lebar nie sejak zaman Pretty Women, Erin Brokovich, Mona Lisa.
Ha'ah..movie movie yang masih melekat dalam ingatan aku nie.Lakonan dia berkesan la...meresap gitew.

Tapi dalam movie EAT PRAY LOVE nie, bagi aku story linenya macam so so je la.
Cerita tentang diri penulis sendiri yang mengembara mencari cerita, cinta dan dirinya sendiri
Story line pun macam tonton TCL channel je la lebih kurang.
Filem relaks relaks hujung minggu bole la sebab korang bakal dapat menikmati pemandangan Italy, keserabutan India
dan kenyamanan Bali.

Kan ...kan dah rasa macam nak pegi Bali la pulokkk....
Setiap kali tonton suasana di Bali...aku rasa Bali seolah2 macam tempat yang nampak macam best, nampak cantek, nampak suci gitew.
Eh! nak pegi Bali la.
Eh! nak jadi Julia Robert la.
Eh!nak jadi penulis la.
Eh! nak makan sapagethi la.
Eh! orang nak menulis ko nak menulis, tapi tulisan ko..hadoiii serabutssss..
Eh! nak nak nak..macam macam aku nak la weh.
Tulunnn...

Dalam pemandangan cantek di pertontonkan, "Ketut" menjadi karakter kegemaran aku dalam tontonan hari nie.
"Ketut cannot fly in the plane...because ketut dont have a teeth"

Apakah?
Wahahahahahahahaha


Monday, August 23, 2010

Perempuan Berkalung Sorban

Korang pernah tonton?


Sorban di pakai mereka, jauh bezanya dengan yang di pakai zaman ini. Hmmm...


Saturday, August 14, 2010

My Name is Aang




Selalunya aku tengok muka budak ni dalam siri kartoon di TV.

Semalam encik Tunang belanje tengok The AirBender dalam siri filem.
Best!
Kalau tengok dalam 3D lagi best kut.



Katara - si water bender.

Dalam cerita ni, ke 4 empat element kehidupan terbang dan melayang.
Air api, angin, tanah semua bole terbang.
Ada lagi satu karakter yang aku suke...ApPa :) Dia cumel.

Itu kisah semalam...

********************
Sabtu - tadi aku kerja whole day.
Banyak audit compliance yang aku kena update untuk projek terkini customer.
Letih woo verify penyata kewangan ahli kelab yang beribu-ribu dalam negara ni.
Pinggangku rasa nak patah.

tengahari, aku cuba berehat sekejap dan berlari ke round about Uniten.
Di situ banyak orang jual kuih muih dan juadah buka puasa jugak...termasok la murtabak kegemaran aku. Murtabak Kingkong aku panggil...besar tebal sedap dan MURAH. 350 sahaje sekeping.
Tak caya? Anda kena pergi dan lihat sendirik

Tepat jam 1245 dah ada manusia beratur.
Masa aku sampai pukol 230 petang, ada 6 kiriman dari rakan rakan di office, tapi aku tak ade kudrat nak tunggu dalam panas terik cuaca. Dan aku sempat jeling name list makcik amik order....hampir 20 orang peminat murtabak kingkong tegar menunggu.
Aku berlalu...hampa
Esok akan ku ulangi lagi. HEEE...
{Yea...esok saya bekerja lagi ..uhuks. Tak pe la..demi duit raye ..apa salahnya kan?}

500 petang, selesai kerja, aku balik dan terus ke dapur.
hari ni teringat akan karipap sedap yang playhousemate aku belikan tempohari..aku kirim lagi...tapi hari ni bukan karipap yang hari tu.Playhousemate aku dah lupa..kedai yang mana satu ...

715 petang aku dah selesai masak, ayam masak merah dengan kangkung goreng udang.
Badan terasa sangat2 letih dan lenguh...pinggang ku dah pandai nak sengal2 la pulak.

Selamat Berbuka korang ...:))


{Ramadhan entri tiada image makanan yea. Di HARAMKAN di sini..Kang ada plak yang bukak tutup periuk sesenyap.hikhik}


Tuesday, May 18, 2010

Apa kata Dunia



Di Angkasa...tadi masa aku dalam perjalanan ke tempat biasa kami breakfast...ada beberapa bijik helikopter berterbangan di angkasa...7 bijik.
Nampak sangat comel helikopter tu dari bawah ku lihat...
Agak agak abang pilot nampak kami tak ek?
Bapak aku polis, sejak kecil aku memang mempunyai keterujaan melampau apabila ternampak abang abang beruniform lintas hormat depan aku.
Ehiks....nampak kacak gitu mereka beruniform. Pengaruh hari hari tengok uniform arwah ayahanda agaknya aku nie...

Horayyyy!
Di office...aku dah terima HP Pavilion roller beg tadi ...terima kasih Boss!
Aku adalah yang pertama dapat beg nie.Ehekz.
Ada sorang mamat ni nampak...dan teros sound aku
"
"hey Ly! macam tak sesuai je ko pakai beg tu...tak ada gaya langsong"
Nada orang cemburu memang macam nie..hahahaah
Aku tak ada gaya tak apa...
ko ada ke? Laa laa laaa

Aku order beg ni sebab jaga tulang belakang aku hokey.
Dah tak de calcium dah tulang temulang aku nak pikol notebook ke office hari hari yer.
Aku yang masih muda remaja ni kalau bahu dah herot...cantek tak agak agak ko nak pandang. Apa kata duniaaaaaaaaaaa!

Jangan le cemburu...kalau ko minat, ko order saje.
Tak perlu nak bagitau aku sesuwai ke tidak aku pakai beg ni...
yang tak elok kat mata ko tak perlu la nak bagitahu kat aku yek.
Sebab aku tak heran pon nak komen apa apa tentang ko.

Tapiii...kalau boss tak approvekan order ko tu...hmmm lu pikir la sendiri yer ;))

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dari hujung minggu yang lalu aku terpanggil sangat nakmenonton movie Naga Bonar jadi 2 nie.
Hari ni akhirnya impian lebih kurang jadi kenyataan laa...


Ini adalah OST dari movie Naga Bonar..

Nagabonar Jadi 2 is a comedy movie starring Deddy Mizwar and Tora Sudiro as father and son. This movie is a sequel to 1986 hit movie Nagabonar. The story revolves around the relationship between the now old Nagabonar, a pickpocket who became a self-proclaimed general during Indonesia's War of Independence, and his only son Bonaga. The movie touches on various subjects concerning the different views of the older generation and the younger, post-modern generation of Indonesia. These subjects include patriotism, traditional values, and love.


Apa kata Dunia...
funny giler aku rasa bile mereka sebutkan perkataan ini. Tapi kalau di alih bahasa kepada bahasa kite..lebih kurang "isk!apa kata orang..." la kut.
lakonan Deddy Mizwar memang mantap. Aku suke lakonan dia..semuanya real.
Jadi bapak, jadi bapak solehah, jadi orang giler pon real.
Best lah!


Skrip yang tak mungkin aku lupakan dan mencuit hati.

Sejak kamu di lahirkan, aku yang membesarkan kamu, aku ini kasar.
Aku tidak mampu mengajar kau memiliki hati yang lembut.
Maafkan bapak

Pergh!!!tersentuh siut ...
Di celah celah koleksi movie simpananku ...Oh yea. Selain Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2..
aku dah download kesemua siri Naga Bonar movie dari U-tube...;))

Apa kata Dunia...


Wednesday, April 21, 2010

Begitu baru Lelaki Sejati


...Pengalaman hidup yang membuatnya menjadi Lelaki Sejati...

Filem aksi Indonesia mantap!

Sejak menjak nie...aku tibe tibe jadi pencinta filem Indonesia....
Habis aku kerah junior aku di office download filem dari u tube.
hari hari ada saje filem baru yang aku teringin sangat nak tonton...macam ngidam pon ada.
Dah macam mangga la plak filem indonesia dalam hidup aku sekarang nie...Heeeeeeeee.

Bagi aku Quality filem mereka bagos, sedap je mata aku memandang, kemas.
message yang cuba di sampaikan jelas dan mudah aku nak fahami.
Tak meleret, tak merapu.

Perjalanan cerita padat ,tradisi dan budaya bangsa tak pernah miss, bertenaga, teliti...
Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari filem ini...kata pesanan orang tua, kesan kehidupan dan masalah sosial, masalah kemasyarakatan, negara , dunia dan macam macam lagi...bole kite jadikan tauladan,
yang busuk kite jadikan sempadan....atau kite jadi kan pengajaran la kan.

Aku ni penonton..mudah tersentuh dengan skrip yang bagos, jalan cerita yang tak merapu, penghayatan dan ekspresi ...itu yang aku mahukan..kepuasan menonton dan di debatkan di akhir tontonan.

Skrip yang dalam, tepat, padat menusuk ke tulang hitam gitu yang aku perlukan dengan filem kite.

Sukar sangat ke menghasilkan filem sebegini pengarah filem negaraku? tapi ada ke orang kata hasilkan filem itu MUDAH? tak ada kan...
Adakah negaraku ini kurang pelakon dan pengarah filem berbakat? tapi pelakon berbakat asyik sibuk berlakon drama bersiri la pulak...

Frust tau tonton filem Malaysia, bagi aku...pelakon kite ni berlakon ala kadar la...
setakat nak glamor je..kurang mantappp, tak bersunggoh sunggoh..penghayatan hancus, baca skirp macam baca kamus..expressi keras cam belakon teater sekolah tadika...

aku bukan la pandai berlakon, dan aku bukan penah berlakon pun...aku pandai kasi komen je...untuk kebaikan jugak...hmmm aku penah jadi penari...menang plak tu..tarian ulik mayang lagi kau...aku pon macam tak percaya aku bole menari selembuts waktu itu,...apa kena mengena dengan tajok asal plak ni?....ok la...tapi aku nak la jadi penonton yang puashati dengan mutu filem negara aku sendiri...
Aku memang nak macam macam...

berilah peluang kepada mereka yang betol betol mahu berlakon,
betol betol mahu meninggikan taraf dan tahap mutu filem negara.
bukan mereka yang giler glamor.bukan anak sedara atau anak sulong director...Adeih!

jangan la balik balik sumbat muka hero anak si Pak Usup Haslam yang muka keras tu...bosan tau!
Tonjolkan pelakon yang berbakat & betol betol segar
macam sharifah amani..dalam sepet,
macam Remy...dalam nur kasih,
macam rosyam Noor ... KL menjerit
macam alaa..ramai la pelakon kite berbakat..pehal tak ketengahkan dan garapkan filem dengan baik wei??

Kalau minda aku ni masih bole rewind balik jalan cerita Kuch kuch hota hai..kenapa tidak pada filem Malaysia?
Movie terkini aku belum habis tonton ni bertajok MERANTAU...belom habis tonton aku tahu filem ni mantap.