image : Google.
Hari ini hari Nuzul Quran bagi negeri Selangor. Aku coti..mengadap laptop la apa lagi ..HEE.
Tak baik tak baik.Jum ngaji jum.
Aku tersenyum sampai ke telinge...kadang kadang tersenyum kepot sendirian.
macam dapat surat chenta dari kekasih gitew perasaan ini.
pagi pagi lagi...
kakak yang pakar dan kreatif mencantekkan veil fofular abad ini akhirnya membalas email permintaanku
untuk buat veil eksklusif buat hari nikahku nanti.
Yahoooooooo...nak Nangis ok...rase gumbirenya.
Aku amat mengagumi hasil kerja tangan beliau yang halus. Halus bagi pemahaman aku disini bermaksod benang di sulam tak nampak dek mata kasar ok. Halus tak halus camtu.
Layah yang di reka khas lahir dari hati bukan mencari keuntungan dan fofulariti semata mata adalah kualiti yang aku cari cari dalam pereka layah nikah ku.
Yea, aku memang cerewet dan sangat mementingkan kualiti.
Perkahwinanku harapakan hanya sekali dalam hayat ini. Apa salahnya aku memiliki saat paling bermakna dalam hidup ini kan...ahhh alang alang menyeluk perkasam, biar sampai ke lengan siku..ehekz tetibe rasa darah pahlawan perkasa meresap dalam diri. hikhik.
Aku teruja.
Bagi aku, layah aka veil adalah penyeri kepala buat permaisuri sehari.
Penting buat aku kerana ianya menyerlahkan lagi seri dan ke ayuaan gadis Melayu.
"Pehal tak pakai tudung je terus..."kata kata sesetengah manusia dengan sinisnya kepadaku.
Aku senyum " insyaAllah...perubahan itu kan berperingkat peringkat... InsyaAllah dibukakan hati aku akan bertudung jua nanti..."
petang petang pulak...
Abang yang arif mereka cipta dan membuatkan baju persandingan unik untukku
tak sabar sabar nak tunjuk design baju dan menyusun atur pertemuan untuk amik ukuran baju persandinganku.
********************
Alhamdulillah,
ya Allah ya Rahim.
Semuanya telah di susun aturkan buat hamba hambamu dengan indah sempurna.
Alhamdulillah.
Hari ini 17 ramadhan sudah...aku berbuka dengan sahabat sahabat di tengah tasik kejap lagi.
No comments:
Post a Comment