Tuesday, August 17, 2010

Kekal Cantek

"dah sampai Mekdi" gitula kata pakar.
Hari ni aku ada temu janji dengan pakar kecantekan cum kesihatan.

Yeay!
ini bukan perot I lepas keluar dari jamban oke...ini hanyalah image entah minah jepun kurus mana hentah, i kopi pes sajos dari http://premiumbeautifulbrides.blogspot.com/

Tak sabar rasanya nak cantek semula
{cantek itu subjektif ye bagi setiap individu...ada sesetengah mata memandang ITAM itu menawan....
Gemuk itu cendawan...berani la ko nak gelar2 aku cendawan. Aku cabot gigi ko kang. Wakakkaka}


Sebenar benarnya aku mulai rasa yang aku dah semakin membongkok.
Apa bile usia semakin meningkat, kekuatan untuk kekal tegak semakin merosot. Isk!ngeri la...
Tambah- tambah aku bekerja di office lebih banyak duduk semasa bekerja. Kadang kala tanpa aku sedari, aku tidak lagi duduk TEGAK tau.

Apakah barang terbaik untuk menyokong tulang belakang aku agar aku kekal duduk tegak bergaya dan tidak membongkok?
Aku tak mau TUA sebelum waktunya.No no no...
Aku juga aku period pain aka sengugut agak kronik setiap bulan, selain dari migraine yang dah pandai mengade2 di kepala otak aku ni akibat bekerja mengadap komputer hari hari.

Fikir punye fikir.

Aku tekad...Aku bertemu adik manis seperti di janji kan petang tadi.
Kami salam salam gesel2 pipi, teros ke ladies.
Baru nak keluar alat, ada nyonya tersembul dari toilet.
Adeih! Nasib baik aku masih sopan berpakaian.Wahaks! terlebih sudah...

Ok ok..
Adik manis ukur atas, bawah sikit, kemudian bawah dan bawah lagi
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAa
tiada lagi ukuran ber nombor 3 dalam ukuran tadi.
Adik manis amik ukuran badan aku ler...Korang pikir apa?Cet. Hahaha...

Apa telah jadi kepada diriku?
Aku MEMANG MEMANG sangat sensitif dengan bentuk dan size, sejak menjak ni...tak tau pehal. :P

Aku boleh menangis beresak2 apabila menonton Asia Biggest loser program ok, tapi aku sangat kagom dengan keberanian mereka menyahut cabaran program tersebot yang terpancar secara live di kaca tv.
Lebih 2 juta manusia tonton lemak ko bergayut2.
ko sanggop?

Aku tak...TAPI Aku salute mereka.

So ukur punya ukur, setiap ukuran aku mintak adik manis ukur 2 kali.
mana la tahu mata kerow lepas kenyang berbuka puasa kan.... wakakakaka
Ampon Tuanku!
Hikhik.

Selepas di ukur, table kecik di keluarkan dari dompet adik manis untuk mendapatkan size yang tepat untuk aku.
Wah! teros dapat "barang"....CANTEKKKK
Aku juga di belanje dengan Fresh oren yang sedap sebagai pemanis mulut.
Maklom la, nak meniaga mesti memberi dulu kan...baru la menerima payment ye dok?
Wahaks!
Bab yang ni paling best, pembayaran bole di buat mengikut spesifikasi yang di persetujui oleh pakar dan pembeli. Menarik bukan?
Macam court mamot gitew. Suke!

Hendak di ingatkan, sebagai pembeli yang bijak..kite perlu tahu banyak perkara sebelum berbelanje besar
untuk barang kesihatan dan kecantekan.
Hanya apabile kite sudah yakin, baru la kite berjabat tangan.
Ok.

Selalunya orang akan kongsikan tips tips untuk menjual barangkan...tapi hari ni sebab aku gembire sangat sangat,
maka aku nak kongsi
Tips kepada pembeli pula, sebelum membeli tu...sile sila la bertanya dan fahami


1.. Apakah Kebaikan dan Kelemahan barang.
2. Bagaimanakah Cara cara penggunaan barang
3. Berapa lama pemakaian/penggunaan bagi mendapatkan impak maksima.
4. Apakah cara cara penjagaan supaya barang dapat digunakan lama atau tidak cepat rosak.
5. Apakah cara cara pembersihan { bole cuci pakai sabon basuh pinggan mangkok ke? haa gitu}
6. Apakah jenis produk pembersihan yang bole di gunakan.
7. Apakah perbuataan yang di larang agar tidak merosakkan barang.
8 Apakah kesan kesan sampingan sepanjang penggunaan barang.
9. Apakah menu pemakanan seimbang sepanjang penggunaan barang untuk mencapai matlamat.
10. Apakah sebenarnya matlamat kite membeli barang tersebut.

Haa hamik situ, 10 soalan sensasi...kalau nak buat 20 soalan pun bole gak...tapi kesian la plak kat juru jual2 berbakat di luar sana.
so mintak maap la banyak2 yea, kalau ko rasa client ko yang sorang ni banyak songel eh.
Miahahaha...
Pikir baik sistah...pasti berjaya!
Dannnnnnnnnn...

Apa pun, wish me luck jugek.
Semuga matlamat ku untuk kekal sehat dan cantek tercapai.
Terima kasih Tasha

Kisah ini baru bermula...


No comments:

Post a Comment