Showing posts with label Tudung Cotton. Show all posts
Showing posts with label Tudung Cotton. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Hidup kite ni zigzag


Hidup dalam dunia serba pantas, serba serbi perlu di bayar ini...sekejap kite kat atas, sekejap lagi eh eh kite kat bawah. Kan?

Maka...Memaksa aku berfikiran dan bergerak tak henti2 berusaha memperbaiki cara dan taraf hidup. Ewaah! orang kata apa...
Nak jadi orang kaya la ko ni yea. :)

Haáh, aku bercita cite mahu menjadi manusia yang...
kaya ilmu,
kaya ekonomi dan
kaya budi bahasa serta moral yang tinggi sebelum tamatnya 2011.

wah! panjang kemain eh matlmat tahon 2011 ko nih. Aduss...2011 dah nak sampai ke penghujugnya nih.

Pendek kata,
aku ingin memperkayakan ekonomi diri agar aku mampu membantu mereka yang lebih memerlukan.

Walau pon badan di serang demam seram sejuk.
Tekak di serang virus merah kemain. Kelat semacam jek lidah ni.
Dada di ketuk batuk tak henti2. dah berbotol scott emulsion aku hadamkan.
Badan masih terasa tak sesihat mana.
Bunyi macam terdesak je kan.
Padahal tak.
Aku memang rajin. Wah! Masok bakol terhempas sendiri nampaknya...kahkahkah.

Hari sabtu hujung minggu macam hari ni.
kalau tak menjaja aku rasa rugi pulak.
Al maklom la...Dah biasa setiap hari ada saje jualan yang dapat di jual. Kalau tak ada jualan. Rasa macam tak kena pulak hari tu.
Alhamdulillah Allah beri kesempatan menikmati rezeki yang di kurniakan dengan jalan ini.

Aku percaya setiap usaha pasti ada hasilnya.
Tak banyak, sikit. Tak kisah la kan. Yang penting ada hasil. Siapa nak bagi kalau bukan usaha diri kite sendiri.
Tak kerja, tak ada usaha tak dapat apa apa. Zero. Ah! sedihnya rasa...masa ku rasakan terbuang begitu sahaja.
Rugi, rugi.

Anak muda bermotor scrambler melintas depan mata.
"Ah anak muda, bisingnya bunyik motor kau itu" kata encik suami memandang penuh jengkel sekumpulan anak muda bermotor scrambler warna hijau muda.

"Biar la mereka bang, kite pun pernah muda. Janji tak hisap dadah sudah " ayat yang pernah aku dengar sewaktu muda muda ku dulu.

Lewat sarapan tengahari tadi..
Aku ke rumah anak buahku menghantar stok hijab yang di idam-idamkan sejak semalam.
Nak warna pink katanya.
Allah! warna jadi kegilaan ramai dah di sambar orang sebelum ni.
Sabar yea anak buah, nanti busu amik stok lagi.
Hari ni di syurga hijab selalu aku terjah ada party hari ulangtahun kelahiran anak tokey.
Segan rasanya pulak nak mencemar majlis.

Kak long dan abang longku pon ada sama tadi di rumah anak buah. Nak ke kenduri kahwin di Segambut katanya.
Tak mahu melengahkan waktu mereka.
Dengan pantas aku jelaskan kepada anak buahku akan jenis jenis hijab jualan yang menjadi pilihanku.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aku punya anak anak buah yang sentiasa ingin menyokong dan membantu menjayakan usaha melebarkan sayap perniagaan hijabku ke merata daerah.

Hiks. Terharu.

Kak long sempat mencelah dalam bualan fokusku pada anak buah.
"Ko ajak la sekali kakak dan anak buah ko yang belum berhijab. Sama sama berhijab".
"Ohhhh..ahaaa..InsyaAllah, dah lama lama nanti minat la tu. Tengok si ejan dah berhijab sekarang. Berkat usaha dan doa kite sama sama la tu kan. Biar la dia berhijab atas kesedaran diri dia sendiri kak. Pandai la dia menjaga aurat dan batas maruah dirinya tu." balas aku panjang berjela membuka mukadimah tazkirah bersama kakak sulongku.

Kak long tergelak dan senyum sumbing mendengar celoteh tazkirahku tengahari itu.

selepas berhijab...
Aku percaya hidayah Allah itu buat semua hambaNya yang di sayangi lagi di kasihi.
Namun kesediaan diri manusia itu penentu akan hala tuju dan ketetapan iman terhadapnya.
bagi aku...secara peribadi.
Aku tak mahu mereka berhijab kerana aku yang suruh.
Aku sendiri berhijab atas kerelaan, keikhlasan hati dan kesediaan serta keyakinanku yang menebal terhadap nikmat dah keredhaan Allah. Datang dari sudut keinsafan hati aku sendiri.
Sehingga hari ini. Alhamdulillah. InsyaAllah, aku tidak akan goyah andai ada yang cube memperkotak katikkan keyakinanku.

Aku sebagai adik lebih yakin mendoakan agar Allah membukakan hati kakak dan anak2 buahku yang masih belum terbuka hati berhijab akan terbuka jua satu hari nanti.

"Pakwe dia bukan main warakkan. Takan tak suruh mak we menutup aurat?" usikan kata kata kakak lagi menjengah cuping telinga ku.
Mengimbau kenangan hari raye tempoh hari, kak long memerhati akan si pakwe yang baik budi bahasa dan menjaga solatnya.

" InsyaAllah, kalau dia ikhlas...pasti dia mampu membimbing makwe dia menuju jalan yang di redhai Allah...kan " balasku menyedapkan hati kak long yang dah semakin lanjut usianya.

Abang long masih tegak memandang tv yang entahkan paham entahkan tidak isi kandongannya dalam becok dan riuh suara ku di halaman tetamu rumah anak buahku.

Anak buah hulurkan teh panas.
Sedap betol rasanya memanaskan dada aku yang kering dik batuk x henti2.
Aku rasa demam2 dan sakit badan semula tibe di rumah.

Zigzag di Jumaa jum :)

Mood masih x sihat | Lily.




Wednesday, September 28, 2011

Telah di ciptakan kamu secantek canteknya


Ahaa...Masih tak percaya?
Akak terkejut lagi sekali petang tadi apa bila akak amik tudung syria ARAB dari tukang bekal..

berbual bual dengan tukang bekal...beliau berkongsi kisah ragam customer ..
ada yang tibe tibe tak kenal tak ada taufan..terus menghembur kata pahit peria pada dia...

" asyik tudung ni je..boring..jual la tudung  lain..." pengomen.
"dia tak pernah pon beli tudung dengan aku Ly..." sedih suara si pembekal yang sarat mengandong 3 bulan.

Ada pulak yang berkisar...

" Muka aku bulat tak cantek pakai Syria...makin bulat, muka aku dahi jendol...huduh pakai syria Arab,
jadi rupe Jawa jendol...muka aku..hidung aku...pipi aku..dagu aku...aku nak cucuk botox la kasi tirus..." pengomen...

"Tak baik cakap macam tu...badan dan wajah kite ni kan Amanah Allah...kena la jaga baru la cantek" balas pembekal tadi..

"Alaaa nak jual tudung tak payah la nak emosi, kalau nak emosi emosi baik tak payah menjual" balas si pengomen.

ERK!

Well...
manusia memang macam macam ragam, 
suke tak suke...memang kena hadap bahawa manusia juga memang...
macam macam cite rasa...macam macam tak puas hati...

bukan jugak hakak lola cube membongkak diri mengatakan diri sempurna berkeyakinan diri tahap tinggi..bukan..

Tapi...

Jauh di lubuk hati akak lola yang dalam...
Akak lola kesian....akak lola simpati...
kerana masih ramai lagi antara kite yang tak yakin,
tak percaya
ntah la...tak tahu nak cakap guna perkataan macam mana...

{ dulu dulu masa kak lola masih belum bertudung ini juga salah satu faktor kak lola tak  mahu bertudung sopan macam sekarang...rasa tak cantek...padahal.... }


MasyaAllah...

Apa bila dah bertudung...ntah tersedar dari leka ke ...hentah di simbah dik hidayah...

bahawa...
kalau kite pakai tudung apa jenis sekali pon,
tudung bulat...muka petak,
tudung bujur,  muka tirus,
tudung leper, muka bulat besar dulang
tudung Arab....muka kemek
tudung kerawang,
telekung...
bentuk wajah kite sebagai manusia memang maintain cantek.
.
Kite di ciptakan dengan sebaik baik dan secantek cantek kejadian
Wajah kite kan wajah ciptaan Allah yang maha penyayang ...
Masih tak mahu percaya kah?

mana mungkin bentuk muka bulat jadi huduh kerana  jenis tudung yang di reka ciptakan oleh manusia juga?
Isk...ada pulak sesetengah tu...dah cantek...tak puas hati jugak
Pegi cucuk cucuk botox pulak kasi bentok tirus.
Adesss
Seram sedih sadis lah hakak mengenangkan sikap manusia abad ini.

Kadang kala kite terlepas kata dalam sedar...ntah tak berapa nak sedar kut ke tak pikir masa berkata kata,

Astarghfirullah banyak banyakdulu adik adik...
kadang kadang kite tak perasaan bahawa kata kata yang keluar dari mulut kite secara tak sedari sebenarnya mengadili ciptaanNYA yang maha esa

Tanpa menghemburkan perkataan maki hamun pon...kite sebenarnya telah ....isk! Ampon kan aku Ya Allah.

Astargfirullahalazim...
kepada yang baru cube cube nak pakai tudung, MYJUMAA ada yang anda cari.
Sekali sarung...simple dan anda masih tetap nampak sweet.
Percaya lah ...Lillahi taala