Showing posts with label Ramadhan 2011. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2011. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Iftar bersama Artist ke????



Mood raye masih tebal. ...tapi hari ni nak cerita pasal hari tu.....layan eh...

Plan kemain lama tau...
dari satu kedai  ke satu kedai,
dari jadi x jadi, jadi semula..macam x jadi..akhirnya...

al kisah bermula...

***


Iftar bersama geng sengal berjalan tak berapa lancar haritu...

Sebabbbbbbbbbbbb,
"sori cik..kami tak terima reservation atas nama tu hari ni" statement adik manis bertugas di FLORA.

hamik!!!
aku zanos dan suami dia dah terpacak depan FLORA...7 orang lagi dah dalam perjalanan berbuka bersama sama.Mata masih terkelip2 tak dapat terima kenyataan. Nak telan air lliur pun memang tak ada. Aku terus terkedip2 memikirkan pilihan lain yang simple dan berbaloi sebagai penganti.

Nak kata lawak jenaka, tak
Nak kata nak ngamok, pun tak
Dugaan Allah bagi di saat hujung2 Ramadhan agaknya.
Aku tenang, begitu jugak zanos dan suami.

Artist Erra Fazira & lain lain memenuhi ruangan berbuka puasa di FLORA.
Dalam memerhatikan kecantekan plastik artist masa kini...ehem...bukan di tujukan buat semua artis yea. Heee...
aku bermain dengan pelbagai teori dalam minda...entah entah dia org buat tak endah jek reservation kami sebab nak utamakan program dan shooting bersama retis yang di jalan petang itu...
Maka skrip paling mudah buat kami yang nak berbuka bersama sama rakan taulan...terkilan dik kata kata
" sori cik..kami tak ada terima reservation atas nama cik".

Sentap.
Tiada niat terlintas nak tegang urat.
Kekuatan ntah datang dari mana aku mempertahankan credit pahala puasa hari itu.

Redha saje.





Restaurant Arab al unta berdekatan jadi sasaran kami.Rakyat jelata di dalamnya berkucup kucupan sesama mereka. Siap bunyik lagi chup chup chup { Aku cuba buat kat sahabat, kena gelak dik si kembar berdarah Arab penangannya ..hahaha dah bunyik cam cencurut gatai kan...mana x kena gelak!kahkahkah }

Alhamdulilaah.harga pun sekitar persetujuan geng sengal.Al Musafir jadi pilihan muktamad kami.
Sedap jugak makan kambing ...dan kurma goreng. Tragis betol kawan aku yag bendul tu...kurma goreng wujod ke? Kahkahkah..Jadi bahan ko nakkk. 

Daring gak budak dua org ni...senyum senget nak tarik perhatian sahabat2 aku yang bawak camera gedabak. 
Gebu budak2 ni..dah 3 tahon duduk menetap di negara bertuahku Malaysia. Aku tak reti nak nyebut nama dia org.  But budak2 ni memang sweet sangat!!!



Yang ni antara artist2 yang memenuhi ruang FLORA hari itu.

 Yang ni sangat menarik perhatian sahabat2 aku..walaupon jasah duduk dalam Al Musafir, kepala tetap teleng menjeling artist2 kebangga ramai ni. Cantek manis berbadan slim memasing, tampak lebih manis kalau bertudung litup ayu di Ramadhan yang mulia.

Tak gitu?





Aku sejak dua menjak ni minat artist2 bertudung ayu jeeeeeeeeeeee...Macam sape tu..Irma ek? Haaa..comelllla minah tu.:))




Sunday, August 21, 2011

Iftar bersama Geng Sengal

Tadi kununnya nak berbuka beramai ramai di FLORA...Ampwalk, Jalan Ampang.
Alaaa restaurant cantek berbunga2an tu...Korang tak pernah pergi? Aku pon.
Kah kah kah...

Sampai je kami di area parking, aku dan Zanos dah ternganga sebab ternampak beberapa orang artis berbaju kemain glam berjubah chiffon biru dan hitam.Tinggi lampai dia org nih...sape yea?
Biasa la kan...dah nama pon artist, aku pon belek la ..dari hujung tumit ke hujung ghambut.....sekalli toleh. Waaaaaaaaaaaaaaaaoweeee si Dynas dan Yasmin Hani rupenya.
Dengan wajah siap make up cantek comel macam baby Doll.
Kami sama sama naik ke ruang legar lobby Ampwalk.

1st time seumor hidup aku masok building ni kau.
Di sebab kan FLORA lah, building ni nampak agak bernyawa aku rasa.

Di hadapan FLORA,
zanos pon pegi tanye khabar berita tentang reservation untuk kami 10 orang berbuka di buat beberapa hari lalu.
tibe tibe...awek FLORA tu bole jawab " maaf sangat2 ...kami tak terima reservation under nama cik zanos"
"Cik ingat tak sape nama orang yang amik reservation tu...sebab saya memang tak terima reservation cik untuk 10 orang hari ni" gituuuuu.
"hari ni kite ada 20 pax, ada 15 pax ..tapi untuk 10 pax tak ada saya terima" jelas si awek reservation.

Deng!
Aku tak rasa apa apa pun masa statement tu di keluarkan. Zanos dah celaru. Kawan kawan dah menuju ke AmpWalk.

Sebelum tu..aku dah nampak cik adik reservation geleng2 kepala masa mamat yang checkkan reservation list.
Tak pon...
Ntah ntah, dah dia org saje buat buat tak nampak sebab hari ni ada sesi fotoshooting artis artis ni sempena Aidil Fitri kan.

Tak ada rezeki gamaknya, kawan kawan yang masih bertempiaran di atas jalan raye...sampai jua di restaurant arab Al Musafir bersebelahan FLORA.
Nasib baik buffet yang di sediakan sama taraf harganya dengan FLORA. Badan duk dalam Al Musafir tapi kepala tetap ke FLORA. Wahaks.
SAdis la jugak kejadian berlaku hari ni.

Di Al Musafir...

Aku " apa ni zek? sambil tunjuk ke arah kumpulan kurma kurma dari timur tengah di ambil zek.
Zek jawab selamba " kurma goreng!"
Makan punya makan. gelak dan gelak.
Berposing dengan anak arab.
Belajar budaya arab Iraq skit.

9"30 malam kami beransur2 balik rumah masing2..
Addy " si zek nak kena sekeh dengan aku nih...aku ye ye percaya kurma goreng"
zana " kalau aku cakap tu cakoi potong 18 ..ko caya tak?"
Addy " hahahaha korang memang siot je kan"

Walaupon tak dapat menjamu selera di bawah rimbunan FLORA, aku tetap happy macam biasa.
Maklom la, dah lama tak jumpa sahabat2. Ada ada saje yang jadi bahan dan jadi mangsa.
Tak sabo nak cerita pasal kurma goreng dengan Dianos si mak Yong.

Malam ni bole tidor lena sambil senyum...ketuk ketuk Ramdhan beradu dulu ;)
{Muka aku iras2 sheila rusly kata dia org...ceh!}

Sunday, August 14, 2011

Iftar bersama officemateku



Khamis malam Jumaat hari tu...

Eh eh..nape korang baca sambil tersenyum senyum ni?
OOOOOOOoo sebut khamis malam jumaat je senyum eh...Dush!amik ko sebijik...dah berhenti berangan eh..:P

Okeh, Khamis malam Jumaat yang lalu...

Aku di ajak kawan kawan berbuka bersama sama di Putrajaya.
Umai Cafe nama restauant tu...dari office kami dekat je.
Menumpang kereta besar Abg S, aku dan kawan kawan menuju ke Per cint 3, dekat betol dengan Putrajaya Monumen...ala monumen yang macam roket tuuuuu..tahu? tak tahu? ...{eh!aku tak tahu apa nama sebenar monumen tu } kalau tak tahu, korang pegi ke arah Pasar Tani Putrajaya setiap hari Selasa & Jumat tu....kat dengan padang pasar tani tu la...bersebelahan betol betol dengan Masjid Besi Sultan Mizan....
aha! kat situ ada tempat makan makan kau...aku pun baru tahu! Hahaha

Gaya macam bertahun tahu ada kedai makan kat situ yek. Kah!

Kat Umai cafe ni permandang cantek, dekat dengan tasik...bole nampak Masjid Besi Sultan Mizan di sebelah kiri, pandang ke kanan pulak ada Monumen roket tu....cantek lapemandangan kat sini.

Cerita sikit pasal Masjid Besi Sultan Mizan ni kan...memang macam beliau.
Seni binanya yang ku baca berlandaskan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus memang mengagumkan mata ku memandangnya.
Dari Umai Cafe petang itu aku amik kesempatan mengabadikan gambar masjid dengan camera kompak cumel SONY ku sesambil menunggu waktu berbuka... cantekkan?

Mak ai!
Tibe tibe masjid color Oren yea... muahahahahahahaha..
Hiks!..kasi chan la kak lola nak posing dekat dgn masjid.


okey la..dah removed dah object silau tadi tu.
Ini lah dia Masjid Besi Sultan Mizan. Sangat tegap rupenya.

di sebelah kanan , ini la dia monumen roket yang kak lola tak berapa nak perasan nama betol dia apa.


Tasik Putrajaya di kala senja menjelma...

Di bulan Ramadhan yang mulia ini,
Umai cafe menyediakan macam macam pilihan menu buffet dengan harga RM35 dewasa.
Pilihan juadah kuih muih disediakan petang itu seperti ...




Cucuk udang dia the BEST! rangup...panas panas...dah habis dia orang goreng lagi...panas panas

Menu berat pule antaranya...
menu kegemaran kak lola la ye dok ialah...kambingggg embekkkk. Kambing ni bukan golek gelek punya ye...mereka dah siap potong kecik2 dan di bakar di gerai sanun. Sile beratur. :)



Nasi puteh untuk di makan bersama ikan bakar, udang sambal dan ulam ulaman pon ada.
Di samping laksa penang dah mee jawa juga di sediakan tapi
perot kak lola dah ketat melantak cucuk udang sajos.

Pilihan minuman di sediakan pon best...sedang2 saje.
Air root bir sejuk ada,
air oren sejuk ada,
air teh tarik panas ada,
air kopi item legam pon ada.

Sesuai lah utk seisi keluarga.
Betol.
Jom amik gambo masjid malam ari pulok....Jom.


Kami lepak di sini sampai budak budak cafe pon lepak sama.
Hahahaha...bile la agaknya geng kecoh ni nak balik..hahahaha
Nasib baik dia orang tak suruh kami kemas cafe sekali.
Ahaks.

Overall...Umai cafe,
simple but nice.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhanku bersama Suami

Sedar tak sedar,
dah hampir ke penghujung minggu pertama kite beribadah puasa kan. Cepat sunggoh masa ku rasakan berlalu.

haritu kakakku di J.B call..
sebelum waktu berbuka.
kali ini dia call ...
sebelum habis waktu sahur.

Tibe tibe kakak rajin tanye kabar...nape ek?

:)

Kakak " Buka puasa makan apa malam tadi?"
Adik "Nasi lemak."

Kakak " Pandai masak sambal?
Adik "Pandai."

Kakak " Sape masak?
Adik "Suami."

Kakak "Siapa kejut sahur pagi pagi?
Adik "suami."

Kakak "Siapa masak sahur?
Adik "suami."

Kakak "Masak sahur apa hari ni?
Adik " Nasi, lauk sambal sotong dgn telur masin"

Kakak "Sape pegi kedai beli barang2?"
Adik "Suami"


Kahkahkahkahkahkahkahakahkahkahkah { kakak gelak perli aku macam dah kena rasuk dek histeria }

Kelako ke jawapan aku pagi ni?Hairan saye.









Aku bersyukur tak terhingga ke hadrat Illahi, di temukan, di satukan, kurniakan suami yang baik, penyayang, pandai mengaji, bertanggungjawab dan kreatif memasak :)

Alhamdulillah.

Oklah, malas nak pikir berat berat kenapa kakak gelak kemain, nak siap cantek wangi ke pejabat. Daaa




Thursday, August 4, 2011

Doa hari ke 4 di bulan Ramadhan



Ya Allah,
kuatkan lah aku untuk melaksanakan perintah-Mu,
dan berilah aku manisnya mengingat Mu,
bimbinglah aku untuk bersyukur pada Mu kerana ke dermawan Mu,
dan jagalah aku dengan penjagaan Mu dan perlindngan Mu,
wahai Zat Yang Maha Melihat.

Amin

***

8 jam kat office,
setiap kali waktu berehat
sahabat2 buka cerita tentang resepi makanan,
masak lauk apa,
masak macam mana yang sedap,
masakan lauk apa dengan apa yang sesuai,
kuih raye,
kuih petang untuk berbuka...
nak tak nak, aku yang berada di kalangannya melayan mendengar senyum dan sekali sekala menyampuk.


tapi sebenarnya

jauh di sudut hati ini...
tertanya tanya..."korang tak nak ke bercerita tentang...
isi Al Quran dan hadis di bulan yang mulia ini?"


hmmm...apa pun keadaannya,
Alhamdulilah..hari ini
aku berjaya kawal mulut untuk kurang berkata-kata yang tak sepatutnya.

jom...banyakkan baca Al Quran.



Wednesday, August 3, 2011

Kawal Nafsu, Kawal Mata, Kawal Telinga, Kawal Molot. GLUP

Azam aku di bulan Ramadhan tahon ini ialah...

1. tidak MAHU bercerita tentang makanan dan
2. tidak MAHU bercerita tentang menu masakan di untuk sahur or waktu berbuka
3. tidak MAHU bercerita tentang kat mana nak makan buffet sedap dan murohhhhhhhhhhhh.
TETAPIIIIIIIIIIIIIIIIII...








Mampukah apabila mata di hidangkan dengannnnnnnnnnnnnnnnnn...



ini

ini...

dan iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?

all image from : German Deli


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...
sahabat2 ajak berbuka bersama sama di German Deli, Ampang Point
German Deli Imbiss
BUKA PUASA BUFFET FROM AUGUST 5 TILL AUGUST 28
PRICE PER PERSON IS RM 28.00 NETT
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Oh tuhanku. Selamatkan aku...:))



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhanku Kini vs Dulu Kala

Alhamdulillah...
Sempurna sudah Ramadhan pertamaku semalam.
Menu buka puasa : Menu ala kadar.

Petang semalam, terpandang petikan kata kata seorang Doctor...katanya...

" Keutamaan berbuka bukanlah dengan menjamu nafsu makan, tetapi menjamu anak-anak yatim, para janda dan orang miskin untuk sama2 berbuka. Kebarakahan puasa tentu akan berkurangan apabila membenarkan nafsu yang dikawal pada siang hari dilepaskan di malam hari. Ambillah sekadarnya.
Peringatan untuk diri sendiri sebelum ke Bazar Ramadhan nanti..renung2kan "

heeee ...Bagus kan.
Terus cancel niat nak bershopping mata dan nafsu di bazar beli kuih muih petang semalam.Yeay!
Kepada abang2 yang meniaga kuih muih, banyak2 sabo noooo.:))

Sesi mengimbau kenangan lampau sebentar...
Masa muda muda bujang, aku duduk bujang dengan 2 orang lagi rakan di playhouse.
Biasa la kan..orang bujang...setiap kali ramadhan tibe,
aku dengan adik manis...suke betul ke pasar Ramadhan putrajaya selepas waktu kerja...memborong kuih.

Ada sekali tu, kawan baik yang bertugas di Kuala Lumpur nak berbuka bersama sama dengan kami di playhouse di SK. Aku pon apa lagi...tetamu nak datangkan. Kuih karipap kegemaran aku borong sampai sepuluh hengget.
Hamik kauuuu.
Sampai sekarang aku ingat takan lupa lupa.sampai sekarang aku dah tak beli karipap makcik tu lagi. kahkahkah.

Ada sekali tu pulak,
kawan baik aku borong makanan buahbuah jagung, ayam daging, sampai tak cukop tangan nak pegang.
Kununnya makan ramai2 tak apa beli lebih. Aku penah tanye dia" ko nak buat kenduri ke apa ni?"

Akhirnya,
bila masok waktu berbuka....seciput je masing2 menjamah rasa.
Maka terjadilah pembaziran sebab masa bulan puasa, usus perut jadi kecik eh masa bulan puasa ni...tak besor tempayah dah rupernya.Kihkih...

Bencikan pembaziran kunun kununnya,
sambil borak borak depan tv kami sumbat jugak makanan/kuih lebihan sampai habis. Nasib baik ada di kalangan sahabat sahabat aku yang milik usus perut sama macam kek lapis sarawak. Semua bende dia bole tibai selamba.
Akhirnya?
Baju raye sendat macam biasa ler.
Adeih.

Dah.
Malas dah nak imbau kenangan zaman remaja ku itew.
Sekian terima kasih.

Moga moga ketakwaan kite kepadaNYA lebih hebat tahon ini.InsyaAllah.





Monday, August 1, 2011

Selamat menjalani Ibadah Puasa


4:00 pagi...kedengaran suara encik suami memanggil manggil.
"dah pukol 4 pagi...nak masak nasi tak?"encik suami bertanye di tepi pintu bilik tidur Subuh tadi.

Hari pertama aku bersahur bersama encik suami.
Aku bingkas dengan segera, tak kuasa lagi nak melayan kerenah mata yang mengantuk.Usia dah meningkat tua, bukan macam mude julite dulu kala...malas liat nak buka mata bersahur.
Isk isk... segan plak mengenangkannya.
Tak matang sunggoh aku waktu itu.

Sayu rasa hati dengan segala nikmat yang Allah kurniakan hingga hayat ini.

"ha'a ye la..nak turun ni" balas ku masih mamai2 dalam bilik yang masih gelap.
encik suami dah turun menunggu di bawah
Bersama sepoi sepoi dingin pagi,
aku masak nasi,
aku masak telor masin 2 biji, 1 untuk aku dan satu untuk encik suami berserta
kuah tomyam daging
Menu bersahur kami berdua buat tahun ini.

Bahagia je rasa dalam dada ni...
apabile melihat encik suami menandah tangan membacakan doa berpuasa seluruh Ramadhan buat kami berdua.
Gaya makan paginya pulak sebijik macam makan tengahari dah ha..
Aku gelak kecil sendirian.

Alhamdulillah, Ramadhan ku tahon ini berdua ;).
Moga moga ibadah puasaku dan encik suami lebih barakah dari tahun tahun sebelumnya. Amin.

Korang bersahur menu apa hari ni?o ohhh..no no no..tak mo cerita pasal menu dalam bulan ni..Heee.
Mampukah?

Dah azan Subuh. Jom kite...:))