Showing posts with label Makan makan. Show all posts
Showing posts with label Makan makan. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Happy Life Project - menjadikan HIDUP lebih SEMPURNA

Happy Life Project dengan misi MAKE LIFE BETTER.

Sejuk hati kak lola apabila dapat menjadi sebahagian dari pada usaha transformasi diri adik adik yang rapat dengan kak lola.
Adik manis dah semakin bersih wajah dia kan. Transformasi bukan hanya dari segi LUARAN, malahan dari segi ketebalan POKET mereka :))



RE design ur self ..sekarang, bukan esok bukan lusa dengan set berikut yea...usah lengah2..masa tak tunggu kite  :-
1.Clearstart 30 intensive cleansing colon program - detox.
2.Bios Life SLIM 90 days killer SLIM challenge - fat loss, provide ENERGY, contol bad cholestrol and increase good cholestrol.
3. Super Chlorophyll daily drinks - anto-oxidant, reduce heatiness masa nak demam, alkaline acidic dalam perot. Memang bagus to cleanse ur blood.

oh ! jangan lupa kongsikan pengalaman dan perasaan anda juga dengan menggunakan Bios Life. Mungkin ada yang mencarik2 kite di luar sana. ;)
Usah la sorok2 sorang diri.... Ilmu Allah ni pinjaman saje buat hambaNYA.





Happy Life Project dengan misi MAKE LIFE BETTER.

Rasa bangga menyelinap dalam hati kak lola di pagi Isnin ni melihat adik adik kak lola semakin BIJAK menyusun kewangan dan MASA.

Untuk anda berubah menjadi lebih SIHAT & SLIM berbanding dulu.
Untuk anda berubah menjadi lebih BIJAK menyusun kewangan begitu juga MASA buat mereka yang kite sayangi. weeeeeeeeeeeeeee



Dari perjalanan ini, kak lola BELAJAR....untuk berjaya mengejar cite cite dan impian kite.
kite kena ada MENTOR/cikgu/pakar.
kite kena BELAJAR,
kite kena BERUSAHA menggunakan cara yang kite pelajari,
kite kena UBAH cara pemikiran kite
kite kena FOKUS mencapai matlamat kite
kite kena TETAPKAN momentum kite.
kite kena BERFIKIRAN POSITIF setiap hari.

Mampu?
Bagaimana cara BIJAK nak menyusun kewangan dan MASA?
PM kak lola untuk temujanji. 
Kak lola akan kongsikan bagaiman cara2 dan alat2anya yea.
FB kak lola di sini, add saje : https://www.facebook.com/Lilyjaafar?ref=tn_tnmn
Email/YM kak lola bole juga di sini : Lilyjaafar@yahoo.com


Mood || ...Jum, sama sama  capai IMPIAN...jum.
Yakin lah..anda boleh jugeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Oh ya! kak lola mencarik rakan business Bios Life product juga yea. Sile tinggalkan apa jua bentuk pesanan andaikata berMINAT tau :)



Wednesday, April 18, 2012

from Kuala Perlis with SLIM || we gonna ROCK the world

If we have something that could UPGRADE your life, would you wanna find more?

No - we go NEXT.
No - NEXT
Still No - NEXT

and we will keep sharing...some will, some want, so what...NEXT

And finally YES!


Pengedar pengedar Bios Life SLIM kini berleluasa ke utara Semenanjung Malaya.


Untuk individu yang suke jaga badan, jaga kesihatan...kat Melako pun ada wakil cepatkurus.com tau.
Klik saje web rasmi kami , capai handphone dan hubungi rakan FRANCHISE terdekat kawasan anda eh.

Kalau nak tanye2 pun bole. 




Kak lola sibuk ya amat lately ...ehem.
bukan kerja mudah yea nak maintain anak anak buah nun jauh di mata tapi dekattt di hati.
setiap hari terasa nak kongsikan semuanya buat mereka ..tapi apakan daya..
masa seolah2 mencemburui kak lola..sedar2 dah petang.
Ada kala terasa nak pakai jari kaki buat kerja angkat phone, balas email, balas PM, balas order JUMAA..oh dah lama tak belai si JUMAA baby ku yang satu tu.Tet! bad mommy.

Ya Allah berikan ku ketabahan dan kekuatan.


oh wajahku dah petang petang..sungguh huru hara keletihan...nasib baik ada Bios Life Energy.hahahahaha namun hati tetap HAPPY melihat anak didik kesayangan semakin maju dengan LAJU. 2 orang kau sekali gus register business partner. 

Kak lola happy sangat hari demi hari...keyakinan itu menerpa dan merubah hidup seseorang yang kite kasihi.
merubah menjadi lebih BAIK - Make Life Better semestinya. 
InsyaAllah.


Aha..selesai register dan postkan semua order2 ke utara dan selatan Melaka melalui NATIONWIDE...harap2 dah sampai dengan selamat la product2 tu 
Jum nikmati Coney dog ...ah ah ah...jangan LUPA slim dulu tau...always SLIM 1st..uh la laa



adik manis dah semakin hilang inchi demi inchi..kak lola ni muka nampak macam tak kisah je..tapi kaki  perati jugak tau...kehkehkeh.
dah lama tak perkena Coney dog kan...dengan SLIM 
apa nak risau? 
Alhamdulillah.

Mood || oh tadi kak lola nampak ada pak etam dari negara sanun turut serta mencarik rezeki sesuap blackpepper steak chilies di tanahair ku ini...memasarkan Bios Life product jugakkkkk.

Adusss!!! org luar begitu gigih menyedut hasil emas berlian dan rezeki demi memperbaiki taraf hidup..ini kan pula kite tuan punya negara tercinta ni bole duduk goyang kaki  je kan lepak kat tembok sambil feewwwit awek balik kerja. Hemmm...

teruja semangat berkobar2 14 kali ganda hari ni.


Monday, April 16, 2012

from Kuala Perlis with SLIM || sayapku kini MENGEMBANG episode 1

Pssst kak lola dah balik bercutiiii cutiii cutiii.
Jemput lunch adik adik :))))


rm10.60
lebih mahal daripada Bios life SLIM sesachet. Hiks! 
yaang penting...SIHATTTTTT kan.


Ramai perempuan/wanita tak tahu...
selepas kawen, badan sure naik bagai di pam pam bagai tayar basikal yang pancit.
Bukan hanya kerana lupa nak jaga diri.
Pastinya disebabkan banyak faktor faktor semasa.Ehem...

Contohnya


  • Makan sedap hari2 sebab mengadap sidia yang ku cintai. kan?
  • lepas kenyang, tidur lena bagai tidur di atas katil VONO kak ziana, walaupon sebenarnya atas sofa depan Astro.
  • senaman jadi kurang apa bile setiap petang balik kerja, ada saje goreng pisang dan keledek goreng di bawa pulang si kekasih intan payung...ko suap aku, aku suap ko. Oh so lomantik!!! :))))
  • Minum pulak air manisan dan buahan2 sebab setiap malam makan di luar yang enak dengan kandungan ajinomoto, garam dan gula yang ntah bape koyan.

Hakikat/realiti kehidupan

Kalau dulu pakai jeans size 27
sekarang pakai jeans size 33
Uhuks!
tulang pinggul sampai naik KEMBANG setaman rashidah utama di buatnya. eh! yea ke?
memang ada rasa pedih sikit hati apabile terpandang foto aksi kakak2 cantek masih mampu berjeans 27 kan.
Makin berusia, makin nak masok angka 50an, makin mantop.
GLUP! nganga....masih nganga setiap kali tersilap KLIK...sengaja KLIK sebenornya.

Hasrat kak lola nak terus mengSLIMkan serta maintain SLIMkan diri masih di teruskan. Kini kak lola amalkan sarapan tinggi PROTEIN - Soy protein setiap pagi. Perisa soya. Sedap. Kak lola ni memang hantu Taufu Fa. Ha! cam gitu la rasanya.


Tak perlu lagi kak lola nak makan ...kak lola pun dah tak tahu nak makan pagi apa dah. Mari ubah selera gaya minum minum berkhasiat saje.

Mari!


  • mee hoon goreng lauk PARU goreng berempah. Mak aih!
  • lontong bersama timbunan kuah lemak sambal dan telor rebus sebijik.Ngeeeee.
  • oh oh oh, kak lola pun dah kurang minum minuman manis di luar. Alhamdulillah, tekak dah mampu kawal nafsu. Minum air kosong lagi suam. Jimat nyah :)
eh tweet!

  • Kepada yang nak KURUS, sile mulakan dengan DETOX dulu..kemudian amik Soy protein ni sebagai sarapan tinggi protein setiap HARI yea.
  • Kepada yang nak GEMUKkan diri pula, { bukan la maksud kak lola GEMUK sama size macam size mYvi terus..bukan. Nampak la berisi sikit selepas usus dah bersih. zat makanan idak la di telan dik cacing dalam  perot tu. Gitewwwwwwwwww. Apa pun, sile mulakan dengan DETOX dulu jugeeeeeeeeeee. Kemudian amik Soy Protein sebagai sarapan dan sarapan lah dengan apa aje yang korang gemar. Lontong, nasi beryani, nasi kerabu...ha sile sile bismillah. Nak amik lunch pon mulakan dengan Soy protein. Nak amik dinner pun amik dulu Soy protein sebagai makanan tambahan yang menyihatkan.
Hey! detox selesai usus dah bersih. InsyaAllah badan naik gebu segebunya

Happy life project - project perkongsian product kesihatan demi misi Make Life Better.

Alhamdulillah, dah sampai ke Kuala Perlis. Di sana kak lola di belanje oleh Abg Man dan kak nisa dengan ke lazatan Laksa beras aslli Kak su. Belum apa apa dah di belanje makan laksa. Bestkan budi bahasa orang Perlis ni. Humble je.





wahhhhhhhhhhhhh posing di bawah pohon taugeh nampaknya kak lola kite kali nie.





Haa tu dia abg Man berbaju yellow uols!
kalau korang nak check dlm FB...type aje Laksa kak su kuala perlis.

{pssst :: hari amaran tsunami di keluarkan....
eh! kalau makan laksa kat kuala ni selamat kut naaa?? 
sedar sedar...BURPPPP apakah? }

Walaupon kak lola ni bukan hantu laksa utara, tapi laksa kak su dengan beras asli ni memang padat.
kenyang aku nyah.
nasib baik ada SLIM ;)



Kuah laksa yang pekat dan terasa..emmm terasa...eh! rasa ketam ke ni???
nasib baik sedar diri...kalau tidak. Habis la pinggan tu tertonggeng kak lola hirup macam 5 tahun setengah duduk kat Alaska.




my kegemaran! Rozzele masam masam manis dengan laksa beras.
Phewwwwwwwww satu petang yang mantap

Lepas kenyang dengan laksa, abg man dan kak nisa pon SIGN up jadi Franchise owner jugak
Makin mantap percutian ku.


Bersambong...


Mood || Alhamdulillah.
oh yea...kalau korang memiliki gaya hidup sarat lagi busy tak dan nak breakfast pagi pagi.
kak lola recommend korang minum SOY protein untuk tenaga sepanjang hari sehingga waktu lunch hour
PM saje kak lola ||  Lilyjaafar@yahoo.com atau
FB pon buley









Friday, April 13, 2012

from Indera Kayangan with SLIM || Tak cube Tak tahu


Kak lola di Indera Kayangan..balik kampung.
kampung encik suami sebenarnya :)

Balik kampung,
kak lola bawakan sekali Happy life project
kak lola tak lupa jugak bawak Bios Life SLIM
aha!

apa lagi nak buat di kampung sewaktu bercuti kan.
Berkongsi tentang product kelas dunia la apa lagi
Untong sabut TIMBUL...betol ;)

Hey! kalau kite tak kongsikan..mana kite nak tahu ada orang yang memerlukan ilmu dan pengetahuan kesihatan kite atau tidak kan?
Hari demi hari, dengan Bios life SLIM kak lola makin SLIM..woot woot, 10 minit sebelum makan nasi lemak ...Bios Life memang ROCK di mana jua kak lola pergi


Love dari Indera Kayangan semua :)


Mood || untong sabut ..timbul 
moga moga perkongsian kak lola yang bermula dari Indera kayangan..mungkin mampu membaw kak lola ke Hawaii suatu hari nanti.
Bangga melihat anak anak buah yang TAK PUTUS2 asa berkongsi product kelas dunia ni. 
Kepada yang dah HAMPIR nak putus asa ni...recap balik MATLAMAT masa mula mula turut serta dengan happy life project yea.

Tak sape tahu bukan? weeeeeeeeeeeeeeeeeee
Happy life project BEST! 
Beri peluang kak lola tambah pendapatan jugeee
Add kak lola di FB  https://www.facebook.com/Lilyjaafar for more updates and product info yea :)

Kalau dah berjaya hingga tahap hari ini..kenapa fikir untuk putus asa SEKARANG yea?


^^^^


psst || Kunci kejayaan adalah melakukan apa yang ramai orang TIDAK lakukan. Semua mempunyai impian tetapi ramai yang tidak melakukan apa-apa sekarang, esok atau minggu depan. Kejayaan adalah dengan melakukan sesuatu, bukan sekadar mengimpikan sesuatu || Jutawan internet kata


Tuesday, April 10, 2012

Sedarlah badan kite hanya PINJAMAN

Suke?
Sedap kan.
SUPERB!!!!!!
Kat wangsa maju...pegi la pegi laaa...bukan main melambai lambai lagi cheese yang meleleh
dah daging burger grill yang berbau smoke itewwwwwwwwwww

Tapi kak lola sayangkan usus kak lola yang dah berkilau ni..huhu




Mari kite tengok orang kite...kalau bab makan sedap. RM55 beratur panjang macam ni...tak jadi hal

Tapi kalau demi kesihatan USUS yang hanya diperlukan 6 bulan sekali.
Siap bole jawab " mahalnya kakkkkkkkkkkkkk product  kesihatan ni"
Sok dah sakit masok spetal pegang tiang drippp..baru ingat mohon AMPON kat tuhan.
Nyesal tak mahu makan dah..janji nak makan sayur salad je 6 bulan.
Kan?

well...dah memang sikap orang kite.


Selepas dah beratur,
dah makan kenyang, hahahaha huhuhuhu  gelak ketawa  gembire
dah habis RM55,
dah yak
pastu esok cakap kat roommate

"AYOOOOOOOOOOOO.seluar aku dah tak muat woiii "
"macam mana perot aku boleh jadi boroi sebegini woiii"
"aku dah senam dah pergi gym tapi berat aku masih ok lagi ni {padahal dah sama besar dengan Myvi}"
"eh! macam mana awek tu boleh maintain cantek, kulit bersih dan SLIM sokmo ek?"

kan :))



mood kak lola :: walaupon blackberry kak lola rusak...kak lola maintain cool sebab dengar update and progress dari customer customer yang comel2 di pagi hari. Kelako.
Nak tahu cerita dan rahsia kami sihat dan gembire? 




Monday, April 9, 2012

Cabaran sebenar BERMULA hari ini


Beg kuning ini bukan sebarang BEG kuning. Beg kuning ini bukan hanya membawa Bios Life SLIM dan anda akan terus SLIM keesokkan hari nya.

bukan.

Di dalam beg kuning ini terkandung HARAPAN bagi setiap individu yang mahu mendapatkan kembali BENTUK badan sempurna di mata masing masing...di mata mereka yang di sayangi.

tanpa meminta bantuan dari doktor dengan kos melambung bukan main dan makan pill kurus sampai lebam.
tanpa menahan lapar dengan pantang tak boleh makan ini dan itu dan ada yang sanggup muntah balik makanan di makan.
tanpa menanggung seksa masalah sembelit dan usus yang tak sedap tak tentu hala.


dengan  berbekalkan Bios life SLIM kak lola masih mampu menikmati makanan kegemaran kak lola di mana jua kak lola SUKE. weeeeeeeeeeeeeee

Bagi mereka yang TELAH, sedang mencuba Bios Life SLIM pasti sudah jatuh hati hingga hari ini..dan pastinya Bios Life SLIM adalah yang pertama di capai untuk di bawa bersama.

betol?

{bayangkan pakwe/suami kite yang kite cintai iras2 Aaron aziz..sure kite pasang badan hari2 sebab nak dia suke pada kite kan..cube cube..hiks }



selesai 90 hari kak lola dengan killer 90 bersama BIOS LIFE SLIM.
Alhamdulillah...kak lola dah bole pakai pants kerja size S ke pejabat hari ni. Suke!\
Kawan kawan kat office kata " cayalah lily!" senyuman kembang setaman aku di buatnya.

Hari ni kak lola masih amalkan minum SLIM...selepas 10 minit baru la kak lola makan BESAR>
ada saki baki hari2 SLIM yang kak lola TERTINGGAL..jadi kak lola teruskan  saje amik SLIM 10  minit sebelum makan tengahari tadi. Siap ada tutti fruiti lagi sebagai dessert.Walauweiii..superb kombo yo!

Tak perlu rasa bersalah lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

kak lola yakin berat dan lemak kak lola takan terkumpul kembali ke?
Mesti ada adik adik yang tertanye2 kan...

dengan SLIM, ianya membantu membina 1 lapisan fiber di dalam perot kite sebelum kite makan.Program 90 hri yang kak lola amalkan tanpa putus asa, Process lambatnya penukaran gula menjadi lemak dalam gap 10 minit itu melatih perut kak lola makan tengahari dengan kuantiti yang SEDERHANA.

Serious, sapa dah cube minum SLIM..pasti tak mampu nak makan Big Mc sebijik ok. Sure makan sikit pon dah terasa kenyang.

Nasihat kak lola hanya 1.
Kalau sapa sapa yang masih tak mampu nak tahan gelore nafsu mentekedarah korang tu, sile la teruskan ambil SLIM yea.

InsyaAllah..maintain SLIM :)



Mood kak lola : Bios life SLIM memyngkirkan lemak secara permenant selama 90 hari program berterusan.
Dengan tersenarai dalam PDR...tak perlu risau lagi akan standardnya dalam kelasnya yang tersendiri.
KKM? hiks..


Sunday, April 8, 2012

Day 88 Perjalanan SLIM kak lola | kenapa kak lola pilih Bios Life

Kak lola dah nak hampir ke penghujung 90 hari..weeeeeeeeeeeee
Rata rata ayat ini yang kak lola dengar kat muka buku apabila wajah ini kak lola tepekkan di ruangan PROFILE buku muka kak lola. Hiks

kak lola nampak berseri2
kak lola nampak GEBU {{hahahaha...pitam}}
kak lola nampak KULIT MUKA tu dah tak berminyak ar...

Gitew.

Alhamdulillah..apa yang kak lola bole katakan...
masalah kesihatan kak lola alami, dah kak lola temui penawarnya.
masalah kawalan berat badan dan LEMAK, dah kak lola temui keSERASIANnya
masalah selebihnya macam $$$$$...dah di atasi dengan berkongsi kebaikkan product ni la jugak :)

Niat kak lola hanya satu...moga2 lebih ramai orang kite jaga kesihatan diri, jaga kecantekan luaran dan
khasnya DALAMAN.
Bios life SLIM slim jugak.
Iman dalam dada usahlah goyang dik tekanan mana2 pihak.Dik pulangan dan bonus di kongsikan oleh Unicity.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan ilmu yang kak lola kongsikan kepada adik adik di luar sana.

Kepada adik manis yang masih mengskodeng dan mencari2 jawapan.
Masih bertanye tanye...apa kena kak lola pilih Bios Life sebagai product pilihan...bukan product berada di pasaran yang bertaburan sana sini.

Adik manis yang PERNAH mengenali kak lola bertahun lamanya...
pasti arif bahawa kak lola ni orangnya sangat cerewet apabila berkaitan dengan product kesihatan.
Kak lola jugak bukan orangnya yang mudah di perkotak katik dengan product di pasaran tempatan.

kak lola percaya Bios Life kerana ...

1. Bios life di senaraikan di dalam buku Physician Desk Reference yang menjadi rujukan doktor dan pakar perubatan untuk prescription kepada pesakit2 mereka. Doktor ok bukan mak bidan. Doktorrr. Apa nak risau lagi? Kalau kak lola siasat...memang sahih, satu satunya product pergurusan berat badan yang tersenarai hanyala Bios Life...product lain den tak jumpa nyah :)
2. Bios life di buktikan hasil kajian klinikal dari company2 yang hebat dan terkenal dengan kajian R&D dalam bidang pharmacutical dan herbs yang berkurun lamanya. Bukan 2 3 tahun yea kajian R&D mereka.
3. Bios life di sahkan halal oleh INFANCA , dan koser certification yang terkenal umum sangat tinggi standardnya.
4. Bios life mengunakan sistem badan semula jadi manusia sebagai process penyingkiran lemak dalam badan kite bukan hasil kandungan yang tak ketahuan hala.
5. Bios life serasi dengan kak lola..selepas kak lola sendiri amalkan setakat ini. Kalau tak serasi pada kak lola...apa kes nak war warkan kemain siang dan malam kat korang kan.
6. Bios life mengandungi kandungan semua vitamins2 yang kak lola pernah ambil dari pelbagai jenama dari Blackmores kepada apa sahaja yang ada di rak Watson dan Guardian..termasok la nutrilite dari Amway.

Yang paling kak lola SUKEEEEEEEEEEEEEEE
mudahnya pengunaan Bios life hanya dalam 1 sachet di ambil 2 kali sehari selama 90 hari memberikan process PALING MUDAH abad ini dalam misi pengurusan berat badan kak lola ni haa.. Kalau nak suruh kak lola amik product dengan FORMULA 1 la, formula 2 la..formula mantop la..leh mental aku dibuatnya.

Belum slim dah sewel nak kena ingat formula kan. Tak kuasa mak!

Haaa..apa lagi?
Kasihan kak lola dengar kisah adik manis yang memang sedia kala cantek rupenya sihat slim , kerap menyertai MARATHON lagi tapi  MENAHAN seksa dan derita makan sayur dan buah buahan SEMATA MATA saje setiap kali waktu makan tengahari dan makan malam sekian lama.
Adakala dah makan, dia rasa bersalah dan cube memuntahkan semula makanan yang telah di makan.

Sadis bukan.

Dah dah la adik adik, usahla buat perangai bukan bukan. Hidup dan badan kite ni amanah Allah yang di pinjamkan saje. Jangan la di torture pula yea.
Happy life project yang di kongsikan oleh mentor kak lola mampu...membantu kepada mereka yang ingin turut serta dalam cabaran 90 hari bersama killer SLIM.

Jum contact kak lola untuk relisasikan impian aadik adik untuk sarung baju size comel :)
Emailkan apa saje pertanyaan dan kemusykilan kepada kak lola ok : Lilyjaafar@yahoo.com

Mood kak lola | ada kala kite sangka kite tahu...tapi kalau bertanya..apa salahnya kan.


Day 90 Perjalanan SLIM kak lola | SLIM memang SUPERB

Tak syak lagi!

Produk pembakaran LEMAK yang berevolusi, melebihi 30 tahun sebagai pencapaian saintifik PEMBAKARAN LEMAK yang pertama.
Mak suke!!! Kak lola dah leh pakai pants size S...giler kau tak suke gumbire :)))

oh ha! dulu kak lola pernah sarungkan pants size XXXL ok. Hamik!!! ya..memang sukar nak percaya size kak lola ni nampak macam MEDIUM je...tapi tidakkkkkkkkkkkkkkkkk. Selepas berkahwin dan bersuamikan pakar masak, kak lola naik MOK kau.

Dengan kandungan bahan asli yang SEMULA jadi, Bios Life SLIM membantu SISTEM badan kak lola mengawal jumlah lemak yang tersimpan.
Tak payah la kak lola nak susah2 hati dah ....rasa bersalah nak makan SODAP..ye tak?

Paling mudah, semudah tuang goncang dan  MINUM, tadaaaaaaaaa..SLIM kebabom dari sehari ke sehari!
Esok, confirm kak lola pakai pants size S.
Masih tak percaya lagi?
Haá kak lola pun macam tak percaya, suatu waktu dulu..kak lola pakai pants size XXXL...bergenang air mata mengenangkannya jah.

Alhamdulillah...hari ni.
hahahahah..hati den dah kembali senang gembire confident setiap hari.
Nak fokus kepada project perkongsian kebaikkan product ni kepada yang di luar sana.

Nak tahu rahsia kebaikkan Bios Llife SLIM?
Kak lola banyak collect real testimonial di sini : https://www.facebook.com/Lilyjaafar
Kalau nak tanye lebih lanjut, jum dating jum ;)

Bagi kak lola so far,
Alhamdulillah
Kulit muka semakin berseri2 dia org kata...
Kulit muka kak lola pun dah tak berminyak macam dulu.
Kulit badan pun semakin halus..cukup vitamins agaknya kan
Gastrik yang kak lola tanggong bile lewat makan tengahari dan malam, sudah pergi
Migraine yang menyerang kalau kak lola tak kawal gastrik pon dah tak ada dah.
Allergik kak lola terkawal dengan Super Chlorophyll minuman hijau yang sangat menyegarkan tu.
Tenaga memang mantap sepanjang hari. Tiada la lagi rasa nak zzzz setiap kali lepas lunch kau. Tak fit langsong.

Terus terang kak lola katakan..
Bios Life SLIM memang SERASI dan BERKESAN buat diri kak lola.
memang SEKALIGUS merubah Gaya hidup kak lola.Alhamdulillah.



So, nak sambung dengan Bios life SLIM ke tidak sekarang ni kak lola?
Haishhhhhhhhhh...Harusssssssssssss.
Kak lola yang memang mementingkan tahap kesihatan yang BAGUS...harus la kak lola sambung dengan product2 yang sama hebat bagi mengekalkan tahap kolestrol BAIK, menyeimbangkan paras gula dalam darah dan sekaligus bekalan Tenaga berpanjangan pada kak lola kan.

Kalau nak maintain SLIM dan SIHAT ...tapi esok belasah makan macam dah 90 hari tak makan. Haaa!! sendiri mahu ingat haa..:) Senangnya dalam hati...{nyanyi jum...}

Apa menu kak lola ngap setiap hari agaknya yea..
Untuk hari ni,  sahabat kak lola belanje makan tengahari di THAI restaurant sempena bestday anak lelaki dia dah cecah 12 tahun.

...jum zassssssssssssssss, apa menu kak lola makan selepas 10 minit dengan Bios Life SLIM yer.


dengan Bios Life SLIM...pasti SLIM lah. 
Berdasarkan pengalaman kak lola...SLIM Slowly naturally...of cos surely. Kena banyak SABAR.
kepada yang tiada KESABARAN..sila lari 100 meter sampai pitam. Go! :)


Makanan seimbang harula ada sayur ye adik adik. ewah


Ayam masak gajus kat sini..memang sodap. Nyum!


Menu set kegemaran kak lola untuk 4 orang dah tak dak. Haish! maju sikit...ubah.



Tomyam kung...udang dia banyakkkkkkkkkk.


Misi Happy life project pula bermula.
Hey! ada bonus baik punya buat mereka yang berkongsi rahsia ni tau ;)

Slimkan badan, gemokkan poket pule. Laa laa laa...

Mood kak lola | Bersemangat waja nak perkenalkan Happy life project ke UTARA. Ngeeeeeeeee.

Sunday, December 18, 2011

3 awek jelite metekedarah seafood di Melaka


Tibe tibe rasa rindu kat budak ni...ah sudah! nak kena buat 1 nih cepat2..wakakakaka

***

dah agak lama tak keluar dari K.L
Sekali sekala dapat keluar dari kotabatu...hati rasa gembire.

Ehem...ini kisah minggu lepas.
Masa aku pi visit baby IKA, anak sulong penganpit aku yang somel itew.

Mak, apak dan anak...ketige tige somel.
Tumpang gembire tengok mereka muda muda dah timang cahaya mata.

Nur zulaikha nama di  beri. Apa makna nama manis ni ek? Check google kejap...

Aha! dah jumpa..
Nur bermaksud Cahaya
Zulaikha bermaksud Cantik!!!!!
Aku panggil nun wau ra zai wau lam alif kaf alif dengan panggilan manje dan pendek IKA.


tengok tu...si cantek ni pandai respond kat camera ok. 
So kimoraaaaaaaaaaa :))


Dari plan awal, pakcik pakcik sengal nak ikot jugak. Tetapi...
selesai pulang dari trip bujang Kundasang sabah. Masing masing terus ada hal. Mungkin poket dah semakin kering di sana kut. Ahaks.

Masok tol Simpang Ampat Melaka, driver bawa aku dan Mek ikot jalan dalam.
Jemm katanya kalau ikot tol Ayer Keroh.
Haku yang berkurun sangat jalan jalan ke Melaka tak tahu sangat waktu dan masa tol tu jem ke idok. I follo jer.
Sampai di Melaka, cari jalan menuju ke rumah adik manis.
Sepanjang perjalanan aku layan saje kerena Mek bercerita dari satu tajuk ke satu tajuk.
Agak meriah jugak kereta sang driver.
Haus dahaga lapar siap aku melayan Mek.

dari kiri..Auntie Lola, Auntie Merry & Mommy
eh! mana auntie Mek? mana? mana? hahahahahaha

&&&

Sampai di hadapan rumah adik manis pun, si Mek aku dah driver masih lagi berbicara tentang dunia depan rumah baru mak mertua bapaknya IKA. Kahkahkah..Kronik akibat lama x jumpa.
Kalau yang pakcik pakcik ada sama...agaknya bentang tikar depan pagar rumah baru nenek IKA.
Hahahaha sadis.
Haaaa tu dia Auntie Mek...bertudung cekelet. Nyumnyum :))

&&& 

Selesai peluk cium dan berkongsi tentang process melahirkan anak dengan mommy.
Auntie auntie pun berangkat pantas nak gigit kaki ketam di Crystal Bay ALAI.
Dia orang kata dekat saje dari rumah baru tu. 

ZAsssssssssssssssssssssssssssssssssss
Sampai je kat Crystal bay...tangan aku pantas mencapai.
Kupang rebus bang,
Ketam gemok goreng kunyit je bang,
Udang bakar bang,
Ikan siakap masak 3 rasa bang,
Sepahat sekilo bang,
Ikan pari bakar sikit sikit,
Nasi lemak ada tak dik?
Jelly kelapa sejuk ada kak. Nak?
Air limau , air teh, dan air kosong 3 eh bang,


Crystal Bay, Alai Melaka.
De muara seafood restaurant TERBAIK!!!!
kalau datang lambat...lagi ramai umat mai sini.



Kupang 2 pinggan..rebus

Waktu ni la Auntie Mek buat lawak...molot bercakap sambil kaki ketam terjungkit2 macam mr bean. Gegar usus aku bantai gelak dengan auntie Merry.Wakakakakakaka


Ketam gemok manis goreng kunyit..3 ekor, itu pon auntie mek mintak tambah ...nak order 2 ekor lagi la.
hahahahahaha x cukop la tu hahahahah


nasi lemak daun pisang ..nice


otak otak..pedas!


siakap masak 3 rasa...aku makan ciput je sebab sibuk kerjakan ketam mok manis

udang ni pon aku tak heran sangat...Ketam terbaik!!!!

***

Sambil makan makan di temani menu yang penoh meja.
Abang tukang siang ikan tu jeling jek meja aku dan auntie merry n mek tau. Malu ai
Tapi ai bayar..wadahel kan :))

Malam tu kebetulan pulak ada panorama Gerhana Bulan.
dan kejadian tu betol betol berlaku depan meja kami.
Perghhhhhhhhhhhhh!!
Weekend terbaik 2011 award lah ai kasi. kihkih

Nah bill!
RM 130/=
Nak balik KL ke tak dah kenyang2 ni?
Auntie driver dah bukak2 tudung kekenyangan dan kegatalan dik penangan ketam dan kupang kan.
Misi mencari hotel kusun gagal akibat musim cuti sekolah waktu tu.
Ada pulak event walkhaton tak silap aku di masa yang sama. 
bandar Melaka. Happening giler malam itew.
Banyak eh kedai reflexology...ada apa apa menarik sangat ke kedai Reflex kat bandar Melaka negeri maju ni ek? wink wink
Che check skit pegawai ;))


Dalaam perjalanan balik ke KL...auntie Mek yang drive.
Haus balik aku melayan dia supaya tak mengantok.Hahahahaha
Yang penting perjalanan pulang kami selamatttt .
sampai rumah aku terus ZZZzzzz kat umah auntie Mek sambil tunggu encik suami  pick up bercanda dengan geng suami2 bujang di kotaraya yea.

Jom pegi lagi woi.

Mood nak pekena ketam lagi  | Lily.








Saturday, November 5, 2011

D Ladang Restaurant ada kambing fresh



Hari ni dah hari Sabtu 5 November,
cepat betul rasanya minggu berganti bulan.
Baru je nampak budak budak india di office masok kerja sempena cuti raye Deepavali.
Esok dah nak Raya Haji bagi tahun 2011.
Tak lama lagi nak cuti raye owang puteh pulak, Krismas.
Lepas tu...Raye Cine pulak.

Percaya atau tak mahu percaya. Masa memang tak menunggu kite.
Setiap hari perlu ada 1 kebaikan di kongsi bersama untuk terus menjadi manusia berguna.
Kalau 1 hari di persiakan bergitu sahaja tanpa membuahkan hasil yang di berkati olehNYA.

Ya Allah! Sesunggohnya manusia itu memang dalam kerugian...kan?

***
Hujung tahun ni, kak lola kena pindah rumah.
Rumah yang kak lola diami kini bakal di jual.
Ye...kak lola belum miliki rumah idaman sendiri sehingga usia ini.
Layak tak nak mohon skim rumah pertamaku pada usia dah naik senja ni?

So...
Semalam, pusing2 carik rumah idaman...Aha! jumpa 1.
Tapi...ok kite cerita pasal rumah idaman kemudian la yek.

Nak cerita pasal dinner kami di Ladang.
Ladang ialah nama restaurant ye adik adik.
Encik suami kelaparan, sejak siang tak makan...kemudian terus pergi lihat rumah idaman hati.
Borak punya borak dengan agent. Perut pedih kemain kelaparan.

Encik suami pusing2 di kawasan restaurant Borak yang agak vouge suatu waktu dulu.
Eh..eh ada lagi restaurant tu. Tapi nama dah bertukar la pulak...

Uh wow! kak lola nampak kambing terlentang dah bergolek di situ?
Eh! ada ramai orang ni..ada special event kah?

Nampak kambing terlentang, encik suami terus libas stereng masuk parking.
Di tinggalkannya aku sendirian terkial kial keluar dari kereta { pehal gaya aku nak keluar cam org gemok besor bas aku ni?}

Kami order menu untuk 2-3 pax dengan harapan mampu minum air longan sejuk 1 jug.
Yea, pax di sediakan untuk 2 bersama 1 jug air longan penoh buah longan kau.
Jelling kekanan skit...Pax 2-3 RM 30. { okla kan sorang RM15 per set...embekk punya hal, wa x de hal...hahaha}
Sementara menunggu kambing set kami sampai.
Aku pandang persekitaran kedai di namakan Ladang tu.
Stall burger Ramly ada,
Stall mee sup sup pon ada,
Stall kambing tergolek ada kat belakang aku. { aku dah terbayang duk sebelah kambing golek sambil mulut ternganga kan masa lalu depan kambing tu tadi }
Jadi aku duduk membelakang kambing itew. Hahahahahah


Otak2 steam di sediakan juga.
Aku biarkan encik suami mencuba.Encik suami aku ni kalau dia diam jee...maknanyaaaaaa!!!!
cepat2 la sambar makanan itu. TENTUNYE sedapppp :)). Hahaha

Ye otak2 steam itew sedap dan pedas.


seketol 80 sen.

Set makanan kami dah tibe....

Oh! lupa nak snap gambo air longan sejuk 1 jug sebab air liur dah bertakung penoh.Hiks

Kambing di sediakan memang sedap dan fresh.
Selesai makan, aku terpandang 1 keratan akbar di dinding restaurant.
Oh wow! kambing di datangkan khas dari ladang mereka sendiri.
Patut la lazatttt sampai nak nangis. :)

Nanti aku nak kongsi cerita dengan abang ipar aku, di ganas gak dengan kambing-kambing nih.

Pencinta kambing golek bersama sos light blackpepper. Duh..drools ok.




Monday, October 24, 2011

Makanan Sihat | Tahu Bakar Best & Terbaik


Sekali sekala makan tenghari gaya sihat.
Erk! hari hari aku makan gaya tak sihat ek?
HEEE...lu pikir la sendiri Lola oiii

***

Kat mana nak makan tahu bakar terbaik?

Aha! pergi la ke Semenyih...
kat gerai beratap zink tu
ada
cucuk udang 
plussssssssssss
tahu bakar
plusssssssssssss 
nasi ayam power.

Kat mana lagi kalau bukan depan sekolah kebangsaan cina kat semenyih tu.

Aku dengan kawan kawan 
serbu tepat pukol 12:30
sampai di sana...orang ramai dah beratur panjang nak dapatkan tahu bakar dan cucuk udang best.
Aku dah kawan kawan terus buat order.
Aku "dua cucuk udang, dua tahu bakar ye kak""
Kawan aku si kurus pun sama.
Dah makan punya makan.
Muka dah mula naik ketat sebab perot dah kenyang akibat ke tamakan
Maka lain kali kena order
1. cucuk 
2 tahu bakar...atau sebaliknya.
Ikut suke tekak masing2.

Seriusly kalau amik 2 tahu bakar 2 cucuk udang = kembong usus :))))

Tahu bakar yang di hasilkan di sini di buat dari rumah.
Goreng di luar, lembut di dalam.
Gemok.


Malas nak cerita banyak banyak,
tepuk dada capai kunci kereta terus ke sana.
Kena rasa sendiri akan kegebuan tahu bakar Semenyih yang enak lagi lembutttt itew.

Hujan lagi petang ni.
Korang dah ucapkan doa belum?
Orang kata doa waktu hujan hujan ni..cepat makbol.
Doa doa 







Sunday, October 23, 2011

Someone is watching you alaa la la laa long

Setiap hari Jumaat,


aku dan geng kak Joyah memang bawak bekal ke pejabat.
Saje ... suke suke, tiada paksaan.
Semuanya datang dari hati yang ikhlas nak makan dengan kawan kawan.

Tapi...

aku dan geng kak Joyah tidak la bising bising sampai 1 dunia pon tahu kan kat pejabat tu.
Almaklom la, niat hati nak berjimat cermat kan...kalau dah 1 kampong nak menompang bukan jimat cermat dah namanya.
Kenduri kendara la plak.
Gaji pon bukan hari hari masok. 28hb sahaje gaji masok.
Maka al maklom la kondisi kewangan masing masing kan tengah tengah bulan. ;)


Sambal udang tumis...Ai masak ai masak...ada udang kering siap. Apakah? :))



Telur dadar tebal...



Carrot cheese cake from hotel..sempat ko pegi hutel yek mak merri.


Curry dari chef yati..dap! Petang2 cicah dgn roti plak. Habis kau sebantal!!:)))

Dalam seminggu sekali terasa nak makan masakan dari rumah.
Apasalahnya bawak sorang sikit, makan sama sama. Best kan? Macam piknik piknik :))
Tapi ada sesetengah umat, especially hok jantey tu..suke benar nak mengePAU sahaje kerjanya.
Berkire kalu, hakak pon double berkire ok.

So sejak Jumaat yang lepas...yang lalu.
Aku bawak telur dadar,
si anu bawak nasi,
si ani bawak sayur sayuran dan sambal belacan.
Si nanu bawak ayam masak lemak cili padi.
Cun!
eh eh...
Tibe tibe kakak sayang join sambil tunggu anak kesayangan dia menuntut di UKM amik.Jumaat tu... Dia tak tahu akan project makan makan hari jumaat yang kami buat suke suki ni.Aku tak kisah pon. Aku dan geng kak joyah ajak je la makan sama sama..
Cume...
Yang aku agak pelik dan agak geli hati apa bila,
Semalam hari jumaat kan..adalah jumaat kedua dalam bulan ini kami bawa bekal
Tibe tibe kakak sayang bawak lauk kari ayam. Join aku dan geng kak Joyah bawak bekal dan makan kongsi kongsi.





Cari ayam besar gedegang dari kakak. Sedap gak. Kentang pon besar gedegang.


Aku tanye kat si anu "ko ajak kakak ke join?"
Senyap.
Pertayaan di kemukan kerana aku nak tahu sapa yang mengajak. Bukan aku heran pon nasik berpotpot tak cukop. Tidak.
Curious sahaje. Full stop.

Aku tanye kat si ani pulak " macam mana kakak leh bawak lauk hari ni wei? ko ajak dia ke?"
Tak ada sesiapa pon yang buka molot tentangnya.
Abaikan rasa ingin tahu dalam dada, kami makan tengahari sama sama dengan gembirenya.

Tapi dalam kepala hotak aku ni masih ingin TAHU...siapa yang ajak? { Tahap ingin tahu aku amat kritikal kan..hahhaha }

Aku buka buku muka pagi Sabtu yang indah ni sambil tunggu washing machine habis spinning baju.
Aku nampak status si Nona...semalam.

" Google resepi jap..kang aku tak bawak makanan kang ada kena marah dengan si anu, ani nanu, nunu plak..hahahah "

di situ....
Baru aku paham ;)

rehat rehat hujung minggu dengan Danielle Steel ;)

Lola ate alot last week