Friday, August 20, 2010

Home Made

Batang buruk best abad ini.
Serius.


Kalau kuih raye BUKAN buatan rumah...aku jeling pun malas. Ehekz.

Kereknya minah nie..hahaha padahallllllllllllllllllllll kalau ada je kat umah, aku baham macam biase je.

Ngehngehngeh.
Tapikan, kan kan terus terang aku katakan, kuih buatan tangan di rumah mana la boleh lawan
kuih raye buatan kilang oleh mesin kan.

Hari ni kat office, aku lafaz kan dengan jelas. Tahon ni aku tak raye, sebab semua kewangan akan aku laburkan dalam persiapan majlis perkahwinanku.

Tup tup...atas meja aku ada ...

Kuih Batang Buruk terhebat dari Johor Baru....dah 2 tahon aku beli. Memang sodap. Malas nak cerita kesedapannya. Cume tahon ni aku perasaan, size batang buruk agak kecik berbanding tahon lalu. Harga barang naik punya kes la ni.

Ting! RM 12 sepeket sahaje.

Samprittt lembut dari Negeri sembilan...dan ini adalah pertama kalinya aku beli teros dari dapur tukang buat kuih. Kawan aku yang sedang pregnant cakap tadi. Sodap jugak.

Ting! RM 23 setong sahaje.
Nah no tel. aku tolong promote FREE je nih.

Gerenti sedap. rangup, manis dia sedang2 & lembuttt.
Serius.

Aik! klasiknya kan kuih raye pilihan hati cik Lily. Ha'ah..aku memang pengemar kuih raye zaman dolu2.

Sebeno benonya, aku beli kuih2 ni bukan untuk aku makan...aku suke bagi kat kakak aku dan bakal mak mertua aku je. Aku tak tau nak bagi apa kat dia orang..so aku bagi kuih raye je la yek.

&&&

Kes mengenang kenangan silam kejap...
Dulu setiap kali aku balik kampong menjenguk nenek {zaman tu aku duduk JB}, setiap kali menjelang hari raye...arwah atuk aku suke buat kuih baulu...baulu buatan tangan sendiri ok. Pukul telor dengan tepung dengan tangan gitew dalam tempayan warna kuning tu...aku yakin nenek korang pun ada jugok. Tapi walaupon nenek buat sendiri kuih baulu, aku tak suke pulokkk baulu buatan tangan, sebabbbbbbbbbbbbb nenek aku suke sangat letak daun limau purut sebagai pewangi dan penghilang bau hanyir telor. Maka aku anti baulu.
Bole pengsan gueh dengan bau daun limau purut ok. Dah rasa macam makan potpuri pon ada masa tu...sorry Nek.

Arwah omak den pulak...{ owh ibu, ku merindui mu...adeiih! rasa nak nangis plak tibe tibe..korang masih ada mak, call call la selalu. Dia sure windukan korang gaks tau..tibe tibe}. arwah omak den suke buat lengkong kering. Buat agar2 merah tuu...tapi lepas tu jemur.
Oh rindunyaaaaaa aku akan waktu itu. Selain dari lengkong kering, arwah mak jugak suke buat kuih kacang yang dengan pelbagai bentuk. Aku suke sangat bentuk ikan. kemudian kuih kacang tu di jemur jugak. Manis2 kacang gitu.

Bukan aku yang buat..aku tengok jer.Ehiks.

Mungkin laaa...mungkin di sebab kan aku di besarkan dengan kuih raye buatan sendiri di rumah, maka tekak aku memang terima kuih raye home made je la kut.

Rasa sedap dan kegigihan itu aku kenang sampai sekarang dan insyaAllah hingga ke generasi anak anakku nanti. Wah! dah pikir pasal anak...weeeeeeeeeeeeee

Selamat menyambot ramadhan ke 11-20 korang.

No comments:

Post a Comment