Showing posts with label kecantekkan. Show all posts
Showing posts with label kecantekkan. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Day 82 Perjalanan SLIM kak lola || Usus berkeladak since sekolah patut la BUNCIT

Hiks...dahsat tak tajuk entri hari ni?

Cuaca agak sejuk pagi ni...jadi kak lola HANGATkan sikit yeah.:))

Buncit.
Sebut pasal buncit, zaman kite kecik kecik dulu kan..seingat kak lola la, arwah mak sure kasi kite minum ubat CACING.... betol?
kalau badan nampak kuruih mengering pun, arwah mak kasi minum ubat CACING jugak.
Maknanya apa yek?

Maknanya zaman tu belum ada lagi product detox cikgu...:))
Hahahaah....

Maknanya waktu tu mungkin mak kite fikir..cacing dah makan semua makanan yang dia masakkan sedap2. Cacing yang gemuk. Anak dia kuruih macam cacing. Kan?
Ngeee...
Kehadiran cacaing, unwanted organisms dalam usus dan meyelaputi dinding usus berkurun kurun lama hidup kite ni MENGAKIBATkan badan kite tidak dapat menyerap makanan yang berkhasiat dan vitamins serta mineral dengan baik.

Itu pasal la ramai Malaysian sekarang ni..kemain lagi diet. Tapi ke lauttt je berat dan size badan kan.
Perut adalah di mana segala punca penyakit bermula.
Bak kata mereka yang pakar..u are what u EAT.
Bak kata nenek kak lola dulu dulu...ko makan la banyak2 nanti jadi besar periuk { jari telunjuk arwah nenek tunjuk kat  periuk belanga size buat masa nasi minyak untuk kenduri kahwin tu..hahahah adeih adeih}

***

Jadi dalam misi kak lola nak dapatkan bentuk dan size idaman kak lola ...

Kak lola mulakan langkah pertama dalam menjaga kesihatan, pengurusan berat badan dan kecantekkan dengan DETOX - pembersihan usus secara effective dengan Clearstart 30-day program.


Ini dia set Clearstart 30 day program tu.
Memang ULTIMATE cleansing! di patentkan dan di buktikan secara klinikal lagi.
Aha!


Kalau nak gemukkan badan, kena detox 2 kali setahun.
Kalau nak kuruskan badan pon sama. {{psttt jgn ingat org kurus tu tak de cacing dalam perut2 dia tau...ntah2 lagi banyokkkkkkk}}
Kedua duanya manusia yang berusus kan. Maka sebaik habis hebat langkah permulaan nak cantek, nak sihat, dan kurus atau gemuk....Bersihkan usus macam kite mula2 baby dulu. Kulit pun cantek...Haluih!

Tak gitu?

Apa pasal kite nak kena detox kak lola? Masih tak paham la...
Ok cube bayangkan...

Gigi kite. Kalau kite tak berus hari hari...kata la tak berus 2 MINGGU. Cube :)
Macam gitu la jugak usus kite. Mentang2 dia duduk dalam perut korang tak nampak kan?Tak bau wangi kan? Jadi..hari ni adalah hari yang sangat indah untuk korang mulakan langkah baru demi KESIHATAN.


Eh! cube korang tanya diri sendiri eh...
kalau kite tak PANDAI sayang badan, gigi kite, usus kite, diri kite. Macam mana kite nak sayang orang lain ek?
KEBENARAN itu memang pahit. telan je ler ;)

Renung renungkan.

Untuk pengetahuan lanjut tentang Bios Life product. Ring ring or text kak lola yea : 012 - 397 9757



Friday, June 24, 2011

Senam la woi - Episode Kick Boxing II

image : Google saje.


Kelas petang ni ialah kelas KickBoxing. Aku suke kelas Kickboxing. Sangat mencabar. Berkilo kilo lemak boleh di bakar dengan hanya boxing angin. Betullllllllllll.

Tapi...

Aku tak pergi kelas petang ni...sebab,
1. perut aku sakit. Angin kut. Aku tak makan nangka pun angin. Perut rasa tak sedap.
2.Kawan kawan pulak semua sibuk bertungkus lumus bekerja sampai senja. Sorang lagi nak balik kampung kat Melako...ada kenduri kahwin. Sorang lagi dah terbang dan bercanda di pasiran pantai Pulau Perhentian. Haih..syioknyeh. Aku tak suke pegi kelas sorang sorang...kang kena kidnapp camne. Ahaks...sape la nak kidnapp ko nyah. Adesss...
3.Aku teringat novel Kerana Terpaksa yang belum habis aku khatamkan.
4.Anak abang aku ada menetap di rumah aku sementara ni...sementara nak dapatkan rumah sendiri katanya.Kesian aku tengok dia tak biasa lagi dengan Kuala Lumpur. Takan nak biarkan dia duduk kat rumah sorang2. At least kalau aku ada kat rumah, boleh layan aku update drama AnNissa kan ...kahkahkah.


Nasib ko la labuuuu, jadi mangsa auntie kauuu yang giler tonton drama ni.:))





Friday, June 17, 2011

Senam la woi - Episode Kick Boxing.




Sejak menjak beberapa orang sahabat di office masuk ICU...terngiang2 kata kata budak2 menyakat " register gym baru rm40 la woi...kalau bill masok hospital nak pakai mesin jantung 60k tak cukop..." Sape tak seram dengan kata kata macam tu kan.

Jumaat...
Aku ada kelas Kick Boxing.Aku dah bayar rm40 bagi menyertai semua kelas senaman dan cardio yang di sediakan di Gym.
Aku belasah semua kelas yang ada, demi KESIHATAN beb. Kesihatan. ;)

Sampai di Gym, aku dan lindah hamilton je kali ni yang hadir kelas. Sahabat sahabat aka geng kak joyah yang lain ada hal masing masing. Ada yang tak bawak baju. Ada yang laki amik pulak. So tak join.

Aku serbu treadmill, aku warm up dengan berjalan perlahan. Tak perlahan la jugak. Habis 10km aku berjalan di treadmill sambil menunggu cikgu Kick Boxing sampai. Dia lewat nampaknya hari ni. Cikgu kick boxing adalah cikgu yang sama mengajar aku di kelas Body Tone. Body dia memang Tone. Cantek. Nampak gagah tapi kalau dah berdansa sangat lemah lembut. Kagum eh.Nganga.

Lindah hamilton pulak berkayuh 10km dengan basikal tak bergerak yang ada tersusun di belakang aku. Apa pulak pakwe sepet tu duduk berkayuh sebelah basikal si Lindah hamilton ek? Hihi...nak jugakkk bergossip. HEEE....
Seronok berjalan kaki laju laju di atas treadmill. Cikgu dah datang. Aku terkejut di panggil serta merta dik abg jaga Gym. aku pun serta merta tekan punat STOP. Aku jadi pening la. Alamak! kenapa plak ni. Suspend.Nasib baik tak jatuh terjelepuk. Sepatutnya aku kena cooling down dulu sebelum tekan punat STOP.

Tersilap teknik daaa...
Tak pasal -pasal abang jaga gym aku salahkan. Sian dia.
Aku teguk air cepat2. Tarik nafas dalam dalam. Berjalan perlahan2 menurunkan degupan jantung aku yang kencang.

Aku menuju masuk ke kelas Kick Boxing.
Alamak! ahli kick boxing petang ni semuanya hok jatey belako. Segan pun ada. Tapi sebab dah bayar. Segan letak tepi.Kick boxing yang aku pelajari hari ni lebih banyak tertumpu kepada tumbukan. Tumbukan laju ok. Laju serta kencang. Bukan hayun gemalai kak joyah pegi pasar. Tidak yea.

Berpeluh-peluh. Aku setuju dengan kata si apek yang dah biasa berkick boxing. Kelas hari ni sangat memenatkan.
Sesi berboxing bersama partner pun seronok. Ko punch aku, aku elak. Aku punch ko elak. Lupa nak elak, sure lebam.

Aku memang bayangkan orang2 yang menyakitkan hati aku je masa aku punch. Hiks.Lepas geram ok. Bagus untuk kesihatan perasaan dan emosi kick boxing ni. Hehe.
Telefon berbunyi. Alahai. Anak si Lindah hamilton tak bawak kunci rumah pulak. Kami terpaksa berlalu awal tak habiskan kelas. Kang keras beku anak si Lindah hamilton depan rumah tunggu mak dia tak balik2 memboxing yea.

Balik dulu cikgu.
Minggu depan bertemu lagi eh. Minggu depan saya masuk kelas dansa Latino yek.Wink* ;))


Wednesday, June 15, 2011

Bersenam la woi



Petang semalam,
lepas kerja...aku dan kawan kawan bergegas ke Gym di sediakan The Kompeni.
Kelas pertama untuk petang semalam ialah kelas Body Tone. Harap2 sempat la body aku bertone semula sebelom hari raye ek. Kalau tak bertone pon...at least ada la lekok2 di bahagian pinggang kan.
Sekarang ni tegak je...lurus,dah sama macam pembaris.Wakakaka..aduilaaa.

Bersenam bersama sama sahabat-sahabat hidup jadi lebih seronok. Aku suke.Boleh gelak sana dan gelak sini dengan step2 tersasul.Hilang stress dapat gelak sambil senam.
Aku pun ada jugak tersilap step. Apa salahnya kite bergelak bersama sama kan? :))

Hampir semua yang hadir kelas Body Tone adalah perempuan.
Ada amoi seksi,
ada jugak kakak muslimah macam aku ni.
Dan sebahagian besarnya adalah awek melayu beragama islam berbadan gempal sihat walafiat.
Manakala cikgu senaman kami pula lelaki gagah perkasa.

Pertama kali aku bersenam dengan tudung di kepala. Aku rasa macam tak sangka ada...macam tak caya pon ada..., senaman kali ini kak lola sempurna menutup aurat dari hujung rambut sampai ke bawah. Bangga jugak dapat habiskan kelas hari ni penoh sopan. Berpeloh2.
Habis lencun.


Image : google

psst : hari tu team olimpik wanita Iran di LARANG meneruskan perlawanan kelayakkan Olimpik London 2012 menentang Jordan hanya kerana mereka bertudung dan menutup aurat kan.
Nak bersukan je kena pakai seluar pendek. Kalau tak pendek tak boleh...Alasan? Kerana faktor keselamatan.
Panas je hati aku baca news tu.

Hidup ini memang tidak adil.

dugaannn...

Dari kerana Mata - Episode 4

image google

Sejak aku bertudung...

aku masih gemar perhatikan gelagat dan reaksi mereka di sekelilingku dengan perubahan yang aku lakukan ini. Macam macam ragam...dari situ aku belajar leh mendalam tentang isi hati manusia.

Tadi...
Kawan kawan bukan sebangsa kata " Cantekkkkkkkkkkkk dah bertudung sekarang"
Kawan kawan sebangsa kata " comel...suke...Alhamdulillah....eh dah berHIJRAH?
Bekas boss aku kata " jejaka Malaya masih kacau2 lagi ke Ly?"
Aku hembos " tengok la tu [dia yg masih gemar usik2 gatal dengan aku]...bile ntah dia nak berubah"
Bekas boss balas " Allah...tak pe tak pe..nanti saya bagi tazkirah kat dia "


Opsssssss!

moral of the story ::
Ilmu di dada sekangkang semut...Hati2 dengan mulut yea.Oh mulut...sukar betol nak kawal ko ni lah.

patutlaaa wujud pepatah melayu ni ek... berkata Kerana mulut badan binasa.
Azam baru...nak cakap mana perlu je...
InsyaAllah.



Tuesday, June 14, 2011

Dari kerana Mata - Respect -





Tepat 12:57 tengahari...

Tak sepatah perkataan keluar dari mulut tag team aku sejak pagi tadi...si Al Bud.Kami mesra...dah bertahun lamanya.Ada sahaja gelak ketawa, hilai tawa di pagi2 hari membelah kesunyian office kami. Iye.
Kami memang terkenal..kecohrable sentiasa.

Tapi hari ni..hari pertama dia melihat aku bertudung...pagi ni jadi sunyi.
Dia diam. Aku turut diam jua. Saje.HEE...
Akhirnya tepat jam 12:57 tengahari, beliau mendekati sahabat aku di sebelah work stationku.
"Sepatah tak bercakap lagi dengan kawan ko Ha" kata si Jejaka malaya.
"Malu aku jadinya " tambah si jejaka malaya.
"Ko tergamam ke..Bud? Nyampah aku tengok ko..." Sahabat meja sebelah aku menambah sambil capai plastik kerepek pisang.

Aku hanya terkepot senyum sipul dengan gelagat mereka berdua. Aku sengaja mendiamkan diriku. Melihat sahaja reaksi mereka buat hati aku gelihati...dan buat aku lebih mengerti tindakan mereka terhadap aku selama ini.

Memang banyak bezanya kelakuan dan perlakuan jejaka2 malaya dengan perubahan diri ini.
Berbeza.Sangat berbeza.
Aku cerita pada sahabat2 yang lain di office akan reaksi jejaka malaya terhadap ku.
Sahabat kata " mungkin jejaka malaya lebih respect diri akak yang sekarang berbanding yg dulu".

Tapikan..ada la jugak jejaka malaya yang jenis TETAP suke meraba2 ni.
Masih lagi suke ambil kesempatan jalan dekat2 dan tak pasal2 nak jugak bersentuhan kulit.
Aku rasa nak bagi kickboxing sepuloh bijik jenis ni.
Haih!
Kenapa ek jejaka Malaya? Apa lagi yang kurang?
Jejaka tak Malaya tak pulak berperangai sebegitu....

Haihhhhhhh...





Dari kerana Mata - Episode 3



image - Goog.

Hari ni aku masuk keje macam biasa.Niat hati...harap2 tiada lagi jejaka jejaka malaya yang usik mengusik tak henti2nya dengan perubahan aku ini. Dah masuk minggu ke 2 ni.

Al Bud tag team aku pon dah masuk berkerja semula selepas seminggu bercuti.Hari pertama dia lihat aku bertudung.Dah tak kenyit2 mata lagi pada aku macam dulu. Dah tak usik2 dan bergurau nakal lagi dengan ku...setakat ini. Dah tak datang dekat2 dah...nak meninjau apa yang aku lakukan di laptopku.

Aku lebih mudah fokus pada kerja sekarang . Alhamdulillah.
Doa ku di makbulkan Allah agaknya.

Jum pegi GYM plak petang ni jum ...:)


Psst :: aku bukak cerita pasal Nora elena semalam. Elena dah tahu siapa "hanjing jijik" yang menitikkan titik noda hitam dalam hidupnya suatu waktu dulu. Sedih gok siri semalam. Bergonang air mato den lah. :((
Sahabatku si Lindah hamilton yang tak follow drama ni tibe-tibe ajak pegi MPH lunch nanti. Nak beli bukku cerita Kasih yang Suci katanya.
Nak komisen kak Meen!! ;)

Monday, June 13, 2011

Dari kerana Mata - sambungan

image google.


Aku cuti hari ni...
niat hati nak rehatkan body yang dah berkerja keras 7 hari seminggu...minggu lepas.

Encik suami buka peti sejuk...
Dah kosong agaknya. Encik suami ajak beli barang2 dapur di Giant. Dah ke Giant, baik2 nak beli 2 perkara. Jadi 1 troli.

Masa berlalu sangat pantas, pejam celik round round dalam Giant. Dah pukol 3 petang. Dapat pulak text message dari adik manis. Ajak makan mee kari Ahad hujung minggu nanti katanya. Ehiks. Minggu baru ...baru nak mula. Dah ada plan hujung minggu menanti. Alhamdulillah...rezeki makan free datang lagi. ;)

Balik dari Giant, baru dapat berehat. Kununnya nak berehat...tapi otak aku ni memang tak reti nak berehat berfikir. Capai laptop.... Terjumpa 1 artikel tentang hukum memakai celak ...maklom la..aku kan baru tangkap KAJAL minggu lepas.

Tapi ada soalan yang masih membelenggu dalam fikiran...

Sebuah perkongsian ilmu ...

Soalan:

assalamu'alaikum wbt ustaz..saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak?bagi perempuan terutamanya.. kalau dgn niat ingin mengusir syaitan dibolehkan ke?atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki?harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..

Jawapan:

Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud : "Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.

Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354

wallahua'lam






Sunday, June 12, 2011

Dari kerana Mata






Hari Jumaat lepas...
Zanariyahtulsakdiyah buat jualan murah jambo dekat office. Barangan kecantikkan dan minyak wangi product di import dari Dubai. Macam macam brand minyak wangi ada. Dalam botol kecik. Harga pun kecik kan.Bau dia pun boleh tahan lama la bertahan. Kalau duduk dalam office berair cond. Wah! wangi sampai ke petang.
Selain dari minyak wangi, eye liner ada,
eye shadow pon ado.
blusher pon adoooooooo jugak.
Meriah lah.

Miss Rose jadi rebutan aku dan kaum2 ibu di office. Habis mata Lindah hamilton aku celakkan. Dia kata dia tak reti. Aku retikan la. Kah!
Sakdiyah kata MISS ROSE ni sekarang menjadi hot item dan kegilaan kepada stewedess stewedess dan stewed jugek. Sekali di luliskan dan di warnakan di wajah mulus stewedess dan stewed2 di angkasa. Pasti rasa nak terbang bersama lagi kan.
Aku tangkap minyak wangi Gucci dengan celak jenama Kajal.

Boleh la aku berwajah ala ala Kajol dengan mata ala ala para paraa sakura esok kan ;)


Mak suke!



Monday, May 30, 2011

Si Sakdiah jatoh tertonggeng



Tengahari tadi aku ikot Lindah hamilton, Cahaya dan Zanariyatonsakdiah ke Kajang, belasah pecel lele lagi.Huhuuuu...Habis sampi ke pipi pipi ikan tu aku tengok si Sakdiah kerjakan. Aku pun ikot sama, gigit2 pipi ikan. Habis liao. Kesian sang kuching, tak de chan nak jilat ikan keli. Hakhakhak...

Nak pegi cuci tangan...

Aku terpandang sekumpulan geng sumi Jelly sedap duduk lepak di meja berdekatan. Muka salah seorang geng sumi Jelly sedap tu ada la jugak yang "ada rupa"..tapi sayang sejuta kali sayang... kemain lembut. Setiap kali mereka bergurau senda, kedengaran suara jeritan manjew mereka tu. Aduiii hampir pengsan hakak di buatnya. Jum balik kawan kawan...:|

Cepat2 habiskan makanan , bayar dan berlalu ke Wong solo pulak sebab kakak senior di office kirim Tauhu bakar sebagai lunch beliau. Dah alang2 ke Wong solo, teringat aku akan sepasang kain yang aku belum amik di Suri Textile tempohari.

Driver parking kereta betol betol depan kedai nasi Ulam, aku plak baru nak tutup pintu kereta, tibe tibe ternampak punggung si Sakdiah . Dengan kerut di dahi... ...apa kes budak ni? Aku nampak abang dalam kedai eh hotel di tempat Sakdiah tertonggeng terhenjut2 gelak. Siap ajak kawan2 dia pandang....aku nampak mulut brother tu muncung menunjuk ke arah Sakdiah.."tu ttu tgk awek tu tertonggeng kat tangga ..." gitu la lebih kurang skrip dia org..wakakakak

[dia org dalam hotel ...aku agak2 je laaa skrip tu..muahahaha.sebab dia org tengah pandang ke arah keluar kau .]


Aku dekati tanye Sakdiah "apa hal ko weh?"
Sakdiah jawab sambil terbahak2 gelak "Saya dah pijak tangga, tapi kaki saya tak sampai nak pijak tangga...terosssssssssssssss...gedebab!"

Lindah hamilton menyampuk, " aku tibe tibe je dengar bunyik..adeih adeih...bile aku toleh tak de plak orang..rupenya dah tergolek dok"

Kami semua bantai gelak sambil berlalu menjauhi tempat kejadian.
Nasib baik tak ada jejaka malaya lalu lalang semasa Sakdiah menonggeng kau.

Phewwwwwwwwwwww..
Bertukar pink warna pipi hakak kau....Wakakak kelako Monday..






Friday, May 27, 2011

Celoteh Jumaat

Hari ke 3 aku menikmati keenakan Melilea GFO berperisa Soya. Ke rancakkan ke bilik air tidak serancak semalam.

Perasaan? Rasa sangat best...badan dah mula rasa sedikit ringan dan cergas dari biasa. Lemah2 dik ketebalan toksik dalam badan agaknya kan...

Hari ni aku lebih banyak buang bahan kumuhan kecil kecilan sahaje. Ehiks. ok ok...sudah terlalu sangat detail. Sile berhentiiiiiiiiiiiiiii....wakakakak




Aku juga sudak register GYM...bersama geng kak Joyah. RM30 untuk yuran sebulan dannnnnnnnnnnn RM 10 untuk mengikuti kelas kelas di sediakan mengikut jadual.

Pagi tadi di beritahu rakan rakan, salah seorang office mate aku di masukkan ke ICU selepas tekanan darah yang tinggi melampau menyerang beliau. Minggu lepas check kolesterol, dah cecah angka 7. Bak kata doktor ..."boleh mati nih..." Bergurau agaknya la..

Tup tup, pagi ni dah dengar khabar masok ICU.

Mari kite hadap jadual yang bakal aku amik demi kesihatan yang gemilang. Zassssssssssssss..{ eh!mana plak aku letak tadi jadual nih....]

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Plan hujung minggu nak jalan jalan ke rumah kakak terchenta di J.B terpaksa di batalkan jugak nampaknya sebab hari Ahad ni Abang Unifi nak datang rumah aku buat kerja kerja installation.

Lagipun cuti sekolah belum bermula, kang kakak akku berjalan2 ronda satu kotaraya J.B, gelak gembire bergossip denganku...anak buah aku terhegeh2 lagi kat sekolah. Leceh.

Tunggu la date baru yek.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Petang tadi balik kerja,

aku melalui lorong yang menjadi laluan biasa aku setiap kali balik kerja. Encik suami kurang gemar melalui jalan yang ku lalui. Anak anak kecil di kejiranan aku suke sangat bertempiaran lari ke sana ke mari bermain di tengah jalan.

Seperti biasa, aku yang spesis amat prihati dengan keselamatan ...aku memperlahankan dan hampir memberhentikan kereta sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb...ada la sorang budak kecik ni bole berdiri betol2 depan kereta aku yang masih bergerak ni dan mendepakan tangan nak tahan macam dia main Galah panjang dgn kawan kawan dia tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....kunun2 nak tahan kereta aku.

Seram sejuk biru aku sekejap. Terkejut. Encik suami yang berada di sisi, secara automatik terkejut juga terus menekan honkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.Dengan harapan budak budak tu ke tepi jalan memberi laluan....

Malangnya....dia bole bergelak ketawa beramai2 mengacah2 kereta aku ni haaaaaaaaaaaaaaa...haduiii

Kalau aku tertekan pedal minyak macam mana?

Aku tak nampak sekilas pon mak atau bapak budak2 berkenaan yang menjenguk melihat keadaan anak anak masing2.

Kalau dah patah kaki di geles dik kete baru nak amik pengajarankah wahai ibu bapa??????????

Takan dah kena langgar, naik kereta ambulan baru nak meraung2 amik pengajaran kot? Mana perginya mak bapak budak2 ni woi?

Ada anak ....sayangi la...didik la mana patut, jangan la di tinggal2kan tengah jalan. Hilang akal apa?

Sadis betol.



Wednesday, May 25, 2011

Nak cantek dengan Organik



Kenapa saya pilih Melilea?
Sebab...
1. Dia organik.
Sejak dari kecik lagi, doktor kata, mak kata, nenek kata, cikgu kata...makan sayur itu bagusssss.
Sayur organik la, bukan sayur dari kebun berbaja kimia tu tau.

2. Dia hijau.
Sejak kecik lagi nenek kata, cikgu kata, buku kata....makanan berwarna itu bagusssssssss.
Berwarna macam sayuran, capsicum, tomato, buah berwarna macam apple, betik, tembikai, papaya.
Bukan Twisties ke, jeruk asam merah menyala lidah tu ok. Itu junk food namanya. Adusss

3. Dia tak memberi effect kepada gastrik yang sedia ada dalam badan hakak ni.
Hakak ada gastrik, tak bole makan makanan sebarangan. Kang weng..x pasal. So kena bykkan makanan organik..bebas kimia.

4. Yakin dia membawa kebaikan pada kesihatan usus dan kebaikan kepada organ dalaman yang lain.
Kalau usus dah bersih berkilau, baru la usus lebih mudah bekerja untuk menyerap makanan2 berkhasiat yang lain bukan.
kemudian baru la kecantekan di luar ni berkilauan halus mulus bak sutera cine kan.
kulit cantek, rambut cantek, gigi cantek. Nak tak nak?
Sendiri buat pilihan ok.

Korang agak2 macam mana la rupa usus korang tanpa detox sejak kecik tu kan?..
hakak memang amalkan detox setahun sekali...macam dah jadi upacara rasmi setiap tahun baru,
tapi bagi tahun 2011 ni...hakak bertindak agak slow skit sebab budget banyak lari ke tempat lain dulu......tetibe dah dengar kes kes kawan kawan di serang kolestrol naik baru tersedar semula...cepat cepat nak detox semula.

ha korang macam mana? Rajin puasa? Bagussssssssssssssssss :))

*********************************

"Nah Ly!" kata si budin pagi pagi sambil serahkan 3 item Melilea kepadaku.
1 botol GFO [ Green Field Organik ]
1 peket Serbuk Soya [ additional flavour ni, ada jugak yang pilih flava oren or apple gitu]
1 botol shaker dengan sukatan oz dan ml untuk dosage yang betol

"Wahhhhhhhhh makanan organik ku dah sampai...tak de paperbeg ke agen?" mintakku selamba.

Dia bagi aku seketol2 product Melilea tanpa beg kau.
Apa pesen meniaga ini macam tokey?aku bagi selaser.


Aku bukak drawer korek korek kalau kalau paper beg lama masih ku simpan. Haaa..ada pon plastik beg ESPRIT lama menjadi mangsa.

******************

Misi makan makanan organik dan sehat bermula...

1. Banyakan minum air kosong [ Bermula]
2. Minum Melilea untuk bersihkan usus usus. Detox detox detox. [ Bermula jam 7pm petang - 1st dose. Pukol 9pm aku dah kejamban....reaksi laju dan pantas eh!]
3. Kuraangkan makan nasi dan lebihkan makan makanan berkhasiat iaitu buah buahan dan sayur sayuran sahaje.[Nak kena pegi Giant nih borong buah buahan dan salad...belom bermula]
4. Registerkan diri di GYM. [ belom bermula...masih lagi bersok sek dengan kak Julia tentang jadual waktu..apakah?]
5. Banyakkan bersenam termasok banyakkan berjalan/brisk walking di dalam MALL ...hihi [ Sudah bermula...lokasi bermula di Midvalley acara menonton Nur kasih hari tu...]
6. Ajak beberapa orang untuk jadi Geng Kolesterol Tinggi kena minum Melilea...ada geng baru syiok kan ;) [sudah ada geng, Ah Bob dan Zanatulsakdiah..wakakakak tetibe nama ko bertukau..]

Mula mula aku buat campuran GFO 1 soop dengan soya ni 1 soop jugak, masokkan ke dalam 350 ML air suam dalam shaker...goncang dan teros minum penoh perasaan.

bau dia serius macam bau muntah bayi...muahahahah
Demi nak bersih dan sihatkan usus, aku TEKAD.
korang tahu makna TEKAD?
korang imagine la makan Tau fu Fa keeee....imagine minum soya bean pasar malam ke..bole je telan.

Hahahaha...serius TEKAD kau!!!

Releks releks..selepas 30 min, minum lagi 350 ml air kosong.

Beberapa jam kemudian, panggilan jamban sahut menyahut.
See u later!
wakakakaka

Pesanan : kepada pengamal, makanan organik Melilea, di galakan puasa Organik iaitu
banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran sebagai makanan utama yea adik adik ;)

Selamat berpuasa Organik!

source : MELILEA



Tuesday, August 24, 2010

Pening Tahap Gaban

Hari ni aku berjaya pakai full set PB. Dari bawah sampai atas,MANTAP. Berjaya mencangkookkannya adalah satu kejayaan mega tahan gaban bagi diri aku. Wah! over gitew. As usual, tak over macam buring skit hidup nie.


Oh Yea...masok jam 200 ptg... aku di landa ke gatalan dan kepeningan. Bukan Migraine bukan.
Ini ialah pening penangan tak makan sahur betol betol. Aku hanya telan 2 bijik kurma dan air suam sahaje. Padan muka sendirik. Kentut tak henti2 macam perjalanan keretapi dari johor ke Perlis tanpa henti. Serius.

Tepat pukol 215 ptg...aku bukak...[bukan bukak puasa...elow!]. Aku bukak korset la...amende la korang nie pikir. Ahaks.

Misi gagal separuh jalan. Aku boleh tahan kalau sakit belakang di bahagian pinggang, aku boleh tahan lagi rasa sengal2 angin menusuk2 dalam kepala otak ni, tapi untuk tahap ketahanan menahan gatal dan kulit badan mula membengkak.

Hakak TAK bole tahan.

Okla, nak pegi berbuka puasa dengan encik tunang. Petang ni nak berbuka nasi Arab kambing Kabhsah la.

Chow chin chow.



Monday, August 23, 2010

Hari Isnin yang INDAH


Misi ke pejabat dengan PB - Day 1.

uh wow.
Tapi kena percaya jugak..dah berlaku pada diri sendiri depan mata sendiri.
"Badan I dah slim skit"

Tak mo percaya jugak?
Lantakkk.

Macam mana plak baru 1st day pakai dah slim nih.
PENIPU ar.
Cube cite skit cam ne lak buleh teros SLIM?

Dah sah sah korset ni ketat, dan memantapkan lemak berlebihan terus jadi lemak tepu dalam girdle gitew.
Badan terus terasa slim, tiada lagi lebihan lemak meleleh leleh.
Alahai...malu tau nak ngaku, tapi itulah keBENARannya.

3 kali ke ladies, mencabar jugak dalam bilik kecik ni semasa nak pakai semula.
Lama kelamaan aku dah semakin cekap. Oh yeah!

Esok baru aku plan nak pakai full set, itu ponnnnnnnnnnnnnn kalau berjaya mencangkuk long bra.Ehekz...

Seriusly, kain baju kurung aku pakai hari ni jadi longgar ok. Longgar giler.
Seingat aku, sebelum2 ni...kalau aku pakai baju kurung aku yang satu ni, setiap kali lepas bangun dari duduk, sure kain aku terlipat kesan lipatan lemak yang melampau di bahagian perut.

Tapi hari ni hari Isnin yang BLUES ni, dah tak BLUES lagiiii..sudah jadi JAZZIE gitew....hahahaha
uh wow!
Suke giler nih! Macam susah nak caya, tapi tak nak percaya macam mana, memang kain aku longgar...
asyik-asyik berpusing ke belakang bahagian lipatan kain baju kurung aku setiap kali aku berjalan - jalan.

Maknanya longgar la kan.

:)) :))
:))


HEEE.

Tapikan ...bile petang menjelma,
Genap 8 jam aku pakai PB...memang ada rasa gatal-gatal la. Katanya kesan dari process pembuangan toksik yang di sebut2 orang.
Adeih oh adeih....eee rasa nak garu jek nih.

Aku terus kabokan pada juru rawat peribadi aku
Aku mengadu "Halamak, rasa gatal gatal sudah"
" Jangan garu tau, balik mandi, dan terus cuci PB tu tau" pesan jururawat peribadi ku.

Seperti yang di nasihatkan oleh pakar kecantekan dan kesihatan peribadi aku...huhu
{tibe tibe ko naik pangkat jadi pakar kecantekan peribadi, jadi nurse peribadi macam macam aku jadikan ko....Tash..hikhik, sampai di rumah, aku terus mandi dan cuci dengan pencuci PB yang di syorkan...Wangi}

Waktu balik, aku sempat jadikan diri aku pakar kecantekan peribadi kepada Eynda pulak.Wohoooo Nak jugokkk.
Belakang bonet kete aku je aku ajar dia cara cara pemakaian.
Kite tunggu apa cerita beliau esok yek.

Sampai di rumah, Alhamdulilah... playhousemate aku plak rajin memasak hari ni, maka aku boleh duduk bersenang lenang sajos.
Yariba yaribaaa andre andreeee. Sawan PB kah? HEEE

Hari Isnin yang INDAH.




Sunday, August 22, 2010

Malam mude mudi

Wah! Tajuk...tak ingat laki kauuuu. Hahaahaa..

Ha'ah, malam tadi memang best. Plan asal, lepas berbuka puasa, tunggu cik Tash, pastu tunggu si Dianos bayar bill then nak carik durian 10 ringgit 3 bijik selepas pukol 11 malam sebab zanos habis tarawikh dannnn.....tepat pukol 11 malam, kami berempat aku, Dianos, Tash dan mek teros dengan semangat waja... jalan jalan carik durian.

Hmmm..coner sana tak ada, conner sini pun tak ada.
Tak ada rezeki nak party durian malam tadi.
Yelek.

Kami ke rumah zanos, borak tepi pagar je larut2 malam ni. Maklom la, bulan Ramadhan.
Waktu malam itu pendek je buat pasangan suami isteri gitu. Meoooww.
orang dah kawen jek paham statement hakak tu....ehekz.

Dah agak lama tak berlibur dengan adik adik manis sahaje seperti malam tadi. Akhirnya isteri dan bakal isteri orang bebas sekejap merayap rayap larut malam.
Dapat la jugak berlibur hingga ke larut malam sambil layan kopok lekor yea.
Gelak gelak, kutuk2, sakat lebih kurang...
Wahhh !!!kemain lagi ko yer...manicure pedicurkan kaki laki ko sampai umah nanti tau Tash.
kalau tak jadi ahli nelake ko sok...Wakakakaka.

***************

Hampir 3 kali Tash datang , bawak barang balik, datang hantar barang, balik dan datang semula sebab salah bawak size.
Hamik!!!
Wakakaka...
Bukan senang nak senang kan.

Akhirnya hari ni lengkap lah 1 set barang kesihatan dan kecantekkan bentuk badan di serahkan kepada aku.
1st time nak sarungkan Girldle, bagi aku memang mencabar. Boleh tercirit lah seksanya masa nak memakainya .
Bile di belek2...di belek2 ...di belekkkkkkkkkkkkkk ...BERTUAH punya budak.
Ko kasi aku salah size ehhhh.

Si Tash bagi aku size untuk muat muat montot n lemak si Dianos yang kurus slim tak de lemak tu ha. Mananya aku tak menderita sebelum waktunya.
Ces..hahaha

Nasib baik la pembeli kenal sangat dengan juru jual, kalau tak aku saman ko bawak aku vacation ke Perth taw.
Miahahaha...terseksa siot.

Anyway, atas kegigihan Tash datang pegi datang lagi dan lagi ...aku maafkan je lah dia.

Percubaan pertama memakai full set hari ini berjaya.Siap melompat2 la nak padatkan lemak yang ada...miahahaha dah macam rupe kuda meroyan pun ada gaya masa pakai girdle nih.

Berpeluh2 ketiak, dahi dagu lutut peha celah semua kau.... Rata rate yang punya pengalaman memakai barang ni berikan testimonial yang sama. Mula mula tu memang la payah sikit, barang masih ketat lagi ..tak biasa lagi...lama lama dah biasa nanti. Kacang saje.

Aku akui bahawa apabila dah pakai badan aku terus rasa kemas dan angin2 dalam badan berpusu pusu nak beli tiket...eh bukan nak melepas ke udara. Wakakaka....

Rahsia Slim Terhebat!

Me kasih yek Tash, belanje num & keropok lekor pagi tadi. Sahurkah itew?

Hihik.


Friday, August 20, 2010

Mulut Manis Semanis Madu



hari ni aku dapatkan 2nd buyer utk adik manis dalam seminggu.
Wohooooooooooo

....jangan tak cayeeee...

" Dah alang2 akak aktif ni, apa kata akak jual jugak" ayat adik manis padaku siang tadi.
Aku " Erkkkkkk...aku sibuk ngukur badan orang, baju kawen aku tak berukur2 lagi ni dik oiii...
Tahon depan je la aku fikirkan yek"...

Bole gitew? ;))

Buat masa nie...
hakak tolong2 ko sebab sajeeeee nak TOLONG.

HEEE...

***
Tadi dah try pakai ...tapi gagal.
Ehiks...x sabo sabo.



Psttt : kan den dah kato...perempuan sanggop pejam mata untuk CANTEKKKK.