Friday, August 6, 2010

Betulkan NIAT

Jumaat...Sejak dari dulu dari bangku sekolah aku memang suke menulis.
Tak kisah la...janji menulis.

Aku suke, diary, buku dan pen.
Suke sangat2

************************************

kenangan tak boleh lupa,

Aku gemar sangat2 menulis sampai lari dari tajok...dah la 3500 perkataan kan kena menulis karangan zaman sekolah dulu dulu...Kelako kalau di kenang kenang balik.

Imaginasi aku memang di luar batasan waktu itu.

Macam macam denda cikgu bahasa Malaysia yang mengajar mendidik aku agar tidak menulis lari dari tajok.

Tapi hingga hari ini, kerana dia lah juga, aku masih terus menulis untuk document2 kerja di pejabat, menulis blog, {{ada orang baca jugak ke blog "suke suke aku nih?"kalau korang tembel perasaan dengan tulisan aku ni, korang tanggong sendiri eh..hahaahhh gasakkkk. Janji korang heppi sudey...:) }}

menulis poskad buat keluarga dari perantauan.{{ Abang masih simpan pos kad pos kad khabar berita yang aku hantar masa aku belajar di negara orang tau...Masok bakol terhempas sendiri kejap...:)) }}

Semuanya itu membantu membentuk aku menjadi manusia lebih baik meluahkan apa yang terpendam dalam hati dan

minda sekaligus mendewasakan dan menginsafkan diri aku.

Hah!

.kalau di kenang kenangkan memang tak mahu dah menulis selepas kena berdiri di belakang kelas mengadap DINDING sorang2 dan di tertawakan rakan rakan dari kelas sebelah.

Sunggoh MEMALUKAN ok.

well...
Namon hidop ini perlu di teruskan. Aku suke menulis..so aku tetap menulis walaupon cikgu tak suke tulisan aku.
The end.


*********************************

Sementara menunggu waktu makan, aku layan blog2 harian yang PASTI aku jeling. Setiap hari...

Halamak! Tak bestla camnie...
Apa kes pulokkkkkkkkkkk???????????


http://ondscene.blogspot.com/2010/08/blog-ondscene-akan-ditutup.html

Satu lagi kerugian kepada masyarakat jika ini berlaku.

Hasad dengki, busuk hati adalah milik sesetengah manusia.
Kalau kite di keji, di hina, di fitnah....sape kata kite sebagai manusia tak akan rasa SENTAP memang confirm
memiliki hati batu.

Tapi bagi aku, selagi kite berada di pihak yang benar, tidak menyusahkan orang lain, dapat berbakti kepada masyarakat walaupon bakti kite kecil hama, ianya tetap memberikan IMPAK baik dan BESAR kepada sesetengah manusia yang memerlukanNYA.

Aku harap http://ondscene.blogspot.com/2010/08/blog-ondscene-akan-ditutup.html tidak akan berlaku.

Aku setuju dengan sesetengah pembaca blog ini, biarkan saje mereka dengan ke jahilan mereka.
Kite jangan sesekali lemah dan goyang, malah kite sepatutnya menjadi lebih BAIK dalam kerja kite lakukan,
kekalkan mutu dan keUNGGULAN kite.
Kalau ada kekurangan dan kelemahan, amik iktibar dan bimbingan dari mereka yang lebih pakar sebagai sokongan memperbaiki kelemahan kite.

Semuga ALLAH melindungi penulis penulis.

http://ondscene.blogspot.com/2010/08/blog-ondscene-akan-ditutup.html

Menulis untuk kebaikan kebenaran motivasi infomasi adalah JAUH lebih BAIK dari yang MENGEJI ...
apa salahnya teruskan?

Moral : Niat bio betol sudey...:)





No comments:

Post a Comment