Showing posts with label Hijab. Show all posts
Showing posts with label Hijab. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Macam mana nak simpan tudung yang banyak ni?



Ada orang simpan tudung ...gantung { banyak makan space bilik cenonet kak lola kalau camni...}
Ada orang simpan tudung bertaburan dalam bakul... {ni bukan simpan, ni campak jer..hikhik}

Well,
manusia dalam muka bumi ni kan macam macam ragam...maka,
macam macam cara & ide juga untuk simpan tudung kan ;)

Bagi kak lola,
kak lola suke dengan cara camni...
ide di ceritakan oleh sorang adik manis...bile dia nampak makcik dia organize tudung berawning.

Senang nak pilih color sesuai dengan baju pagi2 bute nak pegi kerja... :)

Lipat kiri dan kanan tudung ke tengah.
gulung,
masokkan lebihan kain gulungan ke dalam awning..untuk jaga awning tak cepat kedut/rosak.
simpan dalam box.

Tada...

Alaaaa..leceh la nak kena lipat2.
Malas!

***

[Mari baca ini cerita...semalam sahabat kak lola pakai baju ala ala jubah merah berbunga2 dengan
tudung baldu kaler merah jugok bercorak,
kombinasi merah cili di baju dengan merah maroon di tudung menampakkan beliau sarat dan serabut dan
tak match.
Well, selalunya kalau tak kena dik mata...kak lola amik tindakan diam kan diri je.

kedengaran...suara

abang sayang menegur sahabat.."apa ko pakai tudung macam ni..pening la"
sahabat ...ala aku Malas la...hari hujan, anak aku bangun lambat nak ke sekolah..malas dah aku nak pilih2 tudung...Lily yang ajar aku pakai macam ni "

Aku yang duk sebelah meja...
Dussssssssssssssssss!!!! tibe tibe nama aku UP di situ.
Rasa nak bukak silat drunken master swing kau lipat jadi meja sebab babitkan aku dalam bab KEMALASAN.


Kalau dah untuk kebaikkan diri sendiri pon malas,
hmmm..agak2 diri tu rajin bebenor tak buat kebaikan untuk orang lain?


Renung renungkan.
Malas bukan sifat dan sikap yang aku BANGGAKAN.
Sile jangan babitkan aku...aku tak suke.
Alaa gurau je...Aku TETAP tak suke. Aku serius.Full stop.






Tuesday, October 25, 2011

Di mana nak beli selendang best?

Happy Tuesday yall,

Meh la adik adik yang suke selendang design lovey dovey , polka dot dot dot dari kain satin...meh la

Seledang kegemaran remaja masa kini dan banyak lagi...


semestinya ada di JUMAA

Minggu ni...JUMAA datangkan stok selendang dengan design hanya untuk mude mudi :)
sangat cumil

Pst : designer dah ada kerja tetap...nampaknya uploading task slowing down.
Dugaannnnn 




Friday, October 7, 2011

Menjemput Anda Semua

Hari Jumaat 2011
rasa nak tulis kad jempotan tibe tibe...


Assalamualaikum,


Kehadapan pembaca setia blog saya yang saya kasihi,
kepada pembaca baru nak baca blog saya, yang saya hormati,
kepada pembaca blog saya yang baru terserempak seminit tadi yang saya kasihi sekalian, :)
dengan ini...


Saya, suke cite menjemput makcik-makcik, kakak-kakak, adik adik, remaja jelite semua, abang abang, encik encik suami yang mencintai isteri-isteri di rumah bersama anak anak.
Sudila kirenya bang seminit dua, klik SUKE akan page kedai hijab maya kami yang tak seberapanya di JUMAA atau pun JUMAA OH JUMAA di buku muka ( rasa macam nak bagi hadiah KLIK PEMINAT JUMAA OH JUMAA yang bertuah pun ada ni...tibe tibe dapat ilham..ok ke? )
Di harapkan semuga dengan kemunculan JUMAA di persada maya dapat memeriahkan dan menambah seri lagi industri hijab Malaysia.


Syukur Alhamdulilah & Terima kasih tak terhingga,
kepada Allah yang maha ESA kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya serta rakan rakan  berkongsi cita rasa dan minat kami yang sama terhadap dunia fashion muslimah dan style hijab era ini bersama anda semua.
tak lupa jua ...
kepada pelanggan pelanggan setia dan yang baru nak setia dengan JUMAA yang sentiasa percaya dan menyokong kami.


Andai ada komen atau teguran membina. 
Usahla segan silu...sudila kirenya utuskan kepada kami yang terbuku dalam dada di email kami MYJUMAA@Gmail.com


Salam Jumaat & Salam ceria sepanjang hari buat semua. :))







Friday, September 30, 2011

Syria ARAB kami jual di gemari ramai

Sejak hari Rabu...
Dugaan ujian datang silih berganti.
Mungkin ramai yang melihat kami, seronok meniaga dapat duit tiap tiap hari.

Tapi

mungkin ramai juga yang TAK DAPAT melihat kami, tersedak2 masa makan nasi sebab terkejut kejut dengan berita yang kami terpaksa tempuhi.

1. stok baru yang aku tunggu tunggu, tak dapat aku genggam sebagaimana hajat di hati.

CEO " Petang ni amik, nanti hakak nak snap gambo siap siap dah boleh publish pada customer.
Sms akak bila dah sampai rumah yea.." atur cara aku berikan pada adik manis merangkap pegawai stok

Petang khamis...
"Kak, pembekal demam. Dia kata esok saje. " balas pegawai stok.

2. Jumaat...
CEO " Stok baru ko pi amik pkl bape?"
CEO 2 " Petang lepas habis kerja."
CEO " Ok, dah sampai rumah sms akak, akak pegi ambil"
CEO 2 "Kak, anak pembekal pulak demam hari ni. Dia kata minggu hadapan sahaje. " balas adik manis.

3. Jumaat , petang sikit
CEO 2 " Kak, customer kata tudung tak dapat lagi...mana copy tracking number pos laju?
CEO " Ada kat office..dalam drawer. Akak nak buat filing kunun pegi la check kat sana"
CEO 2 " dah amekkk ..patutnya sampai pada customer hari ni"
CEO " GLUP sorang sorang kat rumah sambil makan cekodok udang"

Well...
asas dalam menjalankan perniagaan...
Dalam apa apa perniagaan pon,
tak kire la..perniagaan nasi lemak bungkus ke,
perniagaan jualan langsung COACH tanpa butik ke..ehiks :))


pasti ada ribut taufan yang melanda.


Sebagai penjaja aku hanya mampu bersabar tahap dewa mengawal keterujaan dan risiko2 yang tak banyak, sedikit pasti ada melintas sekali lalu.

Dalam saat saat camni...aku setuju dengan kata kata ilmuan...
Sabarlah dalam BERSABAR. 
Banyak banyakkan berdoa.
Jangan gopoh, { kadang kala apa yang kite mahu lambat dapat, kadang kala cepat , kadang kala Allah jauhkan dari sebarang kemudaratan }
Jangan sombong. { banyakkan berdoa, usahlah sekali doa sahaje...pastu apa yang kite hajati tak dapat kite sombong tak mahu lagi berdoa memohon kepadanya...mana ada ubat mujarab sekelip mata kan.....kite tetap kena sapu dua tiga kali jua...baru mujarabkan..sama lah jugak dalam berdoa... }

Alhamdulillah...
dah dekat dekat nak senja..aku terima sms dari adik manis pegawai komunikasi dan stok

pegawai komunikasi melaporkan"Kak, customer dari Perlis kata Tudung sangat BEST!!! Fabric dia pon syok...sangat suke! "


Syukur sangat ke hadrat Illahi aku di berikan peluang menikmati kegembiraan di kurniakan hari ini.
Motto minggu ini  " Kepuasan pelangga adalah kepuasan JUMAA jugeeee" .

Bole gitu? :)

Hey u! jangan lupa LIKES JUMAA


Friday, September 23, 2011

Di mana nak beli tudung SYRIA cantek?

Uik!
Harga berpatutan betol nih...



Hanya di MYJUMAA  ;)...buat apa membazir-bazir kan kalau bole berjimat...Ye tidak?
Boleh pakai dengan baju turqoise pekat, turqoise cair pon boleh.
Boleh pakai dengan baju hitam, puteh pon boleh.
Wah!

berbaloi2 ...betol tidak? Hee...

Aha! yang menariknya...team MYJUMAA adalah antara businesswomen yang percaya kepada fesyen muslimah moden yang praktikal, sesuai di pakai untuk macam macam activity tetapi tetap maintain elegent dengan harga yang sangat munasabah untuk semua golongan.

Apa tunggu lagi...jengukla MYJUMAA


Sunday, July 24, 2011

Macam mana nak pakai Tudung Bawal Cun ni?




My 1st tudung bawal...Heee.Excited!

Minggu lepas,
budak office aku baru balik dari seberang...family vacation katanya. Bapak dia ni suke explore kampung2 yang menghasilkan product kulit lembu asli di sana. Dengar cerita je, aku teruja.Nganga...
Perkhidmatan transportation menaiki kereta kuda masih menjadi pengangkutan utama di kampung itu ok. Wah! tak teruja kau...macam kisah dalam drama sinetron kan...Ehhh ini kisah benar yek adik adik... ok.

Macam macam dia bawak dari sana...
ada kek brownies kukus Kartika sari,
ada telekung dengan kerawang, telekung kerawang 1 layer 2 layer,
ada tudung Bawal bermanik atau di kenali sebagai Kerudung Paris Payet di seberang,
tudung berhood di panggil kerudung hoodie, dan macam macam lagi lah.
Ada gaya tokey tudung tak hakak?hahahaha...

image dari dianrainbow yang cantek.



Aha!
Kepada peminat tegar Dian pelangi, budak budak kat office hakak tu memang berebut rebut nak dapatkan tudung berhood sebab aku rasa belum hangat lagi pengeluaran tudung sebegitu di Kuala Lumpur.

Aku pulak sibuk rebutkan tudung bawal...Hahahah Alahai...Tudung bawal pon nak berebut ke kak lola? Tudung bawal kan berlambakkk di pasaran.

AHaaaaaaaaaa!betol..betol memang betol.

Aku lihat Dian pelangi pakai tudung bawal zaman Mak Andak aku pakai di kampong dulu. Cun siot!
Vintage ke hape korang panggil...Hahaha...Dik kerna tudung lama zaman masa mula mula keluar dulu.kini dah jadi barang antik zaman ini lah yang kak Lola excited nih.

Aku amik tudung bawal bermanik untuk Aidil fitri nanti. Heee...cantek tak?

walaupon hanya tudung bawal...tapi tetap rock!


Erk! masalahnya kan...
aku mana reti pakai tudung bawal? Uhuks...Siasat siasat...


Terima kasih yek Najah....sekarang hakak dah tahu camne nak gayakan tudung Bawal lip lap Aidil fitri hakak nanti.
Bagus sekali ..Arigatokkk;)

ps : Kat mana nak beli hoodie tu?
Sile visit : Noor Hijab ;)


Friday, July 1, 2011

Syurga Shopping Di Mana?



Letih sangat, tapak kaki sakit dan mata dah mula mengantuk.
Tapi gigihkan jari jemari nak kongsi kisah siang tadi...:)

ZZZZZZZZZzzzz..
eh! tak tak tak..belum tido lagi.
Tarik nafas kejap amik feel.
Heeeeeeeee.
okeh mulakan.

Aku letih sangat dan sakit2 tapak kaki sebab baru balik dari Syurga..Heaven u...Heaven.

Amboihhhhhhhhhhhh!
baru masok 3 minggu bertudung hijab dan berselendang ... dah berangan masok Syurga bagai kau ye.

CHop! chop chopppppppppppppppp. Astarghfirullahalazimmmmmmm,
bukan begitu donk...
Kak nun baru balik dari Syurga membeli belah di Jalan TUANKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, Malaysia laaaaa

Kedai mula mula jadi mangsa aku ialah kedai MUAZ.
Kalau naktudung terkini yang murah, apa salahnya ke MUAZ kan.Yang penting..carik perkataan " TERKINI" atau " NEW ARRIVAL". Yang aku agak perok sikit tadi ialah signage bertulis " SELEN DANG". Aku ingat jenama tudung terkini...hahahahah rupenya perati betol2. SELENDANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aduila bangla ....bikin kecoh ar jarakkan pulak ejaan tu. Kelam kabut hidup gue kejap. Kahkahkah [ Jakun sunggoh i kan..hiks ]

Kalau nak yang mahal pon ada..sile ke F&F collection.
sehelai cecah RM3 hado, Sehelai cecah RM30 pon adooooooooooooo.
Beli banyak2 berlori dapat la harga muroh..ye dok? Kalau beli sehelai nak harga muroh sampai RM3....haih! tak ada la berlambak2 abang bangla kat Kuala Lumpor ni Meymunah oiii...:))
Design unik, cantek bergaya elegant meletop menarik memang the Bom lah!

Alkisah....Inilah Syurga Shopping Dunia...
Banyak giler shawl di sini okeyyyyyyyyyyyyyy. Rambang mata gueh.


Hakak cun..buat pe tu???

ini hakak Re ita.

Kedai Re'ita ada menyediakan selendang dengan design terkini dan cute2. Suke sgt!
Hakak ni juge sediakan khidmat betulkan awning tudung dengan murahnya. Best kuasa Dua!
Hakak ni juge seorang yang sempoi dan rock giler bagi harge.
Pasti kembali lagi...

Nota Penting Lokasi kedai : Berhadapan dengan BATA.

Ahaaaaaa! Kedai di hadapan kedai Reita jugak ada kedai selendang dan tudung sarung yang cantek2. Di sebelah kedai Reita jugak adalah kedai tudung dan selendang, begitu juga kedai di hadapannya dan seterusnya jugak ada lah kedai tuduung dan selendang dan kain dan inner baju, dan inner tudung. Haussssssssss nak cerita. Yang pasti...


Semuanya ada di sini...tak payah la terbang lagi ke seberang nak borong tudung.
Sebab bagi aku yang belum pernah ke seberang, berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur pon dah rasa seolah2 berada di seberang gitooooooo.;)

Habis duit,
Suke hati...yeay!
Selendang dan tudung menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri. Siap!
Tak payah nak berlekit2 di malam Ramadhan dah nak carik selendang dan tudung raye.
Shopping hari ni memang Heaven, orang tak ramai. Harga mantain sedap!
Bijak bukan? ;)
Sementara tunggu selendang ku di Awningkan...posing sudah semestinya! Cheeseeeeeeeeeeeee ;)

Belum apa apa sudah bikin Haus...
kite minum duluuuuuuuuuuuuu


8 jam merayau2 di Jalan TAR sampai la kecelah Jalan Masjid Jamek.
Singgah sogo layan Fruit cocktail kejap.
Tapak kaki dah keras macam papan.
Jom balik.
Ayak! saing pulak dengan orang balik kerja.
KL Jammed macam hari hari biasa. Tapak kaki kalau boleh menangis. pasti dia meraung. Kah

Jumpa esok di puncak Bkt Gasing esok kay .
Nite-nite.
ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, June 30, 2011

Happy la hari ni



Wohooooooooooooooooooo!

Blog kegemaran hakak dah jadi champion blog paling utuh abad ini ....wohoooooooooo senyum manis celah laptopn tumpang gumbire. Heeee
Pageview TiffinBiru telah di cicahi seramai ENAM juta pembaca. Phewwwwwwwwwww...kalau di tukarkan dengan uwang.

Phewwwwwwwwwwwwwww...umpama mimpi dalam mimpi gitu.
Tapi hakak tolong gembire dan tumpang terbeliak bijik mata jugak tengok entri dia hari ni.
Eh! hakak pulak yang excited. Apa hubungan? hahahahahahaha

Dannnnnnnnnnnn,
pagi ni lepas tengok entri beliau, hakak pon jeling2 la kat hakak punya pageview. eh eh! Enam jugak...hahahahah
tapi Enam ribu saje.Hiks. Sama kan sama kan? Kite sama laaaa....:))

Sadis campur sayu perasaan tibe tibe apabile ..blog personal suke suki macam hakak punya ni pun ada pembaca sudi baca.
Terharu betol... :)).
Time kasih time kasih...[bongkok2 macam lepas habiskan persembahan teater di hadapan penonton... ]
Link
******

Hakak jugak happy hari ni sebab semalam hakak pegi amik jam hakak yang tertinggal di rumah anak buah hakak kat Bangi. Dia tu tokey jual tudung online jugak.Shoppink la apa lagi kan...;).
Tudung style apa plak aku nak sambar kali ni yek?Hmmm....

image kopi dr : Beautiful Nara...mintak skit ye bang.
Cantek kan Fazura pakai Syria..i loike..


Petang tadi nampak Fazura pakai syria...cun sangat. Terus jatoh hati pada SYRIA...

Dah alang alang lepak tu..kami borak borak tentang kisah keluarga.
Kebetulan cousin hakak iaitu Ibu kepada anak buah hakak si tokey tudung ni pon ada. Aha!!Lagi la meriah jadinya.
Cousin hajak akak belajar masak masak di rumah anak nya. Cousin hakak ni memang pandai masak, suke masak dan macam macam la dia pandai....gossip pon pandai. Hiks.
Dia kata dia nak jadi cikgu. Dia nak bukak kelas.Hakak plak teringin nak jadi student.
wah! menarik nih...detik dalam hati.
Sebeno benonya , hakak ada jugak niat terpendam suke nak masak masak ni...tapi sampai saat ini ianya masih dalam bentuk niatla. Kahkahkah.
Hampas je ayat kan :))

Resepi pertama yang cousin hakak hembos semalam dengan lancar dan mudahnya ialaah kuih seri muka.
"bla bla bla ko blend semua lapisan atas ly...mana ada susah" gitu hembosan kata kata cousin.

dah ko hari hari buat memang la tak susah, yang aku ni blender pon ntah letak mana...alaaaa kasssim :))

Habis chit chat tentang keluarga, ada makan malam disediakan cousin hakak.
Wah! lepas shopping tudung dapat pakej makan malam lagi.
Mana nak dapat woi.
Only di Niece's house.
Hari yang happy....Best!

Tuesday, June 21, 2011

Senam la woi - Episode Body Tone



Awek baru bertudung dengan
awek dah lama bertudung berjalan seiring menuju ke Gym petang tadi.
Untuk menuju ke Gym, ke dua dua aweks terpaksa melalui depan cafe.
Di Cafe...pastinya ramai pak we-pakwe IT yang lepak berehat minum petang hilangkan lelah seharian bekerja.

Tibe tibe kedengaran satu suara yang sangat kuat melaung dari arah cafe...

"Etonnnnnnnnnn...etonnnnnnnnnnnnnn[ bukan nama sebenar ]" suara kuat itu melaung jelas memanggil Eton awek manis yang sudah lama bertudung. Kawan si Eton agaknya pemuda itu.
"Sapa Ton?" tanye awek baru bertudung kepada Eton.
"Ohhhhhhh si Demang [ bukan juga nama sebenar ]" sambil ketawa kecil Eton memandang si Demang yang dengar beritanya baru pulang dari umrah.

Kemudian, laungan suara Demang bersambong lagi...
"Awek tu dah pakai tudunggggggggggggggggggggg " jerit Deman dengan nada budak budak kampong mengorat anak dara orang di tepi pagar petang petang sambil bertenggek atas motor.

Awek bertudung terus melangkah pantas , tidak langsung menoleh kearah suara laungan itu.
Ada rasa segan dan ada jugak rasa malu menjengah dalam dada.

"Awek dah pakai tudung... sombonggggggggggggggggggggggg...sekaranggggggggg" Demang masih melaung-laung.

Adussss.
Kasihan betol pada si awek bertudung. Habis sekampung tahu dia kini baru sahaja bertudung.
Kasihan jugak pada Demang kerana terserlah sunggoh kekampongannya menjerit2 sebegitu rupa.

Redha je lah...

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Aku masuk ke kelas Body Tone buat kali ke dua petang tadi. Kelas hari ni agak seronok dengan steps tarian yang baru. Agak penat kerana banyak lompatan yang perlu dibuat. Kalau di bandingkan dengan kelas Kick Boxing.Kick Boxing lagi ganas bagi aku. Sengal2 badanku di buatnya.

Esok nak join kelas Latino dance pula,
harap2 jangan la si Demang terjerit melolong2 lagi macam tadi.


Tuesday, June 14, 2011

Dari kerana Mata - Respect -





Tepat 12:57 tengahari...

Tak sepatah perkataan keluar dari mulut tag team aku sejak pagi tadi...si Al Bud.Kami mesra...dah bertahun lamanya.Ada sahaja gelak ketawa, hilai tawa di pagi2 hari membelah kesunyian office kami. Iye.
Kami memang terkenal..kecohrable sentiasa.

Tapi hari ni..hari pertama dia melihat aku bertudung...pagi ni jadi sunyi.
Dia diam. Aku turut diam jua. Saje.HEE...
Akhirnya tepat jam 12:57 tengahari, beliau mendekati sahabat aku di sebelah work stationku.
"Sepatah tak bercakap lagi dengan kawan ko Ha" kata si Jejaka malaya.
"Malu aku jadinya " tambah si jejaka malaya.
"Ko tergamam ke..Bud? Nyampah aku tengok ko..." Sahabat meja sebelah aku menambah sambil capai plastik kerepek pisang.

Aku hanya terkepot senyum sipul dengan gelagat mereka berdua. Aku sengaja mendiamkan diriku. Melihat sahaja reaksi mereka buat hati aku gelihati...dan buat aku lebih mengerti tindakan mereka terhadap aku selama ini.

Memang banyak bezanya kelakuan dan perlakuan jejaka2 malaya dengan perubahan diri ini.
Berbeza.Sangat berbeza.
Aku cerita pada sahabat2 yang lain di office akan reaksi jejaka malaya terhadap ku.
Sahabat kata " mungkin jejaka malaya lebih respect diri akak yang sekarang berbanding yg dulu".

Tapikan..ada la jugak jejaka malaya yang jenis TETAP suke meraba2 ni.
Masih lagi suke ambil kesempatan jalan dekat2 dan tak pasal2 nak jugak bersentuhan kulit.
Aku rasa nak bagi kickboxing sepuloh bijik jenis ni.
Haih!
Kenapa ek jejaka Malaya? Apa lagi yang kurang?
Jejaka tak Malaya tak pulak berperangai sebegitu....

Haihhhhhhh...





Dari kerana Mata - Episode 3



image - Goog.

Hari ni aku masuk keje macam biasa.Niat hati...harap2 tiada lagi jejaka jejaka malaya yang usik mengusik tak henti2nya dengan perubahan aku ini. Dah masuk minggu ke 2 ni.

Al Bud tag team aku pon dah masuk berkerja semula selepas seminggu bercuti.Hari pertama dia lihat aku bertudung.Dah tak kenyit2 mata lagi pada aku macam dulu. Dah tak usik2 dan bergurau nakal lagi dengan ku...setakat ini. Dah tak datang dekat2 dah...nak meninjau apa yang aku lakukan di laptopku.

Aku lebih mudah fokus pada kerja sekarang . Alhamdulillah.
Doa ku di makbulkan Allah agaknya.

Jum pegi GYM plak petang ni jum ...:)


Psst :: aku bukak cerita pasal Nora elena semalam. Elena dah tahu siapa "hanjing jijik" yang menitikkan titik noda hitam dalam hidupnya suatu waktu dulu. Sedih gok siri semalam. Bergonang air mato den lah. :((
Sahabatku si Lindah hamilton yang tak follow drama ni tibe-tibe ajak pegi MPH lunch nanti. Nak beli bukku cerita Kasih yang Suci katanya.
Nak komisen kak Meen!! ;)

Friday, June 10, 2011

Nak pakai Tudung, pakai Betul betul


Abang call...dah sampai LCCT pukol 11 malam.
Aku bergegas ke LCCT nak amik abang dan kakak serta anak buah ku baru kembali bercuti dari New Zealand.Aku sambar shawl. Tapi aku tak pakai inner. Aku selimpang sana, selimpang sini. Siap. Aku nak cepat. Aku tak suke buat abang dan kakak menunggu lama-lama.

sampai di LCCT, pukol 12 malam.
Banyak kenderaan beratur mengambil dan menurunkan manusia manusia yang terbang sana dan sini.Abang hulurkan cenderahati buat aku dan encik suami. Seronoknya. Aku dapat apa ek?
Abang kata, ada coklat. Ada fridge magnet. Yey!
Ada lighter juga untuk encik suami.

Salam salam, kami berpecah. Sampai di rumah...selepas cuci muka. Aku dah nak masok tidur. Tibe tibe...
"Kalau nak pakai tudung, pakai betul betul"... Suara encik suami memecah keheningan 1 pagi.

Erk!
ZZZzzzzZzzzZZzzz