Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

Sepuloh Akhir Ramadhan


Zikir terakhir sebelum ramadhan pergi meninggalkan aku lagi...
tabahkah hati ini meneruskan liku liku kehidupan yang serba mencabar ini, sama dan serupa ketika aku menjalaninya
dalam bulan Ramadhan?

Playhousemate ku dah berkemas kemas nak balik ke kampong berhari raye dengan ibu ayah sekeluarga.
Beruntungnya mereka yang masih memiliki ke dua dua orang tua.

hatiku ini hanya mampu menumpang kasih sayang kakak dan abang di Syawal yang bakal tibe tak lama lagi.
tak mahu sedih sedih, tak mahu sayu pilu...aku lafazkan zikir tak henti2...


*******************************

Allahumma A’atiqni minan-naar, wa-adkhilni jannataka yaa rabbal ‘alamiin,
birahmatika yaa arhamar-rohimiin

Ertinya: Ya Allah bebaskanlah aku dari api neraka, dan
masukkanlah aku ke-dalam SyurgaMu,
Wahai Tuhan semesta Alam, dengan sepenuh RahmatMu,
Wahai yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihani.

Aku mohon ketabahan, kekuatan dan keberanian ya Allah agar aku mampu melawan hawa nafsu ini.

Amin.

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Sebelas


Tersentuh hati ini dengan kata kata tulisan dari Halaqah...

Buat peringatan diri sendiri...

********************

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya.
Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya,
memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya.
Jika dia enggan maka berikanlah
sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan,
sepertiga kedua untuk minuman dan
sepertiga terakhir bagi pernafasannya.

(Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Allahu Akbar... segala galanya telah di aturkan secantek mungkin buat HAMBANYA.
Lalainya manusia dengan NIKMAT ALLAH.

Dalam Fadhilat Ramadhan yang aku temui pagi tadi juga ada menyatakan...Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan
di manakah kamu akan berbuka?”
Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

*******************

Apakah zikir terbaik buat Ramadhan ke 11-20 hari?

Allahummaghfir tzunubi yaa rabbal-’alamiin
Ertinya: Ya Allah ampunilah segala dosaku, wahai Tuhan sekelian alam

Alhamdulillah...dah masok ramadhan ke sebelas hari.
Aku tak dapat tunaikannya...Almaklomla... perempuan.
Perempuan normal memang begini. Ada masa masanya perempuan di rehatkan dari beribadah kan.

***********

Adik manis akan bawa set terakhir untuk kempen menjaga bentuk badanku lepas zohor nanti.

Kemas rumah wei kemas. ;)

********

Kakak call lagi bertanyekan khabar, dia macam tahu tahu saje adiknya rindukan suasana berbuka di rumah.
Arghhhh kakak dan adik kan sedarah sedaging.
Gerak hati kami adik beradik kuat agaknya.

Nak jumpa kakak lah sambil cuci cuci mata. Dah lama tak borak2.
;)


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Dua

Alhamdulilah...

Bersahur ala kadar jer...Kurma 3 bijik, minom air kosong, sampai gelas kosong.
Badan terasa amat berat.

830pagi, aku dah bertugas. Suasana agak sepi di office. Masing masing senyap sunyi tak bersuara. Kawal nafsu kumpul pahala nampaknya kawan kawan office aku. Jam di laptop berlalu kurasakan amat perlahan. Aku sibukkan diri menyiapkan paper work project baru...target date : MONDAY.

9:00 pagi - 11:00 pagi..di antara waktu itu, aku tunaikan solat sunat Dhuha yang aku pelajari semalam.
Alhamdulilah juga, aku dah hafal dengan lancar surah Dhuha dan doa keberkatan rezeki di hujung solat.

Pergh!!! Productive giler hari ni.
1:00 pm, Waktu lunch, aku tak keluar...jimat 1 jam untuk amik peluang balik awal 1 jam. Kawan kawan aku di KL semua balik pukol 400 petang ok.

Nak menunjukkan aku sangat sangat productive hari ni, aku sertai geng abg printing di bilik printing untuk verify kerja kerja mereka yang bakal di hantar kepada client esok pagi. 1 - 44 penyata Ahli Club bank C*** aku siap verified. Aku pandang jam di tangan, 4:30 ptg.

Laaaa belom pukol 500pm, kerja ku selesai.

Aku cemburus.

Manakan aku tak cemburu. Aku nak balik awal sebab aku nak masak juadah berbuka puasa di rumah ok. Bulan ramadhan ...berpuasa tahun ni, aku nak makan hasil air tangan sendiri. Aku dah masak sangat sangat dengan kualiti jualan di pasar ramadhan dalam negeri selangor ni. Lebih tepong dari keledek, semuanya tak asli. Pendek kata tak ikut standard ISO 9001 tekak aku ni ha. Bole komplen camtu?

Eeeeeeeeeeeeeeeeeee geli tekak dengo eh!
Miahahaha....aku pun geli gak. Nak muntah kat mana nih??? Wahahaha...
Tapi kalau korang fikir betol betol, apa yang aku katakan tadi sangat betol. Mana tidaknya, ketika kite berpuasa perot kite lapar, begitu juga mata kite. Apabila nampak pelbagai juadah dengan warna, bau dan masakan harum menusuk ke lubang hidong...terus ke mata teros di seret ke cell cell otak. Tak ke semuanya NAMPAK BAU NAFSU SEDAP bergelora.

Tu pasal pakar shopping bagitau awal awal, kalau nak shopping pun..pastikan perot kite kenyang. Kalau shopping di kala perot kite lapar...apa yg nampak dek mata itu lah yang kite lahapkan. Lapo mata bak kata nenek.

So untuk berbuka hari ni, aku masak ikan selar masak pindang bersama hirisan cili padi dan tomato. Perghhhhh kalau di tenyeh2 cili padi dalam nasi panas, beralasakan ikan selar. Sodap sunggoh tokak den raso haa.

Puji diri sendiri sebab diri sendiri masak diri sendiri telan bersamaan masok bakol, terhempas sendiri gitew. Yea itulah diri saya. Wahahahaha...Gasakkkk :))

Menu kedua ialah..sambal tolor. Macam tak kena jek kombinasi lauk pauk ko cik Lily? Tak kena ek? Dah itu je yang ada kat dapur ku...Heee...

Menu ke tige pula ialah...playhousemate aku pi beli jugak kat pasar ramadhan dekat area rumah kami...iaitu, karipap kentang, popia goreng, agar agar sirap, ikan bakar, ayam dengan kuah budu, murtabak, buah tembikai merah dan air kelapa muda. Semuanya dia makan sorang...Ini ialah perkara normal.

Aku makan jugak karipap..sebab Sedap!


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ku ke hadrat Ilahi memberikan ku kesempatan sekali lagi menunaikan ibadah puasa ku tahon ni.

Alhamdulillah.

Alhamdulilah juga kerana, aku di beri peluang makan tengahari bersama sahabat2 seperti yang di rancangkan. Kempen berjimat cermatku...BERJAYA dengan GEMILANGNYA.



Horayyyy!

"Lepas puasa, lepas raye, lepas 2010 pun kite bawa bekal jugak eh!"begitu niatku luahkan pada rakan rakan.
sahabat sahabat menyambot cabaran tanpa rasa gentar.

Boleh jimat dan boleh simpang {{{wakakaka sejak bile aku jadi org Gannu pulok neh}}} wang banyak banyakkkk . Semangat menyahut cabaran menjadi jutawan tahon 2011 melonjak- lonjak.wink * wink.
Projek baru huhuuuuuuuuu.

***********************************
dalam keseronokkan kami menanti untuk menyambot kemuliaan Ramadhan...di suatu sudut penjuru dunia...sekumpulan MANUSIA jua...sedang merasa sedih, marah, hilang arah kerana...


5:20petang...terima panggilan dari sahabat-sahabat mintak tolong.
sahabat2 yang dulunya meninggalkan kami di kompeni sekarang ni H* ....merayu mohon di interview semula hari nie. Kompeni di mana tempat sahabat2 bekerja sekarang telah..... PECAT mereka!!!
Surat perberhentian dengan 1 bulan notis di terima sahabat2 petang tadi sunggoh memeranjatkan kami di kompeni persaing.

Kecut2 perot aku dengar berita tadi. Alasan yang di guna pakai oleh kompeni mereka ialah pembukaan cawangan dan group baru di India.
Wah!!!
Senang2 je korang announce pemberhentian kerja di saat2 menjelang Ramadhan eh....sape yang tak marah kena PECAT weh!
Fikiran sure bercelaru sorang sorang, mana nak pikir duit, fikir pasal isteri dan anak anak kepada yang dah bekeluarga. Bagi yang bujang, fikir psal nak bayar itu ini dan macam macam lagi keperluan masa kini.
sapa la manusia yang tak sedih risau dan marah???

Kesiannya la sahabat2ku. Tak terkata aku di buatnya...
Esok hari pertama berpuasa, sebulan lagi nak raye. Aduhaiiii. 3, 4 orang sahabat yang aku kenali ada yang menjadi mangsa pemberhentian, mana kala ada juga yang masih berkhidmat.

Aku yakin, Rata rata sudah hilang kepercayaan dan hilang semangat untuk berkhidmat dengan "kompeni" yang pecat staff sesuke hati....Local manager paling TOP pon tak tahu ok. {{Or mungkin mereka dah tahu, tapi buat buat tak tahu je la kan....mereka pon makan gaji jugak...bukan kompeni datok or daddy mereka. Betol ?}}

Kalau hari ni hari sahabat, tidak mustahil process yang sama di gunakan kepada pekerja yang belom kena pecat kan.
Eiii, ngeri siut. Kompeni boleh pecat bile2 masa jer.


Walau bagaimana pon, aku nasihat kan sahabat2 agar banyak2 bersabar. Semuga sahabat2 sabar tabah dan kekal berfikiran positif di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin kini masanya untuk memperbaiki dan merenung kembali kelemahan diri kepada DIA yang MAHA BERKUASA.

Balik rumah, playhousemate aku meluahkan berita sedih yang di terimanya kepadaku.tak sempat nak bukak kasot, Ternganga aku apabila playhousemate nyatakan dia juga adalah antara 60 orang nama nama yang menjadi mangsa pemberhentian hari ni.

Oh Tuhan!

Semuga ada pelangi indah menanti korang semua hendaknya.
AMIN.


Monday, July 19, 2010

7 Sya'aban

Hari ni 19 July bersamaan 7 Sya'aban calendar Islam.

Puasa...

Aku sambong niat puasa Isnin Khamis dalam bulan Sya'aban. Harap harap aku mampu teruskan sehingga tibenya Ramadhan yang mulia nanti... :)

InysaAllah.


Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)


besar faedah & manafaatnya...

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah,
pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:
Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan
padanya Al-Quran diturunkan kepadaku."

(Subul al-Salam)