Showing posts with label Layah. Show all posts
Showing posts with label Layah. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita...Perempuan


Selamat Hari Wanita buat semua wanita gigih yang menjadi inspirasi
buat wanita yang lain.

This song dedicated khas untukmu...sweet sistah.

:)

Wajah selembut bayu

Lenggang dan lenggokmu

Keperibadian wanita

Ayu

Di dalam keayuan

Ada kekuatan

Engkaulah racun

Kau penawar

Insan

Bagai dermaga di pelabuhan

Diri gagah sendirian

Hadapi gelora kehidupan

Kau memberi

Menerima

Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya

Engkau api panas membakar

Ada ketikanya

Kau penawar bisa

Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti

Rahsia tersembunyi di hati

Tabahnya hatimu

Beriman berilmu

Wanita sumber ilham selalu

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

gitu la lirik lagu Shiela Majid berkumandang di tv semasa aku menaip di sini.

Lagu ni betol betol mengambarkan seorang sistah yang aku kagumi melalui kerja kreatif dan sentuhan halus beliau memperindahkan baju dan selendang buat yang mengemari dunia seni manik....

cantek, kurus, tinggi lampai bergaya orangnya, kreatif bakat anugerah Ilahi ada dalam diri beliau, ibu penyayang kepada anak anak yang comel [walaupon aku tak pernah bersua muka dengan anak anak comel beliau, bak kata iklan apa tuh " kalau nak tengok anaknya comel ke idak, tengokla ibunya...auw!" ] dan
wanita berkerjaya di company terkemuka negara.

Walauwei.
Sukar nak di bayangkan masa yang di agihkan untuk mencapai kejayaan di genggami beliau hingga
ke tahap hari ini.Terima berita gembira beliau mendapat jemputan dari WHI...masok tee bee sistah kite ni.
Woweeeeeeeeeeee
Melihat beliau keudara di kaca tv, rasa admire dengan kegigihan beliau semakin membara dalam dada.
Dia menjadi sumber inspirasi di kala rasa lemah dan kemalasan menerjah dalam diri.

bak kata pepatah lama, yang BULAT tak mungkin datang BERGOLEK,
yang PIPIH tak sekali kali datang MELAYANG.
Berkat usaha gigih dan kerajinan bersengkang mata memenuhi hasrat dan impian pelanggan.
Aku dah lama mengintai kekreatifan kerja tangan beliau bermain dengan manik.
menyulam angan angan memiliki sehelai layah sebagai koleksi peribadi..aku semat dalam hati.

hingga akhirnya aku berjaya memiliki hasil sentuhan halus dan mengkagumkan beliau di layah pernikahanku hujung tahun lalu. huhu..Gumbire dalam hati, Tuhan saje yang tahu.
kalau ada adik adik, kakak ipar adik nak kawen ke...aku recommend sangat sangat tempah jahitan manik di baju or layah dengan sistah ni...harga pun berpatutan dengan gaya sulaman yang amat la halusnya dan keunikannya yang tersendiri.

sempena hari Wanita Sedunia hari ni.
Kuucapkan Tahniah terhebat buatmu,
semoga kamu terus melangkah lebih tinggi esok hari dan terus menjadi Lagenda dalam hati dan sanubari yang memuja kreativitimu.


Ikhlas dari ...






Thursday, October 28, 2010

Jatoh Cinta Pandang Pertama




Kak izan, amik eh gambo ni...this is my feveret...FEBELESSS!!...;)

********************

Gambar ini aku temui masa aku belek belek Majalah Ratu Sehari suatu waktu dulu.
Jatoh cinta dengan keindahannya...dan kehalusannya, aku teros mencari tangan keramat yang menghasilkannya.

Seumpama merdunya suara Anuar Zain menyanyikan lagu Keabadian Cinta...
Aku temui BnTB

Heeee...image image aku temui dari Koleksi Trilogy Beauty jadi simpanan peribadi dalam folder WEDDING ku.
Nak di katakan Jodoh...anak buahku Hana juga turut mengabadikan keindahan sulaman manik pereka layah dan tudung GLAM yang sorang ni pada tudung pernikahannya June lalu.

Setiap kali singgah mengintai Koleksi Meletop Kak Izan.
Bibir menguntum senyum sendiri...{ macam orang angau jer...hikhik}


*****************


2 hari berturut turut aku cuba berdiskusi dengan Kak Izan.

Mula mula call...Kak Izan kat kedai...kemain kuat suara nyonya di belakang. Haiyooo nyonya, apa bikin belakang tu kecoh kecoh...hahahaha
Susah betol nak dengar suara kak Izan yang lemak berkrim tu...hiks.Cumel.
aku decide call semula petang tadi.

Alhamdulilah, sempat sampai kan hajat di hati dan impian terbuku dalam dada untuk memiliki layah nikah sentuhan Kak Izan tadi.

"Sebenarnya konsep wedding Ly ala ala Wedding garden gitu Kak Izan...so kalau ada elemen elemen serangga bunga bunga flora fauna...cam best. Ly yakin je work Kak Izan pasti chhhhhantekkkkk"
Kalau ikotkan niat di hati...
aku nak kan kreativity sulaman manik Kak Izan pada baju nikahku jugak...tapi masa nampaknya tak mengizinkan lambat la pulak Kak Aya siapkan jahitan baju nikah chiffon ku.

Tapi.....tak adil jugak andai aku mendesak Kak Aya cepatkan jahitan baju nikahku.
Nanti tak tantek camno kan?

Maka aku akur...mungkin tak ada rezeki nak dapatkan susupan halus jemari Kak izan pada baju nikahku.
Aku mintak Kak izan buatkan layah nikah ku sahaje.

*******

Dengan penjelasan petang tadi, harap harap Kak izan dapat sedikit gambaran apa yang bermain main di minda ini.
Hiks...dapat luahkan hasrat kat Kak Izan tadi pon dah excited habis.Yabedabeduuuu

Harap harapan impian jadi kenyataan.

Psst : jangan lupa amik gambo baju nikah kat Kak Aya besok yea Cik Lola.







Tuesday, October 12, 2010

2 Bulan lagi 2 Bulan je


Oh Tuhan...
hanya padamu sahaje ku mohon Kekuatan dan ketabahan.

Lagi 2 bulan je...2 bulan je lagi.
Aku seolah olah dah berhenti dari pantang akibat kesan STRESS yang melanda.

Seriusly, minggu ni aku semakin bertambah tambah sibuk dengan Audit dalaman dan luaran yang bakal muncul

pada 14 & 15 haribulan.

14hb - Aduit dalaman Asia Pacific Japan
15hb - Audit dalaman Asia Pacific Japan dannnnnnnnnnn Audit luaran dari PwC.
Aku juga di kerumuni oleh Project Manager dengan soalan improvement tak henti-henti.
Belum lagi di kerumuni oleh teammate baru yang masih belom mahir dengan process dan selok belok unit berkerja.

Arghhhhhhhhhh...

akhirnya aku tak buat satu kerja dalam tangan sehingga aku tak tahu dah nak mulakan yang mana satu
Sedar sedar, aku di ICE RUUM :))

Aku tak bawak camera cap AYAMku, maka tiada gamba eksclusive untuk liputan Ice Ruum di Bangi.
Di Ice ruum, interior dia best. Cosy habis. I loike.
Aku order seafood spaggethi dan kawan kawan pulak order Ice cream penyejok molot.
Sedapppp.
Zanos yang memang kaki makanmakanan esotik...try order Ice cream kaler Etam. Tibe tibe Abg Bangla aka waiter cakap " tak sedap ini akak"
Dark Night ice cream Cancelled yall.




Hanya ice sorbet Kacang dan ice sorbet Mix fruits sahaje yang jadi pilihan kami tenghari tadi.


***********************

Dalam kesibukan dan ke cungapan aku menyedut oksigen..., Alhamdulillah...
door gift box yang aku tunggu tunggu kini dah berada dalam tangan.
MMMMMMMMMmmak ai! Apa POS LAJU dah lakukan pada bungkusan aku?????

kejam sungguh kamu merobek2 bungkusanku.
Sunggoh kejam.
Nasib baik tak bertaburan dan terbarai box box yang aku beli dari Nad.
Thanks Nad! nasib baik wrap double layer. Nasib baikkk

*******************

Malam, telefon ku berdering ...
suara anak buah ku Hana di corong telefon bernumber kan kakak iparku punya number.

" Kak izan call Hana, tanye..acik confirm ke tidak nak buat Layah dengan dia?"
Aku terbeliak sambil ternganga..." hey! mesti la CONFIRMMMMMM...sudey di emailing ok...sure dia dah confuse nih"

Hanna's nikah veil by Kak Izan ;)
Adoreable.


Bulu roma ku naik terbang2 melayang2 keseraman tibe tibe. Nervous melanda pulok memalam nie.

Aku sambong lagi dengan suara dan pitching lebih TEGAS " Hana bagitau dia, yea confirm cume baju nikah belom siap ok...camne nak buat sedondon dengan veil camnie?"
Hana " mama cakap pakai je baju mama"
Aku dengan nada pitching semakin tinggi " tak mo...tak mo...TAK GLAM LA tak de bling bling"

Kami sama sama gelak ketawa gembire menantikan
hari BahagiaKU

Nota kaki : Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal LENGAN.



Friday, August 27, 2010

Ada apa dengan Layah

image : Google.

Hari ini hari Nuzul Quran bagi negeri Selangor. Aku coti..mengadap laptop la apa lagi ..HEE.
ngadap laptop mengaji tau....haaa korang dah?isk..riak la plak.
Tak baik tak baik.Jum ngaji jum.

Aku tersenyum sampai ke telinge...kadang kadang tersenyum kepot sendirian.
macam dapat surat chenta dari kekasih gitew perasaan ini.

pagi pagi lagi...

kakak yang pakar dan kreatif mencantekkan veil fofular abad ini akhirnya membalas email permintaanku
untuk buat veil eksklusif buat hari nikahku nanti.
Yahoooooooo...nak Nangis ok...rase gumbirenya.

Aku amat mengagumi hasil kerja tangan beliau yang halus. Halus bagi pemahaman aku disini bermaksod benang di sulam tak nampak dek mata kasar ok. Halus tak halus camtu.

Layah yang di reka khas lahir dari hati bukan mencari keuntungan dan fofulariti semata mata adalah kualiti yang aku cari cari dalam pereka layah nikah ku.

Yea, aku memang cerewet dan sangat mementingkan kualiti.
Perkahwinanku harapakan hanya sekali dalam hayat ini. Apa salahnya aku memiliki saat paling bermakna dalam hidup ini kan...ahhh alang alang menyeluk perkasam, biar sampai ke lengan siku..ehekz tetibe rasa darah pahlawan perkasa meresap dalam diri. hikhik.

Aku teruja.

Bagi aku, layah aka veil adalah penyeri kepala buat permaisuri sehari.
Penting buat aku kerana ianya menyerlahkan lagi seri dan ke ayuaan gadis Melayu.

"Pehal tak pakai tudung je terus..."kata kata sesetengah manusia dengan sinisnya kepadaku.
Aku senyum " insyaAllah...perubahan itu kan berperingkat peringkat... InsyaAllah dibukakan hati aku akan bertudung jua nanti..."

petang petang pulak...
Abang yang arif mereka cipta dan membuatkan baju persandingan unik untukku
tak sabar sabar nak tunjuk design baju dan menyusun atur pertemuan untuk amik ukuran baju persandinganku.

********************

Alhamdulillah,
ya Allah ya Rahim.
Semuanya telah di susun aturkan buat hamba hambamu dengan indah sempurna.
Alhamdulillah.

Hari ini 17 ramadhan sudah...aku berbuka dengan sahabat sahabat di tengah tasik kejap lagi.