Friday, January 8, 2010

SeRIBU satu cerita

Hari ni hari Jumaat 22 Muharam 1431H...

Jumaat itu adalah penghulu segala hari...fahamkah makna sebenar kata kata itu? Learn something everyday...Maka saya di temukan dengan ini...

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari)

Huraian :-

1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.



Alhamdulilah

Pagi Jumaat hujan turun dengan lebatnya. Aku sayang nak meninggalkan selimut. Gagahkan jua, aku bersihkan diri dan bersiap ke pejabat. Dalam perjalanan ada kemalangan di selekoh berdekatan Hospital Serdang, sebuah kereta Mitshubishi lama pancit tayarnya dan terpusing 360 darjah di tengah tengah jalan raya. Sepasang suami isteri lewat 50an berdiri di tengah tengah jalan berpegangan lengan. Wajah ke duanya pucat dan terperanjat. Pastinya mangsa kejadian detik hati ini.

Alhamdulilah

Aku tidak meluncur laju dengan kerete ku kala hujan dan lepas hujan turun.

Alhamdulilah

Aku berbicara tentang persoalan peribadi seorang sahabat bersama sahabat yang satu lagi. Bagaimana cara mengatasi nya...

Adakala manusia di ciptakan baik hati menjaga manusia di sekelilingnya, sehingga dia terlupa bagaimana menjaga dirinya sendiri.
Adakala manusia handal di dalam kariernya, tetapi tidak semestinya dia juga handal dalam perkara perkara lain.
Adakalanya aku berani untuk menyuarakan nasihat/teguran kepada sesetengah spesis manusia yang aku fikir mampu menerima teguran , adakalanya juga aku rasa tiada maknanya aku menasihati kirenya aku tahu manusia itu tidak bole di tegur.;))


[ini tag company lama, kau tetap DIHATIKU, Aku belajar banyak bende di sini...Uhuksss]

Alhamdulilah

Kerja dan tugas hari ini aku selesai kan dengan lancarnya. Tag baru juga telah di terima. Masing masing riuh dengan wajah baru terpamer di Tag kerja baru. Ada yang gunakan nama pena ,tak juga yang gunakan nama glamor. Aku pilih letak nama penoh hadiah ayah bonda.

1 comment: