Sunday, January 3, 2010

Hijau itu tandanya Cemburu



Hari ni hari ke 3 tahon baru 2010.


" Acik tidak di benarkan makan nasi, bermula 1 Jan 2010 ok." Begitu pesan Fara sebelum aku balik playhouse minggu lalu. Chaiyok! Tapiiii sejak semalam aku asyik belasah nasi goreng USA, dan hari ni pulak aku belasah nasi campor bersama ikan bawal masak sweet sour.uwaaaa. Aku sudah mungkir janji...dan sungguh tidak berdisiplin. Maafkan makcik anak sedaraku...Ayakkk!maafkan diri sendiri dulu baru betol...yang gemuks aku bukan anak sedaraku. Aduhaii. Macam mana nak slim ni...kecintaan terhadap nasi sangat memuncak. Nafsu oh nafsu!Uhuks.

Flash back :: hari tu aku tonton DVD All About Steve tau...Smart girl with Red boots mengingatkan aku pada Mek sebab Mek dia smart girl with BLUE shoes. hihi.

Malam semalam agaknya dia balik. Si Smart girl with Blue shoes hahah...Playhouse mate aku si Mek baru balik dari kampung, dia hadiahkan aku buah tangan hasil perlancongan 4 hari 3 malam ke Langkawi tempoh hari. Aku dapat tee shirt Langkawi...Yehhha. Dapat cenderahati lagi yeay yeay....murah rezeki ana.Alhamdulilah.

Terima kasih banyak banyak Mek.

Selepas makan tengahari aku dah plan nak ajak Mek ke Jusco. Aku nak beli kotak untuk simpan bag bag lama aku. aku nak beli langsir baru supaya bilik tido aku lebih nyaman dan melenakan.ehiks. Jejak sahaje kakiku di rumah aku dengan gelojohnya pasanglah langsir baru. Romantis sekali. Langsir tebal berwarna coklat cair ber dot dot puteh yang comel serta merta menukar wajah dan mood dalaman bilik tidurku. Redup je bilik aku sekarang ni.Suke la!

Di ruang tamu pulak, Mek sibuk kemaskan ruang tamu, kipas di lap, tukar langsir, langsir yang sedia ada dah lama tak mandi sejak 3 tahon yang lampau. Mak datok! Maka Mek tukarkan dengan langsir di tinggalkan atas ehsan cik Q. Aku buat buat la menolong gak, aku tolong pasangkan hook, aku tolong sangkut, langsir baru ehsan cik Q nampak lembut dengan corak bunga bunga comel berwarna biru cair...Bila aku dah siap pasang, siap gantong...bijik mata aku rasa cam tak kena jer wakkakakak suke tak suke, langsir tu SENTENG la nyah!Haha.

Mek ada beli sarung kerusi import dari Kota Bahru. Warna menjadi pilihan hati beliau kali ini, bukan biru bukan merah. Selama aku mengenali Mek, dia selalunya, kebiasaanya suke biru tapi kali ni dia bukan main berani mencuba warna di luar kebiasaanya. Bukan main senang hati Mek menyarungkan sarung kusyen yang baru. Macam gaya esok nak sambot hari raye je gelagat dia.Sarong kusyen tu warna HIJAU hokey...hihi.

Cuba la bayangkan...langsir biru senteng, sarong kusyen pulak HIJAU belang belang. Tak terbayang minda makcik haa sebenonya...Bole pitam aku dengan warna pilihan rekaan dalaman ruang tamu playhouse sekarang taw...Kelakar siut. Aku rasa macam nak je letak sign board di luar pintu bertulis " Sile jangan singgah playhouse buat sementara waktu yea" . Haha.




No comments:

Post a Comment