Saturday, January 16, 2010

D - Tox

Yehaaaa...sudah habis 6 hari aku menikmatinya. Sedap.



Apa yang sedap?
Minum blackberries, blueberries dan plum yang berperisa sedap. Menjadikan badanku lebih sedap dan pembuangan hasil makanan semalam juga lebih lancar dan berjela jela.Hahaha Eww.

Ye.
Aku dah habiskan program 6 hari de tox juice dari kinohimitsu. Aku minum jus ni waktu malam sebelum tido. Seperti di arahkan selepas kite minum, antara 2 hingga 4 jam sebelum pembuangan, badan akan memberi tindak balas seperti pembuangan angin dan bahan bahan toksin di process untuk pembuangan pada ke esokkan harinya.

Badan aku memberi tindak balas pembuangan angin yang sangat berdentam dentum sedahsat bunga api dan mercun di hari raye cine. Dam dam dum...hahaaha. Menurut kajian pembuangan angin yang banyak dalam badan juga merupakan pembuangan toksin dan ianya adalah process yang sihat.

Di pagi hari waktu rutin pembuangan bahan penghadaman aku pula, badan membuang agak banyak...maka aku berada di dalam bilik penting agak lama dari biasa. Untuk hari ke dua, pembuangan menjadi lebih lama dan begitu juga hari hari seterusnya. Tiada pembuangan luar tabiee berlaku sewaktu pengambilan Jus ini berlaku pada badan aku. Hik...

Malangnya ku sangka panas hingga ke petang, pembuangan pada hari ke 6 agak tidak mengikut jadual waktu pembuangan aku, maka hidup aku agak kelam kabut ke bilik penting pada hari ke 6.

Selepas hari ke 6, aku rasa lebih sihat, ringan dan bertenaga.

Tiada lagi rasa sengal sengal di situ.Terima kasih Kino.

No comments:

Post a Comment