Friday, January 1, 2010

2010 Dari balkoni ini

Malam tahon baru ...aku di mana? aku pegi mana? Nak tahu ke?

Aku tak kemana mana pun...aku duduk depan TV tonton cerita The Da vinci CODE sorang sorang. eee kesiannyeeeeeeee...macam bosan je kan.Lepas tu aku baca buku cerita Sophie
Kinsella yang tak habis habis aku baca. Aku tekad nak habiskan hari ni jugak. Tahon baru kan, kena rajin dan banyak membaca. ..eh chop!berbau azam plak kata kata ni kan...azam tahon baru ke nie? owh noooo.Aku sangka azam aku 1 je nak kahwin, now dah jadi 2. walah!

Tetapi sebenar-benarnya aku sendiri yang pilih untuk tidak menyambot 2010 malam tadi...aku sendiri yang pilih untuk tidak keluar kemana mana, tidak mahu bersama sesiapa.
Ada kala SEPI itu INDAH...heh, ye ke?
Ada kala Sendirian itu INDAH. wink*


Kali terakhir aku sambot countdown tahon baru, hmmm tahon bile yek? Seingat aku, aku raikan malam tahon baru itu dengan diana, zana dan zai di Putrajaya..owh yea!ada konsert jiwa jiwa
luka dari kumpulan rock yang aku tidak kenali. Aduhaiiii...sambutan new year kena dengar lagu kecewa putus cinte plak...Negara aku ini seolah olah tak reti reti, tak pandai pandai nak buat
kelainan bagi sambutan tahon baru tau.



Setiap kali keluar, hanya ada percikan bunga api, konsert [kalau nasib ko tak baik, tambah pulak silap pilih port ..contohnya macam yang aku pernah alami la kan..hahaha silap haribulan event organizer panggil penyanyi tahon 60 an...haaa bergegar la kepala otak layan lagu lagu A rahman Hassan]. Ehem...ehem...Aku bukan anti A rahman Hassan, cuma tolong la jangan di keudarakan pada malam tahon baru.Tak sesuwaiii pakcikkk oiii.

Aku hantarkan text kepada rakan rakan yang aku sayangi dengan ucapan agar tahon 2010 lebih
baik belaka dari 2009...of course la ucapan baik baik kan.
Cuba kalau aku hantar ucapan macam " wei makan satay malam new year tak ajak aku, taik betol la korang!!!" Sure ramai yang terus tak mahu contact aku tahon baru pulak kan atau gelak sampai air mata dan air hidung meleleh....siap mintak pinjam wiper lagi. Ehiks.

tepat jam 12:00 malam, dari balkoni playhouse aku nampak percikkan bunga api...dari kaca tv pula, sambutan count down malam tadi yang ku lihat dari Dataran prima Tv3...aduhai bosannya, Percikkan bunga api masa perkahwinan anak buah aku si Hisham di Banting bulan lalu lagi gempak aku rase [ owh!agaknya bapak mertua hisham dah habiskan stok bunge api dulu
kut...ehiks.Sedap gigi aku je buat cerita.]

Cuba la dia org buat fire works dari atas bangonan tinggi turun ke bawah pulak ke...atau fire works dari blok aku ke blok depan ni ke...[budak blok mental institute ni asyik duk stare
balkoni rumah aku...macam kat rumah aku ada fireworks meletus letop ...pfft!] Kelainan...perubahan...sesuatu yang baru. Aku sukekan kelainan.

Aku rasakan tiada kelainan dalam sambutan tahon baru mengundang rasa bosan dalam dada aku ini.


Ps : ps ni makna dia apa ek sebenarnya? hayoyooo...
projek DAY 1 : fyi, aku dah siap kemas bilik aku yg cute miut nieeeee...KIPAS DAH lap dan di bersihkan.no more habuk. Bag bag sudah di susun atur untuk penyimpanan.
tema : KEMAS, BERSIH DAN WANGIIII. ;))

No comments:

Post a Comment