Saturday, January 9, 2010

Sabtu semanis coklat


Aku sibuk pagi sabtu ini...
Pagi pagi lagi aku sudah basuh baju, nasib baik washing machine automatik. Terima kasih owner washing machine...:))

Selepas jemur baju di ampaian...

mek " Jack call hp ko...kejap lagi dia call ko balik"
Aku dalam bilik mandi " hah?"
Apa budak zek nak pulak pagi pagi hari ni. Jarum jam dinding rumahku menunjukkan pukol 10 pagi.

Aku ke office sabtu ini...telefon office ku capai.
Zek " aku nak ajak ko pegi Chocolate Fair d Midvalley esok...jum, mak aku ada sekali tau"
Aku " hah?
Zek " aku dah call Ayom, dia cakap dia nak pegi"
Aku " ok la kalau camtu, so?
Zek " jumpa di sana la terus esok...pagi"
Aku " ok..sape lagi pegi esok?"
Zek " ejal kata nak pergi dia datang dengan si kembar sekali"
Aku "okla kalau camtu..jumpa esok. bubbye"

Telefon office masih di genggamanku.
Yom " hellorkk" [nada org masih tido]
Aku " Assalamualaikum...ko tido lagi ke yom?"
Yom "haaa?"
Aku " tadi zek call aku ajak pegi Midvalley esok, dia kata ko pegi"
Yom " ha'ah..."
Aku " eh mak dia pegi sekali tau..aku cuak jugak memula, pekejadah zek ajak aku jenjalan dengan mak dia sekali, nasib baik dia cakap ko nak pegi jugak"
Yom " hahahaha"
Aku "esok pegi pukol bape"
Yom " zek kata pagi...pagi ko pukol bape?"
Aku " pagi aku pukol 6:00am...ko nak jumpa zek kat sana pukol bape?"
Yom " entah...aku tak tanye"
Aku " hahahaha...abis pukol bape nak jumpa ni..pagi ko pukol bape Yom?"
Yom " ok la jumpa kat sana pukol 11:00am"
Aku "hahahahah..hampeh..itu dah petang bukan pagi dah woii..haahhaa..okla jumpa di sana esok"
Yom " emmm apa lagi ek..."
Aku " emmm.."
Yom " ko kerja ke ni..."
Aku " ha la..."
Dah nak larut malam baru perasan aku call dari office budak sekor ni.

Hampeh.

Aku balik dari office pukol 4:00pm. Hujan renyai-renyai waktu aku sampai di parking rumah.

Dengan payung di tangan, dengan beg laptop di bahu, dengan handbag di tangan kiriku, ada susu kotak perlu ku ambil di seat belakang dan dengan file rujukan UT exam bakal ku duduki...aku sarat macam perempuan sarat mengandong 17 bulan. Memang sarat.

Letih...air hujan terhempas di kepala tadi buat aku pening pening lalat. Aku capai tuala aku mandi dan cuci kepala..org tua tua kata kalau tak mahu kena demam selsema, mandi kepala cepat cepat. Aku akur.

Selesai mandi, aku nampak sms
Mamat ni " ko dah sampai umah ke? aku nak mintak tolong ko amik brg kat member aku, umah dia area umah ko"

Aku balas sms dia...
Aku " aku tak arif area ni Mat, kalau dia tahu McD ok la, aku leh amik"
Mamat " dia kat Jusco skrg ni lagi 15 min ko datang kat entrance McD yer"
Aku " Ya Allah!macam mana nak kenal"
Mamat " ko dah sampai ko bagitau"

15min???? aku tak fikir panjang, rasa malas nak salin pakaian ada juga...aku capai jeans aku capai tees pemberian Mek dari langkawi...Aku turun, hidupkan enjin kereta dan terus ke McD. Aku buat satu pusingan, aku sms...

Aku " dah sampai, aku dalam kete"
Mamat " tunggu kejap, dia tengah que beli makanan"
Aku " wa dlm kerete"
Mamat " ko pegi kat entrance, kang nak amik barang kat kete dia"
Aku " camne nak kenal?"
Mamat " dia pakai baju kotak kotak hijau"
Aku " baik"

Aku pusing lagi satu round mencari parking...
Aku terus ke entrance McD dan di situ aku lihat mamat dan si zek tersidai menyeringai macam kerang busuk KENAKAN aku!!!!!!!

Celake.

Sempena suprise Hadiah harijadi aku 12 Dec yang lalu.Buat pertama kalinya dalam hidup aku mencarut "khinzir" di McDonald.Hahaha

No comments:

Post a Comment