Aku coti hari ni...nak lepaskan lelah di majlis persandingan anak buah aku semalam. Hari ni tak buat apa apa, satu apa pun tidak. Aku hanya terlentang depan tv layan movie di Astro bertajuk, Stranger than Fiction sambil makan durian. Durian ku nikmati enak sekali [mana la tak enak kan, Durian itu Free...hahaha Mek Ta yang beli memang sangat sangat enak.]
Pelik dari Fiksyen mengisahkan kisah sebuah novel tentang hidup dan mati. Kisah hidup Harold si agent auditor yang sejak kebelakangan ini asyik la terdengar satu suara yang mengekori setiap pergerakan dan perbuataan dalam kehidupan hariannya dengan terperinci sekali. Akibatnya,suara itu menjadikan hidup Harold yang selalu tersusun bertukar menjadi tunggang terbalik.
satu pagi, suara itu mengumumkan yang suatu hari nanti Harold akan mati, Harold plak secara tiba tiba tersedar dari lamunan hidup rutinnya bahawa dia perlu mencari tuan punya suara itu, lalu dia mengadu masalahnya kepada seorang doktor teori iaitu doktor Hilbert.
Doktor hilbert ni cam pelik gak la... mencadangkan agar Harold mengunakan 1 formula komedi untuk merubah takdir hidupnya. A love story formula, kisah komedi antara 2 orang yang saling membenci antara satu sama lain sebagai formula merubah kehidupan dan takdir Harold.
Doktor hilbert mengarahkan Harold meneruskan percintaanya bersama pakar cookies Ana Pascal tempat dia buat audit waktu tu. Harold akhirnya merasai kisah cinta dan kehidupan sebenar buat pertama kalinya sejak bertemu Ana.
Nak di jadikan kisah tamil la pulak kan, di sebalik kisah trajedi penulis novel terkenal Kay, setiap hero dalam novel tulisannya akan mati di hujong cerita menjadikan novel tulisannya laris dan hebat.
Harold lagi sekali tersedar bahawa suara yang di dengari selama ini sebenarnya adalah suara Kay, penulis yang menjadikan dia sebagai watak utama dalam tulisan novelnya. Semua pembaca novel tulisan Kay percaya bahwa di akhir cerita, hero novelnya pasti akan mati...Kay juga sedang cuba membunuh watak hero dalam tulisannya, namon Harold yang terdesak untuk merubah takdir hidupnya cuba menerima kenyataan bahwa dia akan mati, Harold akhirnya percaya dan bersedia menerima bahwa setiap yang hidup akan mati dan bersedia untuk mati
tetibe,
Watak utama tak jadi mati...kunun2 movie ni nak kasi nampak lebih komedi dari pada tragedi la kan. Kalau mati sure sedih pilu melanda hatiku, sebab dia orang baru je merasai nikmat bercinta.... So penulis novel tukar jalan cerita sikit, kasi hero terlanggar bas je, semata mata nak selamatkan seorang budak lelaki. Nama pun Hero kan, so kena la melompat bas je, hero tak mati...cuma patah tangan dan kaki jer.
Kalah putar belit cite tamil. Hahaha
Okla tak pe, tamil pon tamil lah, masih ada pelajaran yang perlu di pelajari di sini untuk menjadikan hari ni lebih bermakna iaitu...
Andai manusia tahu bile dia akan mati, semua manusia pasti akan lakukan perkara baik baik sahaje dalam kehidupan di dunia ini.
tiada manusia yang cuba bunuh lipas, cicak, nyamuk, gajah, seludup ular buat makanan ezotik ke,
tiada yang cuba hisap rokok Dunhill 20 batang dalam masa 2 saat,
tiada lagi pakwe yang gugup untuk mengorat awek toll paling cun di toll LDP petang ni lepas balik kerja kang ,
tiada yang gagap untuk menyatakan aku sayang padamu...dan macam macam lagi.
Hanya kerana manusia tidak tahu atau tidak mahu menerima kenyataan bahawa hidup ini hanya sementara,
maka manusia buat pelbagai perangai yang pelik pelik macam jual karipap inti sardin hangus 80 sen sebijik, merajok dengan mak bapak yang melahirkan dan membesarkan kite, merogol kanak kanak la, bini orang la, perempuan mengandong la, buat maksiat dengan nenek orang la, menyusahkan hidup orang lain, menyakitkan hati orang tua, mengade ngade tahap gaban la dengan handbeg 40K dia dan announce dalam newspaper husband i belikan handbag ni la [padahal husband belikan handbag mahal tu sebab nak cover story dia ada hubungan dengan orang lain ] dan seribu juta macam perangai yang tak sepatutnya untuk kepuasan hati sendiri tanpa mempedulikan kehidupan manusia lain yang sama sama berkongsi kehidupan di muka bumi ini.
Moral ::: Buat la 1 kebaikan di atas muka bumi ini setiap hari demi kehidupan yang lebih baik.
Sile jangan buang sampah merata rata, bijik mata aku sakit melihat perbuatan kamu itu. Oh yea, tak payah la beritahu 1 dunia ko ada hangbeg 40k, kau bagi orang susah makan lagi bagos wahai si Bongkak.
Sekian terima kasih. :))
No comments:
Post a Comment