Sayu mendung cuaca hari ini...
Aku terima emel dari sahabat tadi...kami sama sama menuntut di luar negara, kami sama sama di duga dengan makcik dan pakcik pelbagai kumpulan agama Kristian di sana, Alhamdulilah iman kami teguh dan kami sama sama tidak di pengaruhi dengan tutur lembut bicara mereka...sahabat bukak cerita terjumpa gamba gambar lama. Gambar kami bersiap sedia bertolak ke negara orang USA dari lapangan terbang Subang.
Dalam gambar itu, aku, dia dan sahabat sahabat yang lain bergambar dengan ibu masing masing katanya. Dia susun gambar satu persatu...wajah sayu ibuku, begitu jua wajah ibu Lyn yang telah lama pergi dan wajah ibunya sendiri..wajah wajah itu mencuit rasa sayu hatinya. Dia tambah sebak apabile mengenangkan ibu ku dan ibu Lyn kini sudah tiada.
Aku lagi la sebak...air mata bertakung serta merta.Rindunya, hanya Tuhan sahaje yang tahu.
Di hujung hari, aku cuba untuk bersenam seketika di Tasik sambil mencari ketenangan dan kedamaian agar hilang tekanan seharian bekerja dan sebak yang tersumbat dalam dadaku. Hujan renyai turun tiba tiba, hujan renyai menghalang ku untuk brisk walking nampak gayanya, aku terus pulang ke rumah berehat. Cinta Balqis drama petang TV3 aku tontoni.
Aku masih sebak...
Kekasih hati makan malam bersama, aku teringin makan yong tau fo, malangnya di larang tibe tibe, dia bimbang kalau kalau aku sakit perot. Sebak tersumbat dalam dada terpancut dahsatnya tak semena mena. Aku menangis semahunya.
Aku menangis bukan kerana aku lemah, aku menangis bukan kerana yong tau fu, aku tahu aku menangis hari ini agar aku menjadi lebih kuat esok hari.
Oh Ibu.
No comments:
Post a Comment