Yang Hilang Berganti
6:30pm, Zan datang rumah kutip aku dan sahabat. Kami ada activity di Kotak Merah malam ini.Yeay!
Rancangan di kecohkan sejak hari Khamis lagi...tibe tibe,
Jack, satu satunya jejaka Malaya tetap group karok kami tak dapat turut serta acara melalak dan berdansa malam tadi. Alasan saat saat akhir di berikan oleh Jack, "kena bawak emak shopping di pasar malam ini. "Makcik suke shopping memalam eh makcik".
Kurang seorang korum ahli kelab kalis kutuk...aku hilang mood tibe tibe dengan penarikan diri di saat saat akhir Jack. Aku hilang mood bukan sebab Jack, entah kenapa tetiba je aku tak ada mood nak melalak.
Walaubagaimana pon, mood ku berubah di hujung hari apabila ada khabar berita si Ejols bakal bawak Shah dan makwenya barunya turut serta mengantikan Jack yang tak jadi datang. Karoke yang pertama kalinya dalam tahon 2010 nie.
Dalam perjalanan ke KL, hujan turun agak lebat, hari Jumaat merupakan hari hujong minggu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke KL agak luar biasa dari hari hari biasa. Agak lama duduk di dalam air cord, aku jadi kurang selesa bukan hanya kerana kesesakan lalu lintas, tetapi sebabkan body odor sahabat yang agak kuat. Sahabat mempunyai masalah body odor yang agak..eh bukan agak...sangat amat kuat. Aku tak tahu bagaimana nak menjelaskan pada sahabat tentang masalah peribadi yang memalukan ini. Aku tidak tahu bagaimana harus aku menyusun ayat menegurmu agar kamu perbaiki kelemahan itu.
Aku mula pening pening lalat, walaupon aku cuba berbual bual dengan Zan untuk mengalihkan tumpuan namon ianya gagal.Oh Tuhan!.
Aku jadi mual. Aku tidak tahu bagaimana untuk membantu Zan yang juga merasai keadaan yang tidak selesa itu. Aku hanya diam dan menahan diri.Aku teringat parfum miniture sample di berikan semasa kakakku menghadiahkan Dolce & Gabana Rose the one parfum dulu. Aku sapu sedikit di celah idongku. Aku tidak pandai berterus terang bimbang sahabat bekecil hati.
Parfum terpaksa aku perlakukan macam minyak cap kapak.
Aku rasa lega giler apabila dah sampai di kotak merah. Lagu M daud kilau jadi lagu kegemaran ramai rupanya..."Senyum la senyum la hai hai cek mek molek"...lagu ini di putarkan 2 kali ok.Sahabat sahabat terkena sawan penangan M daud kilau Selayang di majlis persandingan anak buah aku Hisham ahad lalu. Ada yang tak puas berdangdut rupanya. Gasak...hahaha. Kawan kawan aku memang giler lalak dan dansa dlm kotak merah.Sile maafkan mereka.
Shah, rakan lalak si ejols bawak malam tadi juga miliki suara yang sedaps. Arghhh. Aku akui, suara shah memang sedap, sebijik suara penyanyi band Indon.Wahaha. Shah ada ajak aku berduet dendangkan sebuah lagu...aku bayangkan suara aku sedap jugak la masa tu walaupon aku tahu rakan rakan yang lain mendengar penoh derita. Hahaha...
Aku penat meneran memikirkan lagu apa yang bakal ku dendangkan...akhirnya lagu Alyah di Anugerah Juara lagu , bukan kerana sayang...menjadi pilihan hatiku. Lirik lagu yang puitis sangat sesuai aku tujukan khas buat seorang sahabat yang masih melekat dalam ingatanku.
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
***************************
12 malam, sesampainya aku di rumah, aku terima sms dari sahabat baikku..." Sultan Johor mangkat tadi masa kite melalak tadi".
Al - Fatihah...
No comments:
Post a Comment