Semalam, hari Sabtu aku kerja...hari ini hari Ahad pun aku kena kerja. Yeiks! hari hari kerja? Membosankan sunggoh...sebenarnya hidup aku takla bosan...aku bukan kerja 7 hari seminggu setiap bulan, kadang kala saje...nak tambah pendapatan gitu. ;)
Sebelom pergi office hari ni, aku layan DVD haram...ops...haram di sini membawa maksod tak perlu belanje lebih2 ...kalau pegi tonton movie kat One utama, sure nak kena tambah kos makan makan dan berpoya poya kan...contohnya, terrrbeli kasut.Ehiks.
Jadi, tahon ni aku nak jadi pelanggan tetap DVD haram...bole kasi lu kaya la apek.Buekkk.
Hari ni aku tonton movie kehidupan "Up in the Air", pelakon utama George Clooney, ya, dia tua tapi aku suke dia, dia ada kelasss tersendiri.Senyuman dia miliki, manis sekali. Heee
George Clooney dalam cerita ni, kerja dia hanya pecat, pecat, dan pecat lagi ...pekerja pekerja di satu satu organisasi yang mengupah dia untuk memecat pekerja, di seluruh negeri di Amerika. Selain memecat pekerja, dia juga seorang penceramah motivasi anti comittment yang terkenal. Motivasi supaya anti comittment...ahaks. Giler punya bangsa.
Dengan gaya hidup dan career yang dia lalui, dia perlu terbang ke sana dan ke sini... memang la dia anti comittment kan. Bayangkan berapa banyak negeri ada di Amerika tu? Dari satu negeri dia terbang ke negeri seterusnya.
Dia selalu travel, dia tiada alamat rumah, dia tiada girlfriend, dia tiada kereta, dia tinggalkan keluarga,kakak dan adik perempuannya, dia tiada comittment....yang dia ada hanya... office dan frequent flyer card.Unik?
Ha'a bunyi macam best, macam unik tapi kasihan la.
Di hidup di udara dalam kapal terbang je. Tidur di bilik hotel. Setiap kali nak pergi kerja kena kemas back dan bawak dalam luggage. Ada ke manusia macam ni dalam dunia nyata yek? Bunyi macam best kan? bole terbang ke negeri negeri yang kite suke, bole tengok negeri tu negri ni,bole amik gambar banyak banyak di Miami, Omaha, Las Veas...tapi bahagia ke kalau terbang sorang sorang? Pecat orang? Terbang lagi...pecat lagi.
Kasihan.
Nak di jadikan cerita, Clooney bertemu dan berkenalan dengan seorang perempuan bernama Alex. Wanita berkarier, meeting sana sini juga. Hubungan mereka dari casual menjadi intim. Mereka terbang dari satu negeri ke satu negeri dan bertemu di satu destinasi kerana akhirnya Clooney jatuh suke pada Alex. Sejak berkenalan dengan Alex, Clooney mula tersedar makna sebenar kehidupan, kematian, keluarga, teman, kanak kanak, dan kesunyian.
Di pendekkan cerita la yea, part sedap dalam cerita ini yang aku suke apabila adik Clooney nak kahwin, tapi last minutes bakal suami adik dia berubah fikiran dan tak mahu kahwin.
"What is the point of marriage?"
si Clooney yang memang anti komittment ni pulak bole stuju dengan ide bakal adik ipar dia tu...menjawab " Yes! whats the point of marriage?"
Dia sendiri pun pilih untuk hidup sendirian dan belom berkahwin, nak kena nasihatkan adik ipar dia pulak supaya teruskan perkahwinan. Lawak kan?
Kakak Clooney mintak dia nasihatkan bakal suami adiknya perempuannya. Adik Clooney berpakaian gaun pengantin sedang kesedihan.Clooney yang tidak pernah wujud dalam kehidupan adik dan kakaknya terpaksa mengambil peluang dalam keadaan itu untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya seorang abang yang mengambil berat.
Clooney katakan pada bakal adik iparnya ,
Clooney :: " cuba ko fikir, ko balik semalam sebelom ko fikirkan perkara mengarut ni semua, ko tido di mana?
Bakal adik ipar :: di bilik... sendirian
Clooney :: ko tak rasa sunyi?
Jim :: sunyi.
Clooney :: Hidup ini lebih baik berteman kan?
Jim :: betol...apa harus aku buat? [ pesal la lelaki selalu bengap kan...hikhik jgn marah lelaki]
Clooney :: pergi dan dapat kan dia
Sebaik sahaja bakal adik iparnya bersetuju berkahwin, Clooney teringat akan Alex lalu terus berlari mendapatkan penerbangan ke Chicago mencari Alex. Di Chicago, Alex seorang perempuan yang tidak pernah matang dan sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Alex yang menyangka hubungan mereka tidak mempunyai hala tuju sebagaimana di persetujui Clooney...rupa rupanya dia silap. Alex memang perempuan yang betol betol tidak mahu jadi matang.Alex memang perempuan gedik. Yaiks!
Akhirnya Clooney sendiri tersedar bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya.
Moralnya :: dalam hidup ni, bukan lelaki sahaja jahat ye... ada jua perempuan bengong. Begitu camtu?
No comments:
Post a Comment