Period.
Hari ini sepatutnya aku period. Aku dah check kalendar...tarikh ini menunjukkan tarikh aku sepatutnya period. Tapi tak pulak...
Ada beberapa tanda sebelum sesorang perempuan period. Kalau macam aku, aku akan rasa nak marah, emotional, semua bende manusia di sekeliling aku serba tak kena. Badan akan mula rasa lemah, fikiran jadi blur, tidak mampu fokus dengan baik dan aku akan rasa mahu terus pitam.
Ada kawan kawan kata " aku tak layankan sangat kesakitan...".
Ada kala aku cuba tidak layankan sangat, aku cuba buat kerja seperti biasa. Tapi aku tiada kekuatan itu, aku jadi lemah tak berdaya, semua sistem pergerakan jadi perlahan dan akhir sekali aku akan tersedar, aku bangon tidoe dari atas katil.
Ada juga aku makan makanan yang membantu melancarkan peredarannya agar tidak menganggu kerja harianku, namun sistem badanku tidak sama dengan sistem badan manusia di luar sana.
Ada juga aku makan vitamin EPO yang membantu melancarkan peredarannya, ada kala ianya membantu, dan ada kalanya ianya tidak bertindak seperti yang aku harapkan.
Aku mahu kekuatan pada waktu dan hari hari sebegini agar aku kuat meneruskan tugas harian.
Aku mahu kekuatan pada waktu dan hari hari sebegini agar aku kuat menahan kesakitan dan tidak asyik pengsan di siang hari.
Atau adakah aku di berikan kesakitan ini agar aku berehat sebentar?
No comments:
Post a Comment