Thursday, January 21, 2010

Hanyunkan Langkahmu


Tekad.Cakap banyak pon tak guna, banyak ilmu tapi tak amalkan pun tak guna kan...
Basic menjaga kesihatan sempurna iaitu AMALKAN gaya hidup sehat :-

1.Jangan makan nasi.
2.Bersenam

Itu adalah asas kepada mereka yang selalu cakap tentang nak kurus kan badan, nak kurangkan berat badan, nak jaga penampulan, nak pakai kebaya, nak nampak slim macam Jesica Alba. Macam macam nak tapi tak buat pun asas menjaga kesihatan...mana la NAK DAPAT wahai labu oii.

Kalau setakat cakap je nak kurus tapi balik rumah baham nasi goreng USA dan air teh tarik memang la badan macam EMAK Jessica Alba kan...ok lagi kalau EMAK Jessica size ala ala 2 3 inci lebih dari Jessica, tapi cuba bayangkan kalau badan size Jesicca tu campor badan EMAK dia dan NENEK dia?Hahahaha ha bayangkan la...Ngeri siut.

Masih bertanya "macam mana nak kurus?" Aku fed UP dah nak menjawab. Lu pikir la sendiri.

Walaubagaimanapun, aku percaya manusia perlukan sokongan dorongan dan motivasi untuk bergerak. Tambah tambah yang spesis MALAS. Isk! aku sangat dan teramat bencikan KEMALASAN.

5:30 petang aku tak pandang belakang, tak angkat phone, tak terima arahan kerja dah. Aku mula berkemas, kemas laptop, kemas semuanya yang berada di depan mata. Simpan laptop dalam kereta, tukar pakaian dan aku meluru ke tasik.

Di tasik, aku dapat rasakan seolah olah ada sahabat sahabat yang sekepala menanti ku untuk bergembira bersama. Di tasik aku leh jumpa orang baru, wajah wajah baru, aku boleh melompat dan berjalan sesuka gayaku. Aku rasa segar dan riang kalau dapat ke tasik. Senyuman mereka yang sama sama bersenam, membakar semangat aku untuk turut sama membakar lemak.

Ke indahan semula jadi yang serba serbi indah sukar ku gambarkan dengan perkataan.Aku hanya tahu aku seronok berada di sini setiap petang.

Kehijauan dan kesegaran oksigen sebenar memanggil aku berjalan jalan. Ramai jugak yang bersenam petang semalam. Ada jugak yang sempat menyapa "Hi" . Aku tergelak gaban melihat wajah sahabat yang pertama kali sampai di tasik apabila kami di tegur oleh jejaka peramah tak di kenali. Muka jejaka tak di kenali pulak gaya mengatal standard. Muka sahabat sebijik macam cicak baru terjatoh atas kepala. Hahaha

Ada jugak awek yang meluahkan perasaan putus cinta dan kecewa sambil bersenam dan earphone di telinga. "Kasihan". Makin lama makin kuat nada suara awek kecewa. Stress sunggoh hidup dia. Paling stress dalam dunia agaknya. Ahaks.

Tak kurang jugak bapak bapak yang membawa anak anak bermain di taman permainan sambil memerhati awek-awek berjogging. "Cuci mata ye pakcik?" Very noty. :))

Sedar tak sedar, 3 pusingan berjaya aku lalui sekelip mata. Jam di tangan sudah mendekati pukol 7 petang. Matahari dah semakin merah dan marah..."ye aku tahu aku perlu pulang dan kembali lagi esok hari."

Yeay! 3.9 kilometer bersamaan 153kcal berjaya aku bakar untuk hari ini.;)

No comments:

Post a Comment