ye saya berkurung Hijau hari ini...
Saya capai baju kurung hijau ni sebab saya dah lewat, tak sempat nak fikir pakai baju apa, nak pakai pants warna apa dan gaya macam mana untuk hari ini. Tak sempatttt.Lagipun orang kata gadis melayu berkurung ayu nampak seksi. Betol kah?
Tak syak lagi...sampai di office pak guard [ehem...pak guard pon pak guard lah] dah terangkat angkat memanjang kan leher macam bangau mengintai awek berkurung hijau menapak masok menerjah pintu depan office dengan tercungap cungap dah kelewatan.ehiks.
Sampai di office, saya lihat meja rakan rakan dah kosong. Saye yakin mereka di Bar tempat biasa kami bersarapan pagi. Saya hanye ambil kuih muih di sediakan oleh company dari pantry dan teh tarik dari machine nescafe yang saye benci. Tapi sebab saya lewat, apa yang ada depan mata saje saya capai. Simple kan.Hee...
Saya buat kesilapan dalam report hujung bulan lepas. Saya di panggil boss baru..." ada kesilapan sikit pada pengiraan kamu ni Lily" kata boss baru padaku sopan, tiada nada marah, tiada nada tinggi. Dia cool orangnya.
"Silap?maknanya report saya bulan bulan lalu pun silap boss. Dan tiada siapa yang tegur kesilapan saya pon?Jawab balas ku.
"Itu maknanya mereka tak check kerja kamu" kata boss ku pule. "saya tak cakap yer, boss yang cakap" aku saje mengusik. "Ooops!" boss tersenyum mesra.
"saya cadangkan kamu formulakan begini dan bahagikan 31 days for december...dan jawapannya ialah..." boss mengajarku dan sekaligus membetulkan kesilapan pengiraanku.
Bijak? ye...saya memang bijak.Hahaha Angkat bakol terhempas sendiri lagi saye hari ini. Saye memang sukekan bidalan ini.
Balik dari office, saya ajak playhousemate saye makan roti nan dan kuah daging. Saye juga mintak fresh orange tanpe gula. Sunggoh sedap rupanya fresh orange kalau ada gula. Sedap yang saya rasai selama ini rupanya kerana GULA bukan kerana fresh orange yang di perah. Mulai hari ini saya mahu kurangkan gula dalam minuman saya. Air kosong lebih baik?Yes.
Perot dah kenyang, hati gumbire...aku tekan play di dvd player, aku layan filem The Blind side lakonan Sandra Bulock malam ini. Ini ada lah kisah benar...kisah yang menyayat hati sebenarnya. Sandra bulock sorang isteri keluarga kulit puteh beranak dua yang kaya dan mengambil anak orang kulit hitam menjadi sebahagian dari keluarganya...mendidiknya, memyediakan katil untuknya, makan bersamanya dan menyediakan persekolahan yang baik untuknya.
Adakah di muka bumi ini manusia yang kaya raye mewah tak terkire sepertinya yang sudi mengambil manusia yang tidak di kenali bermalam di rumahnya yang sangat besar dan mewah dengan ikhlas hati? Siap belikan kereta lagi.
Mulianya hati manusia sebegitu.
Lesson utk hari ini : Esok bile saye ada anak, saye akan pastikan saye menghormati pilihan dan keputusan anak anak dalam kehidupan mereka. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment