Thursday, January 21, 2010

Memetik bunga di taman



[yang berdiri itu Wie]


Saje aku mengusik, tak sangka pulak terdengar berita gumbire dari Wie...Aku tumpang bahagia.

kalau dah jodoh, semuanya boleh berlaku sekelip mata. Jodoh pertemuan ajal maut menang di tanganNYA yang maha Kuasa. Berkenalan sekejap, dah nak bertunang bulan depan. Bagos sunggoh...

Aku akur, sesetengah manusia dikurniakan dengan kehidupan yang mudah.

Aku rasa macam baru lagi aku serahkan no handpone si amoi kepada si jejaka.Mereka berdua umpama adik adik kepada ku. Dua dua manje, dua dua macam lemah lembut sopan santun orangnya.

Hari ini aku dapat tahu dari si amoi, si jejaka dah nak masok meminang Feb 14 bulan hadapan. Gembirenya rasa hati aku, tak ku sangka dari usik mengusikku...rupanya usikan jadi kenyataan. Aku yang teruja sebab aku yang jadi Mak Bedah orang tengah pengikat kasih.Auw!

[Di majlis perkahwinan Nadia...Blue]

Kalau bukan dengan izinNYA, bercinta la bagai nak rak, merancang la bagaimana rupa sekali pon, menangis la air mata darah, mata bengkak sampai boleh naik bute...manusia hanya mampu merancang dan berusaha.

Menariknya, kisahnya bermula...tahun lepas 2009 tak silap aku, ramai ramai kami ke Cyberjaya untuk amik offer letter yang di tawarkan company baru kepada kami. Aku waktu itu berhasrat tumpang kerete si jejaka untuk balik semula ke office kami di Bangi. Sambil menunggu rakan rakan sekerja yang lain, si amoi terhuyung hayang mencari teman temannya. Si jejaka ada di sisi ku memerhati...aku usik " awek cun Jamil...apalagi" Jamil tersipu, gitu rupanya si pemalu. Faisal " ko tak nak ...aku nak je" usik si Jawa teman sekerja Jamil.

Amoi berlalu pergi...jamil masih gugup dan terus malu malu. Aku sengaja panggil Amoi berbual dekat denganku. Mata jamil tak lepas memerhatikan si amoi..." kalau mahu katakan mahu". Amoi malu, wajah putih bersih bertukar merah dan teros berlalu, beredar pergi.

Memandangkan waktu berbuka puasa hampir tibe, dan semuanya berkumpul, aku mengajak Jamil ke pasar ramadhan Putrajaya membeli juadah buka puasa kami . Hari hujan, jalan pulak jammed. Aku masih ingat, sewaktu nak membeli juadah hari hujan petang itu lebat sunggoh. Jamil memayungkan aku sehingga kederetan kedai jualan...Hormat sungguh dia pada kakak berusia seperti ku. Ahaks..berusia kunun..hahaha.

Dalam perjalanan selepas membeli juadah, Jamil dalam diam, tak henti henti minta no telephone amoi dariku. Waktu itu aku tak ada no telephone amoi. Kalau ada sekali pon, aku teringin melihat kesungguhan hati anak muda yang satu ini.

Esoknya dia minta lagi...begitu juga kelusa dan tulatnya hari.

Jamil " kak, bak la no wie"
Aku " cuba ko sebot nama penoh dia dulu, mana la tahu dah jodoh ko nikah dengan dia"
Jamil " apa nama penoh dia?"
Aku " mana akak tahu, ko kena la call tanye dia"
Jamil " haa ye la, bak la no tipun dia ..nak tanye ni"
Aku " nama dia panjang tau...tergeliat lidah ko nak akad nikah nanti"
Jamil " apa nama dia...?"
Aku " Shuxxxxwie Swaxxxxri Nazri"
Jamil " habis la saya kak camni..."
Kami tergelak.

Siapa sangka kan, sirih junjung bertandang jua ke rumah Wie tak lama lagi ...Alhamdulilah ;)



No comments:

Post a Comment