Tuesday, January 5, 2010

saya mahu...kecantikkan


Kisah semalam...

Aku masih menerima dan menerima.

Mek ta beli kan ini sebagai cenderahati dari Langkawi. Langkawi adalah merupakan salah satu lokasi bulan madu aku bile aku dah nikah nanti, maka aku di larang menjejakinya sekiranya bukan dengan Tunang kesayangan. Itu pesan Tunang. Sabar ye Lily ...sabar.


Owh sebelum terlupa, aku terima ini, dan itu juge dari rakan dan sahabat handai. Tahon ni macam macam la aku terima. Alhamdulilah, murah dan melimpah ruah la rezeki hendaknya kepada rakan rakan yang belikan dan berikan cenderahati. Tanda kasih sayang dan ingatan sahabat terhadap aku, fulamak! hebat sekali. terharu lagi dan lagi dan lagi hahaha.

Pagi tadi G serah kan satu bag plastik padaku, bukan main menyorok bawah meja ketika dia nak pass bag tu padaku. Macam orang jual mercun haram la gaya dia.

"Haji Z bagi" katanya. "eh!eh! dia ingat kat aku masa shopping kat sana ek?".Terharu la saye.
Haji Z baru je balik dari bercuti ke negara Siam hari tu.

Yeay! Aku dapat baju tidur kelawar. Ini adalah yang pertama kalinya aku terima baju tidur kelawar, dan aku sukekannya. Seumor hidup ini tak pernah sekali aku pakai baju tidor kelawar, aku bukan apa, aku dah biasa pakai baju dan seluar tido kecik.hee. Anggun jugak sekali sekala kenakan baju tidor keLawak kan...kelawar la Lily bukan keLawak. Hahaha.

Warna merah jamboo gitu.[ rupa rupanya G dah kebas warna biru dulu.ceh!].

Kisah hari ni pulok.

Sarapan pagi tadi ialah 2 keping roti canai bersama kuah sardin dan sambal. Yummm. pergh! Hajat hati nak cantik bermula tahon baru tapi bile bab masok bab makan, nak makan yang sedap saje. Tahu kan berapa kalori dalam sekeping roti canai. Aku makan bukan sekeping, Dua keping.Gasak! makan punye pasal aku sungguh lemah lenglai...camne nak jadi Lenglui camni?Makan gaya badak, sure badan besar badak. owh!bencinya dengan bidalan rekaan diri sendiri. Uwaaa.

Tengahari tadi pulak aku makan tengahari G di AlamAnda. G ni kuat makan orangnya. Ah!sudah, salahkan G pulak....Aku pilih makan buah tembikai dengan buah nenas je kali ni. G pulak pilih untuk makan Dried chili yee mee...sedap la pulak. Maka nak jaga bentuk kononnya, kami kongsi makan yee mee bersama. Selepas makan, aku ajak G cuci cuci mata sambil menanti gambar passportku siap di process, kami singgah ke Watson shop baru di tingkat satu. G asyik mengadu badannya selalu lemah dan tak bermaya, sefaham aku apabila usus kite tak bersih, toksik banyak tersumbat dalam badan menyebabkan badan jadi lemah. Banyak toksik kan, jadi aku cadangkan G amik Dtox , tetiba aku pulak yang teruja apabila ternampak Kinohimitsu depan mata. Akhirnya, aku dulu yang terjebak mendetoksikasikan diri.Heee.

Buat pengetahuan rakan rakan semua...D Tox juice mengandungi bahan bahan semula jadi seperti berikut yea.

  • 15 Blackberries.
  • 28 Blueberries
  • 36 Plums

Bunyi macam masam kan, tapi rasa dia agak harem skit la. Hahaha. Aku banyak jugak baca gadis gadis blogiee yang turut serta Detox program, ada yang siap sediakan pelbagai imbuhan....pelbagai pertandingan. Bagi aku, kalau nak jaga kesihatan, bukan imbuhan yang aku di kejarkan, itu penafian sebenarnya. Kalau nak detox biar la ikhlas kerana nak jaga kesihatan dan kecantikkan diri kan.

Perlaburan untuk cantik dan sihat. Aku sanggup saje. Ke jelitaan kan hak milik setiap insan. Ahaks.

5 days to go...kalau anda berminat untuk Detox 6 Days program, sile baca ini dulu dengan teliti yek ;)) Chaiyok gurls!




No comments:

Post a Comment