Semalam, jalan jalan dengan Tunang tersayang perancangan aku untuk tonton wayang Sherlock Holmes. Siapa tak kenal Robert Downey Jr , bagi aku dia ni seperti seorang pelakon yang unik...Jude Law pun apa kurangnya kan. Kacak aumm!hihi. Kami ke Alamanda Shopping Mall, ini la satu satunya Mall kat Putrajaya. Mak ai! ramainya manusia ...majoritinya orang kite, orang Melayu. Kuasa beli tinggi dari bangsa ini di sini nampaknya.
Aku terpa kaunter nak melihat lebih dekat kalau kalau tiket Sherlock Holmes masih ada. Ala! Di jual pantas status tertera. Kempunan la aku gamaknya...aku tak suke tonton wayang duduk seat 1 row from the screeen. Aku bole jadi giler tekanan sebab screen depan mata, pergerakan pantas dekat dengan bijik mata menyebabkan aku mudah pening. Last sekali tak paham jalan cerita.
Abang, aku ajak ke Parkson. Abang nak cari baju tees baru katanya. Aku cari tanda harga bertulisan 70%.Hee. Tees Renoma printed Made in Paris. Wah!Jurujual kata " $36 je selepas discount".Kalau Abang ada tees baru, aku pun nak jugak bantal baru untuk diriku. Ahaks. Bantal jadi pilihan hati? Ha'ah aku perlukan bantal baru untuk membuatkan aku tido lebih lena di malam hari. Sejak menjak ini aku sukar dapat tido dengan lena, menyebabkan kulit wajah aku jadi kusam. Aku perlukan bantal untuk tido yang lena.
Aku ke tingkat bawah. Yes! Bantal murah bantal murah...aku tangkap satu, tapi Abang yang bayar. Ehiks.
Sedar tak sedar, hari dah petang, matahari dah mula segan silu menyembunyikan wajah. Aku dan Abang beransur balik. Aku dan Abang sudah pandai berjimat cermat sekarang. Kalau dulu kami suke berbelanje sesuka hati tak ingat dunia, kalau dulu kami suke makan Kenny Roger la, kini tak perlu lagi. Satu hari dengan permulaan yang sihat dan hebat untuk tahon baru kan? Cool. Aku senyum sendiri puashati.
Esok kite berjumpe lagi yea.
Misi : jimat cermat...berlebih lebihan itu hanyala nafsu.
No comments:
Post a Comment