Sunday, July 4, 2010

Kad jempotan vs Kad laporan


kite minom dulu...tak de kopi, tak leh pikir :))


kami makan di kedai sebelah sebenarnya. hahaha
saje test kopi dia sodap ke dok.


@ bdr baru bangi sek 7

++++++++++++++++++++

Tengahari tadi, aku jamu selera dengan encik Tunang dekat kedai Sup UK [urat keting], Bandar baru Bangi. Tengah syok syok hirup sup...Ada sebijik kereta lalu di sebelah jalan utama, dok main ram ram pulak enjin kereta dia. Bising betol...kereta pergi tak la laju ke mana pun.
Aku anti betol dengan Budak kampong mana entah.... mai Bangi nak tunjuk lagak.
Nak nikmati makan tengahari dengan aman pun payah tauuu....

Halamak! gaya mak bedah berleter la plak yek. Nampak sangat aku dah semakin "dewasa" sekarang nie.Heee

Minggu lepas aku pegi kedai ni jugak...tapiii
Sup hari ni lebih sedap dan pekat dari minggu lepas.
Minggu lepas aku rasa sup tu macam di penuhi pak ajinomoto laaa...

Al maklom la, nak jadi pengantin 5 bulan lagi kan.....
kesihatan musti di utamakan...eceh
Sampai di kedai makan, sup campor jadi pilihan encik tunang dan
aku pulak tukar fikiran makan IKAN.
Tapi aku pau jugak la sup encik tunang, baru la kasih sayang di sebarkan lebih meluas begitu.
Hikhik...

Sambil makan makan, aku bukak tajuk perbincangan tentang kad kawen, encik tunang pulak pegi bukak cerita tentang report kad.
terbahak bahak mengenangkan kisah rumaje kami.

Aku tunjuk sample kad jemputan dari Q bakal berlangsong July nie.
kad jemputan yang ringkas kemas dan tak padat dengan kata kata yang macam macam.
Aku suke yang simple simple saje.
sedap mata memandang dan membaca gitew.



Tapi, encik Tunang nampaknya lebih sukekan style kad jemputan milik zanos.

kad pilihan hatiku mustila :-

ivory kad,
emboss ok, tak emboss pun ok
kalau nak bubuh color, kena ada combinasi purple,grey dan puteh.
Tak mahu tulisan yang padat dan sendat2.
mahu yang kemas dan tersusun macam kad nie.

Molek! suke!


betol kata orang tua tua...Biar mati anak, jangan mati adat.

Sekali di pikir pikir, bidalan lama ini seperti kejam bunyinya.
Tapi apa bila di fikirkan dalam dalam, bidalan ini mengingat kan kite supaya jangan melupakan adat tradisi, sopan santun, budi bahasa yang menjadi asas keturunan dan identity kite sebagai orang Melayu.

Kalau menjemput biarla bersopan santun. Biarlah kena dengan caranya.
Kalau sedara mara jauh dari mata, utuskan lah kad jemputan sebagai penganti diri.
Walaupon zaman sekarang ni zaman canggih berteknologi tinggi pantas laju berdezup,
ada face book dan juga email, takan la nak jemput Pakcik Hashim di kampung Parit Sulong dengan facebook kan.
Tak manis la pulak gayanya anak arwah Pak Jaafar ni menjemput, nak bagi kat orang tua utusan sebegitu rupa.

Malu la saye.
encik tunang,lets go.... jum design kad kawen kite.
:)



2 comments: