Kedua dua siri aku dah habis tonton..Movie Ketika Cinta Bertasbih 2 lagi sayu bagi pendapat aku.
Menitik air mata ni di buatnya.
hanya tuhan yg bisa jadikan yg tak mungkin menjadi mungkin,,,,
***
Tengahari tadi sahabat bercerita...
Sahabat " Haritu saya jumpa kawan Mar...comel cantik molek orangnya. Ada anak sorang...comel jugak anak dia..dah setahun usia anak dia. Mar dan si isteri yang comel molek bersahabat sejak belajar di university..suami si comel molek pon ...kawan Mar jugak ..Tapikan kak yang sedihnya, si isteri yang comel molek tengah tunggu si suami filekan perceraian dari mahkamah June ni...orangnya cantek ada anak tapi bakal di ceraikan"
Aku : ASTAGHFIRULLAH ..
sebab apa la sampai nak bercerai berai?
{seram sejuk menerpa diri aku nie...aku tak daya la dengar cerita ceriti camnie...mintak simpang!}
Sahabat : "dengar cerita Mar, suami dia tu nak cerai kan isteri dia tu sebab nak kembali kepada kekasih lama".
***
Teringat kata orang tua tua...
Tak baik runtuhkan Masjid
Tak baik lengah lengah dirikan Masjid.
Sebuah rumahtangga itu seumpama sebuah Masjid.
...Masjid itukan rumah Allah...
masih ada yang sanggop dan berani meruntuhkannya.
Di mana silapnya?
Dari mana datangnya keberanian manusia?
Petikan dari tulisan encik Pahrol Mohamad Juoi dari ruangan SOAL CINTA,
aku ambil kata kata untuk ku semat buat peringatan diri...begitu juga buat pembaca ruangan hati Cik Lily hari ni...
Semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud
"Dikahwini wanita itu atas 4 faktor,
1. harta
2. keturunan
3.rupa
4.dan agama.
Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan"
***Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudahla hukum Allah di langgar.
Kerana kekasih, Allah di sisih.
Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela di pertaruhkan untuk mendapatkan cinta.
Malangnya cinta yang di buru adalah cinta yang PALSU.
Keindahannya sementara.
terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan.
adui. ni yg susah nk cari boipren ni
ReplyDeletehaa belom apa apa dah pk susah...kawan kawan, kenal kenal je la..kalau elok sifat, budi bahasa, akhlak dia...layan.
ReplyDeleteKalau perangai cam TAIK...x payah lew.