"Tak boring ke pegi Wedding je?"
Haaaa...camtu la lebih kurang soklan anak buahku kepada aku petang tadi.
[ pelik pulak budak sorang ni hari ni, sejak bila entah dia rasa aku akan boring hadiri majlis yang ada makan makan..ehekz..
makcik ko ni pantang di jempot, kecintaan terhadap makanan kan masih tahap dewa sama macam KO ...
tak tahu? pi hantok pale kat dinding sat pi...wakakaka]
macam mana aku nak jelaskan ek...
Anak anak zaman sekarang ni kena di jelas kan...kalau tidak...hanyuttt
Hmmm...camni je la.
Pada usia ini , menghadiri jempotan perkahwinan bukan lagi satu activity biasa, macam activity senamrobik, atau activity mini gathering dengan rakan rakan lama sekolah tau,dengan niat suke suke, nak hilangkan boring je tau.
Tak sama...
Kini ianya telah menjadi satu kewajipan bagi memenuhi tanggongjawab aku dalam bermasyarakat, mengeratkan silaturahim antara aku dan keluarga yang menjempotku...mengukuhkan kasih sayang sesama umat.
Tambahan pulak, aku tahu aku akan dapat :-
1. makan makanan sedap sedap,[ hujong minggu ni kat Kelab Darul Ehsan ok, value meal Rm40 seorang tau ...
rugi woo x pegiiii]
2. melihat pengantin lelaki dan perempuan yang di dandan cantek,
3. melihat gelagat tetamu yang sunggoh GLAM mengalahkan pengantin, separa GLAM, Glam wanna be pon ada jugak kadang kadang tu..ehiks.Seronok kan dapat tengok gelagat manusia...hilang stress aku bekerja sebulan rasanya.
4. bertemu rakan taulan yang dah lama tak bertemu bertukar tukar cerita dan bergelak ketawa berkongsi cerita,
5. Door gift lagi, last weekend masa majlis nikah dah dapat kain batik...this comin weekend, majlis resepsi pulak entah entah dapat kereta sebijik?
wahahahaha
sape tahu rezeki ayam nampak di kaki, rezeki kite....? verangan memang no 1. ehiks.
Gila ah harapkan bende bende tu semua...padahal jauh di sudut hati, aku hanya menghadiri bagi memeriahkan hari istimewa mereka berdua, mendoakan adik adik junior yang aku sayangi nie berkekalan dan dirahmati olehNYA semoga mereka berdua di himpukan dalam kebaikan olehNYA hingga ke akhir hayat.. ;)
Dan dalam Islam pula yer anak anak......baca betol betol nie...
Hukum menghadiri atau memenuhi undangan kahwin itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.
Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Shallallahu `alaihi wasallam di dalam hadis-hadis Baginda, di antaranya :
Maksudnya : "Apabila salah seorang diantara kamu diundang untuk menghadiri walimah (perkahwinan),
maka hendaklah dia datang menghadirinya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Begitu juga sebuah hadis yang antara lain menyebutkan.
Maksudnya : (".................. dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang lain :
Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu diundang untuk menghadiri walimah perkahwinan, hendaklah dia memperkenankan (menghadiri jemputan itu)"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Melalui hadis-hadis yang telah disebutkan, jelaslah kepada kita bahawa hukum menghadiri jemputan kahwin itu adalah fardhu `ain.
Namun kewajipan untuk menghadiri jemputan itu bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu :
(i) Orang yang menjemput atau mengundang itu orang Islam,
akan tetapi disunatkan menghadiri jemputan orang kafir dzimmi, jika kita mengharapkan agar dia masuk Islam.
(ii) Hendaklah jemputan itu menyeluruh, meliputi keluarga orang yang menjemput atau jiran-jiran atau pekerja-pekerjanya dengan tidak membeza-bezakan di antara yang miskin dengan yang kaya.
(iii) Hendaklah orang yang menjemput itu menentukan orang yang dijemputnya tidak secara umum sama ada dengan cara menemuinya melalui kad jemputan atau dia mengutus seseorang untuk menjemputnya.Sekiranya orang yang menjemput itu membuka pintu rumahnya, lalu dia berkata : "Datanglah sesiapa saja yang mahu datang", maka tidak menjadi wajib menghadiri jemputannya.
(iv) Orang yang dijemput hendaklah membetulkan tujuan kehadirannya iaitu untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada dan menambahkan kemesraan, bukan kerana takutkan orang yang menjemput atau kerana mencari dan mengharapkan faedah daripada kebesarannya atau untuk menolongnya ke arah kebatilan.
(v) Jika jamuan itu dibuat tiga hari bagi majlis yang sama, maka yang wajib dihadiri itu ialah jemputan pada hari petama, makruh dia hadir pada hari ketiga dan tidak lagi wajib dia hadir pada hari kedua. Sekiranya dia tidak dapat hadir pada hari pertama kerana sesuatu keuzuran seperti kerana ramainya orang yang berkunjung, maka wajib dia hadir pada hari kedua.
(vi) Hendaklah orang dijemput tidak kuat pada sangkaannya bahawa orang yang menjemput itu menggunakan hartanya yang haram untuk menyediakan hidangan yang disajikannya.
(vii) Orang yang dipanggil itu tiada keuzuran yang menghalangnya hadir.
(viii) Tidak ada jemputan lain mendahului jemputan orang itu
(ix) Tidak ada di tempat jemputan itu orang yang menyakiti orang yang dijemput itu.
(x) Tidak ada di tempat jemputan itu sesuatu perkara mungkar seperti arak, alat bunyi-bunyian yang haram atau tari menari dan sebagainya.
(xi) Jika kehadirannya di tempat jemputan itu boleh membawa kepada terhalangnya perkara mungkar, maka wajiblah dia hadir supaya terhalang kemungkaran itu.
Jika terdapat salah satu perkara yang bercanggah dengan syarat-syarat di atas,
maka gugurlah kewajipan kita untuk menghadiri undangan itu.
Sebagai kesimpulan, menghadiri jemputan perkahwinan adalah suatu kewajipan bagi setiap individu Muslim yang diundang, kerana dengan menghadiri jemputan itu kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama insan di samping dapat mendedahkan diri kita ke dalam hidup bermasyarakat. Apatah lagi jika yang menjemput itu adalah jiran, ini sudah setentunya akan dapat menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang yang seterusnya akan dapat memupuk sifat bekerjasama, saling bantu membantu dan bergotong royong dalam membuat sesuatu pekerjaan.
Sumber : MUFTI BRUNEI
WaLLahua'lam
Kopi pes dari : iLuvIslam

No comments:
Post a Comment