Hari ni ada jemputan perkahwinan Pakcik Cop, sedara mare kepada ayahanda encik Tunang saye di Ampangan, Seremban.
1st time sampai Ampangan...eh tak tak, rasanya macam pernah datang Ampangan masa arwah mak teh saye masih ada...ye ye...
*******************************
Bersiap!
Tepat pukol 1pm - Aku terus capai kunci kereta, pergi Subang.Amik encik tunang di rumahnya, dan kemudian menderum terus ke Ampangan.
Kami sesat.kami sampai lambat.Pukol 3pm kami baru sampai rumah pengantin.Semasa kami sampai, abang dan adik encik tunang dah lama menunggu.mereka dah tunggu masa nak balik jer.Maka, aku lagi la senang hati kan...dengan harapan bole makan sepuas puasnya.Niat di hati ku meleset sama sekali apabile...
lauk pauk yang di hidangkan tinggal ciput jek.Bukan nak salahkan tuan rumah la, memang kami lambat sampai pun.Ngehhh...perot pedih berdenyut denyut.
Sambil menjeling kiri dan kanan, tak ada gaya pun caterer team nak menambah lauk untuk kami, maka aku makan ala kadar saje.
Pengantin keluar untuk sesi bersalaman dengan tetamu.
Hijau puteh berkebaya nyonya & baju melayu berkain pelekat hijau menjadi pilihan hati pengantin.
Sangat lain dari biasa.
Aku teka teka musti tema majlis hari ni ialah Suasana 60'an
ada orang orang SENI dan karyawan dalam tetamu2 yang hadir tadi.
;))
Duduk semini dua, hujan turun dengan lebatnya.
maka, aku lebih banyak habiskan masa hanya jadi pemerhati terhormat
Di hulurkan kepada ku favor gift dan bunga telor. Encik tunang terus mengajak aku balik.
Hee...
Dapat dodol & wajik. Dap!
Tak tunggu lama kami teros ke...
Happy....
No comments:
Post a Comment