Saturday, July 24, 2010
Berjalan sepantas mahuMU
Hari khamis...
Aku ada terbaca dalam ruangan SHINE..."48 jam untuk ke majlis dengan bergaya dan ramping". Tertera dengan jelas bullet point lagi....no 1. Senam, no 2 minom air secukopnya, no 3. tido yang lena dan secukopnya dan JANGAN sentuh Carbo, JANGAN sentuh makanan berminyak"
Aku ingat sangat sangat...maka,
Habis kerja, aku dengan Lindah terus berdezuppppppp ke Cyberview Lake. Dari office kami, menuju ke Cyber jaya...di simpang empat trafik light Maybank, sile amik laluan ke kiri. Teros sehingga la anda nampak tasik di tepi kiri anda. Situ la Cyberview lake...park sahaje kereta anda di tepi2 jalan yer.
Streching sana regang sini skit...Pandang kiri, pandang kanan... Kami mulakan dari sebelah kiri.
Angin memang bertiup sepoi2 bahasa..ada kalanya bertiup sakan sampai tak sempat peluh aku nak bermain2 meleleh manje di pipiku ini. Ehez. Angin kuat siot kat sini.Best.
Pertama kali aku brisk walking sini rasa memang AGAK jakun kejap. Dengan pemandangan indah..pembangunan hotel mencakar langit di sebelah sana tasik...,mata ku juga tertumpu kepada deretan rumah banglow mewah ala ala Hollywood celebrity mansion di Los Angeles. Mewah megah berdiri sunyi.
Milik siapakah banglow banglow mewah ini yek?
Aku gagahkan kaki ini terus berjalan pantas.Seorang pakcik menyapa aku dan Lindah " seronok senam petang2 yer"
Aku sopan menbalas teguran mesra " ha'ah pemandangan cantek, sambil mata ku menjilat rakus memandang mansion milik orang tua itu..."
[kalau ada tulis di dahi nya "OWNER" nak jugak aku ajak org tua itu berborak panjang] berdetik gak la hati nie...heee.
Kang ye ye borak2 tetibe, tukang kobun jer...adeih...baik aku teroskan NIAT asal, berjalan pantas je laah..Heee...Oh aku sunggoh memilih bulu...kijam kijam. Babai pakcik...
Menyusuri ke hujung tasik dan jalan,satu satu banglow mewah di situ sunyi seperti tak berpenghuni...lindah tibe tibe bersuara padaku " ala Ly, esok kalau anak anak dah beso, masok University kat Amarika, ko dengan laki ko je tinggal berdua dalam banglow mewah nie...nak main kejar-kejar pon dah tak daya...kalau mampu pun berdiri tegak je la tepi jendela"
Tibe tibe hati aku membalas kata kata itu.. Apahal masok university musti kat Amarika jer, kat ITM tak cukop hebat ke weh?Mungkin Lindah nak anak dia pegi Amarika agaknya ek...
Di sini tasik cyberview ni, pavement di sediakan juga sesuai untuk berbasikal dan berroller blading...owh windunya rasa hati tibe tibe mengenangkan saat saat aku ber roller blading sewaktu menuntut di Amarika suatu waktu dahulu. Apa ntah dah jadi dengan roller blade aku tu...aku pasti dah llunyai di kerjakan anak anak buah aku.
Selesai 1 pusing di sebelah kiri, kami meneruskan langkah ke sebelah kanan tasik pulak. Alamak! seorang awek ber tees MERAH JAMBU berjogging pakai selipar aje adik adik. Caya lah. Gaya joggingan dia sangat fit dan mantap. Tak kekok nampaknya dia berjogging dengan selipar ek. Canggeh.
Di satu bahagian pula seorang ibu membawa 2 orang anak nya berbasikal comel. kagom aku melihat stamina si ibu, berbadan kurus ramping berlari tak mengah mengah pon macam aku dan lindah yang hanya berjalan pantas nih. Wakakakakaka...Tercabar betol rasa.
tepat jam 6:45petang, kami beransur balik kepangkal jalan. Jumlah perjalanan pantas mengambil jarak 3.6KM pergi dan balik dengan kebakaran kalori sebanyak 140.4 kCAl.
Syabas Lily Syabas!
next week repeat lagi ok.:))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment