Saturday, July 10, 2010

Bile nak MAJU macam nie



hari tu aku terbaca satu blog,blog makanan & masak memasak...aku suke blog nie.
Tengok gambo makanan dia masak jerrrrrrrr, aku dah rasa kenyang.
Memang banyak la jasa penulis nie, masa dia menulis, berkongsi gambar, berkongsi resepi.
Tibe tibe satu hari!!!!


Tapi sayangnya, gamba2 mereka post di blog di guna pakai tanpa kebenaran oleh sesetengah pihak.
Mahu tak pedih hulu hati dan jari jemari?
Aku yang tak jadi MANGSA pun panas hati.

Bagi aku...
Ala bukan la blogger ni nak berkire sesangat, tapi dari mata hati aku, aku rasa mereka hanya nak di HORMATI.

[sekurang kurangnya ikhlas dan jujurlah kan...
nyatakan sumber gamba itu di ambil dari mana tuan miliknya...kasi CREDIT la sikit atas penat lelah, kalau tak MAMPU SANGAT nak kasi CREDIT CARD ke kan :P

Payah na ke ek?]

Ragam Manusia Bang ...

Kalau nak ikotkan sangat undang undang, blogger2 dalam dunia tanpa sempadan nie kan...
ada ke undang2 yang melindungi hak cipta pemilik blog ek?

MONALISA pon di kopi pes berkurun kurun abadnya.
Ini kan la gambo dlm blog....haih.


Dugaan.
Jadi manusia nie kena BANYAK2 sabar.


Tapi sebagai bangsa Melayu yang terkenal dengan didikan agama ISLAM yang suci murni,
moral terpuji, adat sopan, budi bahasa yang tinggi bak kata nenek.
Seelok eloknya, mintak la IZIN.

Nampakla pesanan nenek untuk kite generasi baru ni turuti dan hormaati hingga kini...
ada budi bahasa sikit orang tengok pekerti ko tu!!!
Masa aku kecik kecik la, nenek aku pesan ...kalau amik barang bukan hak milik kite, tanpa mintak kebenaran namanya curi.
itu masa aku kecik kecik la, takan la pulak dah tua rumaje ni, pesan nenek berubah pulak kan?

Tapi kalau salah faham pulak lain ceritanya,
contohnya , amik barang bukan hak milik kite, tanpa mintak kebenaran, lepas tu , tibe tibe tuan milik barang terjumpa yang kite ni guna barang dia...ala pendek cerita kantoi gitu... baru MINTAK MAAP.
Nak panggil apa ek?


Seingat ingat aku, nenek tak ada pesan pulak panggilan untuk spesis sebegini.


Nak marah pun tak guna, kerana nasi dah jadi bubur.Bende dah JADIK.
Kalau tidak, tak wujod agaknya peribahasa melayu "


Lembu punya sapi, sapi yang dapat nama.


Tak gitew?

Hari ni aku terbaca lagi satu KES.
Kesian betol aku pada blogger2 yang memang bagos, kreatif, yang bersusah payah menghasilkan blog dengan titisan kasih sayang berserta pengorbanan.







No comments:

Post a Comment