Friday, May 28, 2010

Poket Penoh


Hari ni dapat gaji...yeay!

Berseri seri wajah masing masing bile gaji dah masok dalam account.
Macam pakai blusher gitu ...merah merah pipi yek.

Yang pendiam tibe tibe bersuara gelak ketawa.
Yang datang kerja macam dah hampir hampir nak di seret kaki di hujong hujong bulan,
dah mula melangkah dengan gaya mutu dan keunggulan gitu. Ehiks.

Hari sebelum dapat gaji, muka masing masing yang dah kehabisan duit gaji
masam mencuka.
Bukak mata pun suku je bile datang kerja.
kalau buat kerja, kemain kuat hentakkan stapler.
yang ada assignment bukan main perlahan mengetuk keyboard di meja kerja.
tapi berlonggok Makan kerepek laju....hahaha

Langkah aku dan rakan rakan pun agak panjang hari nie.
Dah dapat gaji, kena la reward diri sendiri dulukan.
Eh bukan aku memang reward diri aku hari hari ke. Ehiks.

Biasa la kan, dah ada duit, keyakinan melambong lebih tinggi untuk mencuba dan mengexplore tempat tempat riadah baru.
Edi bawak aku dan kawan2 ke satu tempat makan baru.
Ada tempat riadah untuk pengemar pancing memancing ikan di kolam
Sambil tunggu makanan di hidangkan
{set nasi puteh sayur ikan merah asam pedas dan air sirap hanya $8 sajerrrr}
kami melayan persembahan memancing seorang brother BAJU merah yang sedang memancing, pancing dia asyik di makan ikan jer tau.
Baru melekat sekor, umpan pancing lagi sebelah mengena
Lepas pancing sebelah di lepaskan, yang baru saje di letak dah tergoyang goyang
Beso beso plak tu ikan yang makan umpan dia...

"macam Ada baca baca brother nie nampaknya"...kata si jiha
"Yela kan, ikan ikan macam que jek nak tunggu makan umpan pancing dia"...tambah si edy budak baik.

Aku perhatikan keadaan sekeliling, orang ramai semakin beransur balik.
aku dan kawan kawan datang pun selepas pukol 130 kan.
Aku nampak di satu sudut ada ruangan menjual kek yang sedap sedap, macam cafe concept pun ada.
Tapai ubi dan pulut pun ada. Makan plak sejuk sejuk. Best habis!





Coffee village, boleh tahan la untuk rehat kan minda dan makan makan beramai ramai.
Yang tak boleh tahannya, kuah asam pedas yang aku order sikit. Maybe sebab dah habis kut.
Ngehhhhhhhhh.
Nasib baik panorama cantek dan aman, di sertai persembahan free abang pancing ikan tak henti henti sorang tu
Teruja tiba tiba rasa nak memancing.
Macam bole dapat ikan...cet!

Kalau tak dapat ikan lebih 2 jam menunggu...boleh naik hantu aku mengamok tahan kebosanan.
Aku masih tak paham nikmat memancing yang di rasai kaki pancing...aku masih rasa hobi memancing membosankan dan membuang masa.

Maap ye abang abang pancing dengan pendapat 1 sen adik nie.
Selamat hari raye!!!

Overall, semuanya...not BAD.

Note : when customer is happy, they keep coming back.



No comments:

Post a Comment