Wednesday, July 28, 2010

Mencabarnya jadi PELUKIS


Migraine di kepala ku sudah beransur baik. Hmmm...masih kena makan obatkah yek? Aku ke bosanan di rumah. Aku juga kerap ke hausan setiap kali lepas makan obat. Haus haus haus.Coti sakit yang diberikan doktor buat aku makin mual kebosanan tak tahu nak buat apa di rumah. Baca newspaper di ruang tamu sana, layan dan baca internet dalam bilik ini, aku masih loya loya.

Kalau aku layan sampai ke petang, makin parah perasaan ni nanti.

Aku capai kunci kereta berdesup ke MALL. Aku rasa nak makan buah buahan, anggur tembikai dan limau...rasa macam berabad aku tak makan. Aku jugak nak carik Gel Eyeliner yang anak buah aku ceritakan semalam. Tibe tibe mencari Gel Eyeliner menjadi misi aku hari nie.Ades...bukan lagi buah buahan. Ada gel color, ada brush juge... Macam menarik bukan? Laa laa laaa laaa :))

Aku duduk mencangkong depan kaunter MAYBELINE mencari cari, tapi tak ku jumpa. Aku call anak buahku bertanyakan nama produk itu.

LASTING DRAMA acik! begitu kata anak buahku...
Pergh!!! Genius sekali nama produk di beri...sesuai untuk pelakon pelakon drama gitew kan ;)

Aku kalau mula mula nak beli produk kecantekan, pelbagai soalan bermain di benakku...
1. Apa akan jadi kepada sapuan gel selepas beberapa jam?
2. Adakah ianya mudah smear sebagaimana produk-produk eyeliner yang biase apabila di guna pakai pada wajah jenis kulit berminyak?
3. Mudahkan eyeliner ini di bersihkan selepas 8 jam di pejabat?

Tak cuba, mana nak tahu beb. Dari bacaan testimonial, rata rata katakan eyeliner GEL Lasting Drama ni lebih cepat kering sepanjang hari. " Smudge Proof + Water Proof with EXPERT Eyeliner Brush."

Wah! jadi pelukis la aku hari ni dapat bermain dengan brush. Suke!
Abang ipar aku pelukis. Kakak aku juga cikgu lukisan, anak buah aku jugak hidup dalam dunia canvas, color dan berus.

Hari ni aku pon nak jadi pelukis lah...!
Selalunya muka professor serba tahu yang aku gemar lukiskan sejak zaman remaja....kali ni aku melukis atas kelopak mata aku yang tiada inie.

Wakakakaka!

Mencabar gilak kau.



No comments:

Post a Comment